Kabira Bay di Ishigaki Island
Impian untuk berkunjung ke Jepun atau lebih dikenali dengan nama Negara Matahari Terbit merupakan impian orang ramai termasuk saya, Namun, disebalik keindahan yang tersirat di Negara Matahari Terbit itu, sudah pasti tersimpan sejuta rahsia. Keindahan yang pastinya memukau mata setiap pengunjung pasti tidak lengkap tanpa menikmati keindahan sebenar Jepun di Okinawa.
Sebelum saya menyingkap rahsia-rahsia Okinawa, bermula hari ini, semua berpeluang untuk menikmati secebis dari keindahan Okinawa dengan menyertai pertandingan ‘Be Okinawa’!
Pertandingan ini mudah sahaja.
Tempoh pertandingan: 10 Februari hingga 10 Mac 2014
Langkah – langkah pertandingan:
- Lawat page Visit Okinawa Malaysia (https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my ) dan klik bahagian ‘Be Okinawa’
- Daftarkan Emel anda
- Pilih gambar yang anda suka dari no 1 sehingga no 20.
- Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah atau nama Jepun nya Atari!
5 Pemenang Pertama berpeluang untuk memenangi Ryukyu Glass dan 50 Tempat Kedua berpeluang untuk memenangis Star Sand!
Kenapa anda patut menyertai pertandingan ini? Kepulauan Okinawa bukan sahaja dikelilingi lautan biru jernih tetapi ia juga menyimpan rahsia-rahsia zaman pemerintahan Kerajaan Ryukyu.
Untuk Mneyertai Contest ini anda boleh layari https://beokinawa.net/my
Keindahan alam semula jadi yang terletak di kawasan laut Okinawa pastinya memberikan pengalaman yang amat menarik kepada setiap pengunjung. Sebuah pulau uang terletak di utara Jepun, Okinawa merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ryukyu. Okinawa terletak di bandar Naha, ibu Wilayah Okinawa dengan keluasan 1,201.03 km2. Menurut banci penduduk September 2009, seramai 1,384,762 orang tinggal di pulau itu. Bahasa Uchinaguchi menjadi bahasa harian penduduk.
Menikmati keindahan langit dan lautan biru
Untuk merasai sendiri keindahan sekitar Okinawa, saya sarankan anda yang ingin datang ke Okinawa menyewa kereta bagi memudahkan pergerakan dari satu destinasi ke destinasi lain. Pelbagai jenis kereta boleh disewa disertakan dengan perkhidmatan ulang-alik percuma dari lapangan terbang, hotel, atau pelabuhan, penggunaan sistem GPS bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.
Memandu di sekitar Okinawa sememangnya merupakan satu perasaan yang hebat – dikelilingi persisiran pantai dan berbumbungkan langit luas terutama apabila dikongsi bersama orang yang disayangi.
Jika anda ingin bersiar-siar di sekeliling Okinawa, saya cadangkan anda menggunakan teksi! Sewanya murah jika penyewaan dilakukan untuk setengah hari atau sehari suntuk. Jangan lupa untuk menghubungi hotel atau agen syarikat pelancongan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menempah pemandu teksi yang boleh berbahasa Inggeris.
Bunga sakura merah jambu mekar terawal
Okinawa merupakan tempat di mana bunga sakura mula mekar paling awal di Jepun – pada akhir bulan Januari. Ini menandakan bermulanya musim bunga. Sangat indah bukan? Saat ini memang saat yang sangat dinantikan oleh ramai pelancong kerana bunga Sakura di Okinawa ialah dari spesis “Bellflower Cherry” (Kanhizakura), dan berbanding bunga sakura yang terdapat di kawasan lain di Jepun, warna merah jambunya lebih pekat dan ianya tergantung ke bawah seperti loceng gantung.
“Festival Bunga Sakura” terawal di Jepun kini sedang berlangsung di pelbagai daerah di Okinawa. Terdapat juga tempat yang membolehkan anda menikmati bunga sakura yang kembang di malam hari dengan diterangi cahaya lampu bulan yang gemerlapan. Jom datang dan nikmati musim bunga yang terawal di Jepun.
