Melancong di Indonesia ni memang senang orang kata, tapi kalau tak kena gaya boleh kena tipu. maklumlah Indonesia ni merupakan antara negara yang paling padat penduduk. Disebabkan itu rakyat indonesia ni perlu buat macam-macam cara untuk teruskan hidup termasuk menipu pelancong.
Maksud aku bukan rakyat indonesia ni suka menipu cuma kadang-kadang tekanan hidup membuatkan diorang terpaksa jadi macam tu. Oleh itu aku kongsikan sedikit tips yang aku dapat sepanjang akumenalncong di Indonesia.
Tips Melancong ke Indonesia
1. Sila study dulu tempat-tempat yang korang nak lawati bagi yang backpacker. Dan rajin-rajinkan lah baca blog-blog pelancongan di jakarta.
2. Highly Recommended booking terlebih dahulu Hotel yang hendak korang menginap. Kot-kot nanti full susah korang pulak nanti. Untuk booking online korang boleh booking melalui Agoda.com, Booking.com, AsiaRoom.com dan lain2 lagi..so pandai2 la yer tengok mane yang menawarkan harga yang murah.
3. Sediakan duit sebanyak 150000 Rp untuk air port tax (per person). 150000 Rp jika korang balik dari jakarta air port dan 75000 Rp jika korang fly kat Medan or Bandung serta Bali.
4. Universal Charger Plug amat penting di indonesia disebabkan kebanyakkan plug point hotel di sana tak sama dengan malaysia okay.
5. Kalau anda rajin malas nk congak2 kat sana, pastikan anda menyediakan sifir duit die org ngan duit kite bersaiz wallet… senang nt tk payah nk kuarkan kalkulator sepanjang mase..
6. Di sana terlalu ramai penjual jalanan dari yang muda sampailah ke tua…so dinasihatkan..kalau tk nk beli barang yang ditawarkan, anda wat tk tau jer..jgn tanye2 harga pulak..siap minta kurang bagai..last2 tk jadi beli..haaaa merasalah nanti jenuh ko org nk lari dari die org sebab konsep “pakse” akan diguna pakai…hahaha….so hati2 la yer…kalau betul ko org memang nk beli barang dari die org tk per…kadang2 tu blh dpt lebih murah tau dari kedai2 jual barang yang sama.so tepuk dada tanya selera..:)
7. Sekiranya anda mahu menggunakan perkhidmatan teksi, pastikan anda manggunakan teksi Blue Bird tau untuk mengelakkan daripada di tipu.teksi tu bersepah-sepah kat sana..
8. Pastikan korang memilih tempat makan yang bersih tau. kalau tempat makan di tepi jalan tu aku kurang yakin sikit.
9. Sediakan duit kecik terutama untuk bayar teksi, sebab biasanya diorang ni tak der duit kecik
Pengalaman aku melancong di Indonesia tak lah banyak mana pun cuma aku pernah melancong di Jakarta, Medan dan Bali. Jika guna tips yang dikongsikan diatas InshaAllah selamat…
The post Tips Melancong ke Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Travel Like a Boss.