Sila nantikan pengenalan perayaan-perayaan bunga sakura yang akan diadakan di setiap kawasan di Okinawa selepas ini!
lelaki-lelaki Okinawa menari tarian Eisa
Festival Haaree
Triathlon Alam
Selain daripada perlumbaan “road race” antarabangsa, perlumbaan peringkat daerah dan acara berbasikal menjelajahi pulau utama Okinawa juga akan diadakan. Ini adalah salah satu acara sukan berbasikal yang sering menarik pengunjung bukan sahaja dari Jepun, tetapi juga dari luar negara.
Warisan Dunia Istana Shuri
Warisan dunia; Istana Shurijo terletak di atas sebuah bukit di bahagian utara Bandar Naha, ialah suatu tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan Kerajaan Lama Ryukyu selama 500 tahun dari abad ke-15. Lawatan ke Istana Shurijo pasti akan membawa anda ke masa silam semasa pemerintahan lama Ryukyu.
Setiap tahun “Perayaan Tahun Baru (Shinshun no Utage)” akan diadakan di “Taman Shurijo” di bandar Naha dari 1 Januari ke 3 Januari. Anda pasti kagum menyaksikan persembahan imitasi upacara Kerajaan Lama Ryukyu yang penuh dengan adat istiadat! Terdapat juga banyak acara-acara menarik untuk anda nikmati seperti pementasan tarian “Ryukyu”, acara minum teh, dan pelbagai lagi!
Untuk info dan matlumat lanjut mengenai Kerajaan Lama Ryukyu anda boleh melawati pautan ini http://www.okinawastory.jp/en/learn/history.html
Keunggulan Muzik Sansen
Tak lengkap rasanya jika kita datang ke satu tempat tanpa mendengar dan menikmati muzik tradisionalnya. Alat muzik sansen ini dikatakan berasal dari negara China pada zaman Kerajaan Lama Ryukyu dari abad ke-14 ke abad ke-15. Tetapi, sehingga ke hari ini, ia dilambangkan sebagai alat muzik tradisional Jepun. Alat in sangat popular dan merdu sehingga digunakan juga di dalam komposisi lagu-lagu popular kini di Jepun.
Muzik Okinawa telah melalui evolusi yang tersendiri di Jepun. Sesuatu alatan yang tidak dapat dipisahkan daripada muzik Okinawa ialah alat muzik “Sanshin”.
Wakil Bingata gaya merah) dan teknik pewarnaan tradisional di Okinawa
Jika anda ingin melihat dan merasai kebudayaan dan kesenian Okinawa serta menikmati makanan tradisional Okinawa, saya cadangkan anda berkunjung ke Kampung Ryukyu (Ryukyumura). Disini, anda boleh mencuba pakaian tradisional mereka serta membuat aksesori tradisional Ryukyu. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kesenian Okinawa. Selain itu, di sini juga terdapat banyak kawasan yang fotogenik seperti rumah etnik lama yang telah diiktiraf sebagai aset kebudayaan Okinawa, Jepun.
Shisa si Pelindung Tuhan di Okinawa
Rumpai anggur laut dari lautan Okinawa
Sea grapes seaweed atau lebih dikenali sebagai ”Umi budo” merupakan sejenis rumpai laut yang terdiri daripada bola-bola kecil seperti buah anggur. Ia merupakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi dan lain-lain. Apabila dimakan, bebola-bebola kecil ini seakan-akan meletup di dalam mulut.
Sea grapes seaweed ini merupakan makanan yang cukup terkenal di Okinawa ini dan teringin sekali untuk saya mencubanya sendiri. Jadi anda yang mahu merasa ianya meletup-letup di dalam mulut seperti kata Chef Jo (Masterchef Malaysia) boleh lah datang sendiri di Okinawa kerana ianya idak boleh disimpan di dalam peti sejuk, maka anda hendaklah pergi ke Okinawa untuk merasai sendiri kelazatannya sementara ia masih segar!
Udang Scampi (Marsupenaeus japonicus) Segar dari lautan Okinawa
Stik adalah salah satu gourmet kegemaran penduduk Okinawa
Steak, salah satu makanan kegemaran saya, merupakan makanan yang sangat popular di Okinawa. Stik yang segar dan dimasak sempurna ini pasti boleh menghilangkan penat setelah seharian kita bersiar-siar sekitar kepulauan Okinawa.
Okinawa Soba: mee tradisional Okinawa
Jikalau ingin meneroka citarasa baru, terdapat beberapa restoran bufet di wilayah Okinawa yang menghidangkan masakan berasaskan sayur-sayuran tempatan kepulauan Okinawa dan makanan – makanan tempatan yang lain. Selain itu, bagi yang selesa dengan citarasa antarabangsa, ada juga yang menghidangkan makanan jepun, makanan barat dan pencuci mulut!
An old man famous for longevity
Okinawa yang dikelilingi laut indah ini mempunyai khazanah makanan laut segar, Terletak berdekatan dengan pelabuhan, terdapat pasar ikan yang menjual hasil tangkapan segar para nelayan. Anda pasti akan terhibur melihat gelagat penjual ikan menunjukkan kemahiran mereka menyiang ikan, serta kagum dengan warna-warni ikan yang dipamer. Sudah tentu anda juga boleh membeli ikan-ikan tersebut atau menikmatinya terus di kafeteria pasar tersebut. Dua pasar ikan yang popular ialah: Pasar Ikan Koperasi Perikanan Bandar Okinawa, Payao http://goo.gl/HvKwjQ dan Pasar Ginowan Yui Marche http://goo.gl/UIkSaS
Hotels: Lautan biru jelas kelihatan dari resort-resort
Upacara perkahwinan di persisiran pantai
Pantai Akajima, Okinawa, Jepun merupakan salah satu pantai dihiasi air yang jernih menyerlah keindahan sekitar dasar pantai. Bagi setiap pasangan yang datang untuk berbulan madu sudah pasti Okinawa akan menghiasi bulan madu anda serta menjadikan momen ini sangat istimewa buat anda dan pasangan anda.
Akuarium Churaumi adalah lokasi popular untuk menyaksikan keindahan dasar laut
Air laut Okinawa dikatakan sangat jernih lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Tetapi kami tidak akan mengesyorkan anda untuk berenang tanpa memakai pakaian selam kerana sekarang airnya sangat sejuk. Namun begitu, kepada anda yang masih ingin menikmati keindahan lautan Okinawa, kami syorkan “Bot Cermin” atau Churaumi Aquzrium dimana anda dapat menikmati pemandangan lautan dalam dari dalam bot di mana bahagian bawahnya diperbuat daripada gelas.
Terumbu karang dan ikan tropika menghiasi lautan biru Okinawa
Jika anda datang pada musim bunga atau panas, mungkin anda berpeluang untuk menikmati keindahan batu karang di lautan jepun ini yang pastinya boleh membuat anda terpegun dengan kebesaran Maha Pencipta. Tetapi bagi yang ingin scuba diving atau menyelam, anda mestilah ada lesen baru boleh buat yer.
Banyak tempat menarik di sepanjang Jalan Antarabangsa
Walau dimana anda pergi, memang tidak sah jika tidak menikmati keindahan dan kemeriahan malam hari ditempat itu. Ini kerana disetiap tempat, waktu malamnya pasti berbeza. Di Okinawa, anda boleh menyertai kemeriahan waktu malam sekitar International Street.
Untuk mendapatkan matlumat yang lebih terperinci di Okinawa ni anda boleh ke MATTA Fair untuk melihat sendiri pakej yang ditawarkan untuk menikmati keindahan sekitar Okinawa ini. Anda juga boleh ke Facebook Visit Okinawa Malaysia di https://www.facebook.com/VisitOkinawa.my
The post Trip Murah Ke Jepun – ILoveOkinawa appeared first on Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey.