Quantcast
Channel: ASIA Archives - Faizal Fredley
Viewing all 125 articles
Browse latest View live

17 Etika Perlu Traveler Malaysia Tahu Ketika Bercuti Di Jepun

$
0
0

17 ETIKA PERLU TRAVELER MALAYSIA TAHU KETIKA BERCUTI DI JEPUN. Bercuti memang seronok tetapi dalam keseronokan bercuti jangan sesekali lupa budaya dan adab kita sebagai orang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi. Lagi-lagi bila travel di Jepun. Sudah terlalu banyak kita dengar orang Malaysia “buat hal” semasa travel di Jepun. Sedikit sebanyak ianya telah mencalar imej kita sebagai pelancong dari Malaysia. Jangan di sebabkan perangai “huduh” korang yang tak tahu adab dan tanggungjawab kita traveler dari Malaysia di “cop” seperti traveler dari Tanah Besar China.

Negara Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai adab yang cukup tinggi. Budaya mereka memang dalam kelas A. Jadi kita yang datang ke tempat orang haruslah belajar menghormati budaya mereka. Dalam kata lain sila bawa otak sekali bila travel ni. Jangan jadi jakun sangat.

Sempena dengan itu aku nak kongsikan 17 etika yang traveler perlu tahu bila travel ke Jepun. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama boleh mendidik hati kita semasa di tempat orang.

Etika ini aku dapat setelah 7 hari aku jelajah bumi Hokkaido. Sebelum aku huraikan 17 etika ini jom kita tengok dulu cara orang Jepun berfikir. Diorang berfikir ni lain dari kita sebab tu negara diorang boleh maju macam tu.

Ada 5 cara diorang berfikir antaranya adalah kesederhanaa & kesopanan, Ikhlas, Keistimewaan makanan dan kehalusan, Penghargaan, Semangat of Wa (Harmoni).

Bila tengok cara mereka berfikir pun kita tahu bahawa mereka menitikberatkan tentang budaya mereka sebagai orang timur. Jadi kita kena lah ikut cara mereka.

17 etika perlu traveler tahu bila bercuti di Jepun.

1. Berbisik

Seperti kita tahu orang Jepun ni sangat “polite” atau sopan. Jadi kalau korang berada di tempat public contoh dekat kedai makan atau stesen train tolonglah rendahkan sikit suara tu. Jangan nak bawak budaya kedai mamak sangat kat tempat orang.

2. Sendawa atau “Burp”

Kalau nak sendawa tu tolong cover sikit. Jangan buat macam dekat rumah sesuka hati je nak sendawa. Nampak sangat tak der adab nanti.

3. Punctuality atau tepati waktu

Dalam kata lain adalah “janji melayu” Kalau kat tempat kita perkataan “OTW” memang tak leh harap. Kat Jepun ni korang pandai2 lah tepati masa. Lambat tinggal. Kalau berjanji dengan orang Jepun jangan sesekali datang lambat. Sila patuhi masa ya. Pernah sekali aku lambat 15 minit sebab salah tengok jadual. Masa tu di Kobe. Aku punya rasa bersalah tu sepanjang hari woo terasa. Aku rasa orang semua benci aku untuk hari tu. Lepas dari tu aku memang jaga setiap masa aku di Jepun.

4. Sampah

Kepada siapa yang pernah ke Jepun mesti perasan bahawa susah nak jumpa tong sampah. Walaupun hampir tak de tong sampah negara Jepun tetap bersih. Ini kerana orang Jepun jenis pembersih dan berdisplin. Kalau tempat kita tong sampah bersepah tapi tetap orang buang sampah merata-rata. Jadi korang semua tolong simpan sampah anda sampailah jumpa tong sampah. Letak je dulu dalam beg korang tu. Balik hotel baru buang. Kalau boleh bawa budaya ni balik kat Malaysia lagi bagus.

5. Beratur

Kat sana orang tua pun kena beratur tau. Jangan duk bawa sangat budaya potong que tu.

6. Guna Harta Awam Sebaiknya

Inilah yang jadi masalah disebabkan orang kita semasa di Jepun. Ingat tak kes vandalism dekat Kyoto yang mana orang Malaysia telah tulis nama dekat pokok buluh di sana. Seriusly guys? Memang tak masuk akal langsung kot.

7. Kemas Meja Selepas Makan

Ini satu lagi budaya yang buruk orang kita. Kalau kat Malaysia memang senang nak jumpa spesis macam ni. Tapi kat sana tolong ya kemaskan meja selepas makan. Tak der orang gaji nak tolong kemas kan terutama kalau makan dekat fast food restoren.

8. Jangan Membazir

Kalau order makanan tu jangan membazir. Makan sampai habis. Kalau tahu diri  tu jenis makan sikit tak payah lah nak order banyak-banyak. Bila makanan korang tu tak habis ini menunjukkan bahawa makanan tu tak sedap dan boleh mengguris hati tukang masak.

9. Jangan Bawa Makanan atau Minuman Sendiri ke Restoran

Yang ni kat Malaysia pun dah di praktiknya so aku tak rasa traveler kita ada masalah dengan isu ini.

10. Bogel di dalam Onsen

Ini rare. Sesetengah orang memang suka benda ni termasuklah aku. Eh.  Hehe. Ok kalau masuk sauna atau onsen korang kena bogel tau. Tak payah nak malu-malu tak der orang nak tengok aih korang punya bebird tu. Tapi aku mula-mula dulu pun malu gak. Cover dengan towel kecil tapi bila dah biasa tu dah ok sikit dan confident lah katakan. Siap boleh buat catwalk lagi.

11. Cuci Badan Sebelum Mandi

Semasa di tempat mandi awam, korang kena cuci badan dulu sebelum mandi. Sebab nak buang dulu segala kotoran yang melekat di badan korang. Pastikan sabun badan dulu dan bilas dengan sebersihnya.

12. Jangan Ambil Gambar

Sesetengh orang nak sangat tunjuk suasana di dalam sauna atau tempat mandi awam. Tapi itu tak perlu ya sebab memang tak boleh ambil gambar dalam tu. Cukuplah sekadar cuci mata sendiri tak perlu nak kongsi semua tu. Selain tu korang di larang berenang, makan atau minum sepanjang di dalam sauna. Kalau guna barang dalam tu sila letak kat tempat asal.

13. Keringkan Badan

Sebelum masuk ke bilik persalinan pastikan badan korang tu kering sepenuhnya.

14. Bilik Di Bayar Per Person bukan Per Room

Ini pun pernah jadi kes buat traveler Malaysia. Please guys jangan di sebabkan nak terlalu murah korang langgar rule host di Jepun. Traveler jenis ni di panggil cheapskate traveler. Buat malu jer. Kalau nak bajet sangat tak payah nak travel duduk je rumah diam diam.

15. Jangan Buka Packaging

Di Jepun, buka packaging adalah di larang sama sekali. Kat sini boleh lah buat sebab nak tengok barang kat dalam tapi kat Jepun diorang punya packaging cantik-cantik. Memang tak boleh di buka unless korang dah beli. Kalau nak tahu juga apa yang ada dalam packaging tu sila tanya staff yang bertugas.

16. Insuran Kemalangan di Jepun

Belajar dari kes sebelum ni. Disebabkan nak murah korang abaikan insuran! It’s wrong guys. Tolong jangan abaikan insuran peribadi. Sebelum travel seeloknya beli insuran siap2. We never know what going to happen. Kalau korang amik pakej travel di Jepun korang kena tahu pakej tu tak termasuk dengan kemalangan. So pandai pandai lah cover sendiri ya.

17. Etika Tandas

Last but not least! Isu tandas. Aku perasan gi mana je mesti ada masalah tandas dengan orang kita. Tandas di Jepun adalah antara tandas yang paling bersih di dunia. Jadi korang jangan nak kotorkan tandas di Jepun. Gunalah sebaiknya. Aku paling suka tandas kat Jepun. Boleh tidur kot kat dalam ni. Lagi satu part auto cuci tu best. This moment im gonan miss when come back to Malaysia. Kalau guna toilet paper sila buang di dalam mangkuk tandas, jangan buang dalam tong sampah. Toilet paper di Jepun di buat based on water-solube.

Ok cukup dah 17 etika ni. Satu hari kot aku buat entry ni harap lepas ni traveler Malaysia lebih educated bila bercuti di Jepun. Kalau boleh aku taknak dengar dah isu-isu bodoh orang kita buat kat Jepun. Kalau diri tu memang jenis tak boleh ikut peraturan sila jangan ke luar negara. Duk rumah diam-diam. Kalau dah memang jenis pengotor korang boleh bercuti di India ataupun China. Don’t come to Japan!

Ok bye.

Muslim FAM Trip di Hokkaido ini di bawakan khas oleh Hokkaido Tourism Organization! Thanks please invite me again next trip.

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 6 hari di Hokkaido aku guna pocket wifi dari RoamingMan! Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

The post 17 Etika Perlu Traveler Malaysia Tahu Ketika Bercuti Di Jepun appeared first on Faizal Fredley.

Infinity Pool Resort World Langkawi Tarikan Terbaru di Pulau Langkawi

$
0
0

Infinity Pool Resort World Langkawi Tarikan Terbaru di Pulau Langkawi | Pulau Langkawi bukanlah destinasi asing bagi aku. Sepanjang 6 tahun hidup di Perlis, Pulau Langkawi bagaikan destinasi hujung minggu. Lagipun jarak dari Kuala Perlis ke Langkawi hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Tapi itu kisah lama, kali terakhir aku jejakkan kaki di Pulau Langkawi pada tahun 2014 selepas habis konvo di Universiti Malaysia Perlis. Lepas tu memang hilang dari ingatan.

Minggu lepas aku berpeluang untuk menyertai FAM trip ke Langkawi yang di bawakan khas oleh Resort World Langkawi selama 3 hari 2 malam. Tak banyak berubah di Langkawi masih indah seperti dulu. Panas pun tetap sama. Hitam legam weh.

Cruise catching sunset!

Kali ini aku menginap di Resort World Langkawi. Dulu pernah aku stay kat sini pada tahun 2010 kalau tak silap. Masa tu resort ini masih di kenali sebagai Awana Porto Malai. Setelah beberapa tahun resort ini masih utuh seperti dulu. Cuma penjenamaan semula menjadi Resort World Langkawi. Selepas di tukar nama sudah tentu bilik juga di naiktaraf. Hampir kesemua bilik di renovate selaras dengan kehendak pelanggan. Yang pasti bilik lebih hipster dan selesa. Nampak macam hotel baru jer. Paling best view masih lagi stunning macam dulu. Aku dapat bilik yang menghadap laut. Pagi2 boleh tengok sunrise. Sumpah cantik gila. Tapi kena bangun pagi lah. Aku yang susah bangun pagi pun gagahkan diri bangun jam 6 pagi sebab nak tengok sunrise.

Dengan adanya infinity pool dekat Resert World Langkawi ni sudah pasti ianya menjadi tarikan terbaru buat mereka yang nak bersantai di Pulau Langkawi.

Santai habis dekat Infinity Pool

View yang best terutama waktu petang dan pagi pastu buat korang rasa tenang jer lepak kat pool ni. Waktu petang boleh tengok bulan waktu pagi bolwh tengok sunrise. Gerenti tak menyesal lah kalau stay di sini.

Satu lagi aku suka bila stay di RWL ni sebab keadaan kat sini sangat tenang. Tak crowded macam tempat lain. Depan RWL juga boleh ambil pakej cruise sunset. Kat cruise ni ada BBQ sambil menyaksikan matahari terbenam di tengah-tengah lautan samudera. Cukup indah panorama matahari terbenam di tengah-tengah laut ni.

Jadi kalau korang masih lagi tercari-cari penginapan bila bertandang ke Langkawi Resort World Langkawi adalah salah satu hotel terbaik yang korang boleh stay di sini.

Sunset di tengah tengah laut
Ni bilik aku! Hadap laut

RWL menawarkan 6 jenis bilik iaitu jenis Standard, Premier, Standard Sea View, Premier Sea View, Suite dan juga Signature Suite. Kalau duit korang taraf-taraf Dato Aloff Syukri boleh pilih Signature Suite.

Kalau biasa-biasa bilik jenis Standard Sea View pun dah best dah.

Signature Suite
Garden View
Deluxe Garden View
Signature Suite
Signature Suite
Deluxe Sea View
Premier Sea View
Best jugak lepak kat bilik petang2

Infinity Pool
Rasa macam tak nak naik jer
Boleh tengok kapal lalu lalang jugak

Bersantai atas Cruise sementara tunggu BBQ
Cruise
BBQ time

Info lanjut:

The post Infinity Pool Resort World Langkawi Tarikan Terbaru di Pulau Langkawi appeared first on Faizal Fredley.

Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu

$
0
0

Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu | Banyak-banyak pulau di Terengganu, Pulau Kapas antara pulau yang agak “biasa” bagi sesetengah orang. Mungkin di sebabkan nama Pulau Perhentian dan Pulau Redang begitu gah membuatkan Pulau Kapas tidak menjadi pilihan.

Itu antara pendapat peribadi aku. Sebelum ni aku sendiri pun lebih memilih untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Namun, kali ini aku berpeluang untuk ke Pulau Kapas sendiri. Kata orang Pulau Kapas ni antara tempat pelancong asing berjemur. Betul ker?

Hehe.

3 hari 2 malam aku stay di Kapas Coral Resort. Overall not bad. Laut di Terengganu tak pernah mengecewakan. Laut biru dan jernih. Memang best nak mandi pantai.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Marang mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui LPT. Driver kami hari tu adalah Aryl. Naik Toyota Hi Ace. Boleh muat 10 orang termasuk driver. Kali ni aku ke Pulau Kapas seramai 12 orang. Semunya rakan blogger. Kira ni trip blogger lah. Nasib baik semua blogger yang join dah kenal. Jadi tak der lah awkward sangat kat sana. Semua enjoy je sebab masing-masing dah tahu perangai.

*trivia

Nama Pulau Kapas di beri kerana pasir-pasir di pulau ini berwarna putia seakan kapas. Pulau yang cantik dan dasar laut yang jernih membuatkan pulau ini popular dalam kalangan masayarat tempatan.

Kalau nak datang ke Pulau Kapas korang kena turun di Jeti Marang, tak sama dengan Pulau Redang dan Perhentian dimana jetinya terletak di Besut. Jeti marang terletak lebih kurang 18KM dari bandar Kuala Terengganu.

Kami bertolak dari KL ke Marang jam 12 tgh malam. Saja je nak gerak malam sebab nak kejar bot ke pulau kapas jam 10 pagi. Kami tiba di Marang dalam jam 6 pagi macam tu, Singgah sebentar dekat Masjid area situ untuk solat subuh dan mandi sekejap. Kasi segar sikit.

Dah sampai awal kami ambil keputusan untuk breakfast di kedai yang popular dekat sini iaitu Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ni agak popular sampai kami kena beratur panjang kot. Menu utama semestinya Nasi Dagang dan Teh Tarik Buih. Yang ni korang kena try bila datang ke Terengganu. Harga pun masih lagi murah jika nak banding breakfast di KL.

Dah selesai breakfast kami terus ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Dari jeti ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Alhamdulillah laut tenang. Tak seperti waktu nak balik dimana laut agak bergelora. Sampai satu masa aku rasa macam bot nak terbalik. Tapi semuanya selamat. Pemandu bot berpengalaman.

Some tips aku boleh bagi kalau naik bot dan laut bergelora jangan bergerak. Just stay calm dan duduk diam. Kalau korang bergerak boleh membuatkan bot terbalik.

Dah sampai Pulau Kapas aku terus lunch di Kapas Coral Resort sementara tunggu nak check in dalam bilik. Pakej yang kami ambil ini termasuk lunch dan dinner ya.

So 3 hari 2 malam aku kat Kapal Coral Resort banyak juga aktiviti yang kami buat. Antaranya:

  • Main Bola Tampar
  • Berkayak
  • Island Hopping
  • Snorkeling
  • Jungle Tracking (Pulau Singa)
  • Layan Sunset
  • Lepak tepi laut sambil layan Live Band

Haaa jangn pelik kat Kapas Coral Resort ni ada Live Band tau. Malam-malam tu tak boring sangat. Lepak tepi laut sambil layan Live band baru rare. Live Band ni ada kat Resort ni jer. Kat lain tak leh dapat. Tapi bukan setiap hari lah ada. Biasnyanya akan ada pada hujung minggu dan depends on customer yang menginap kat resort ini.

Itinerary 3 Hari 2 Malam di Pulau Kapas

  • Gerak dari kl before subuh
  • Sampai bandar kt awal pagi pegi shopping pasar payang
  • Naik bot ke pulau kapas by tgh hari. light activities sampai malam.
  • Next day pagi hiking, ptg snorkelling, round island..
  • Last day checkout balik jeti marang. Lunch kat rex nasi padang, singgah losong shopping kropok. by 4 dh on the road balik kl. before isya dh sampai kl balik.

Ringkas je iti kami. Cukuplah 3 hari 2 malam. Nak pulun sangat kang hari isnin kena masuk kerja balik. Kang membuta je kat office.

Setelah 3 hari di Pulau Kapas…

Ok dah 3 hari kat sana aku simpulkan kualiti air kat sini setaraf dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Cuma kat sini lebih tenang aku rasa. Pantai pun bersih!

Tentang Kapas Coral Resort…

Ok overall aku puas hati stay kat sini. Bilik not bad but boleh di perbaiki lagi. Makanan sedap! Owh malam terakhir kami buat BBQ kat Resort ni. Dapat makan sotong fresh weh. Umppp….

Kalau nak tengok ikan Nemo boleh je berenang dari Pantai depan Resort tu sejauh 3 meter. Resort ni hanyalah satu-satunya live coral ada betul2 depan resort.

Kapas Coral pun baru upgrade renovate. Tempat bersih dan facilities baru. Owner En Iza super friendly

Aku bagi 4/5 star untuk Kapas Coral Resort!

Instagram and facebook @kapascoralbeachresort

Pakej 3 hari 2 malam dari Kapas Vacay..

Korang kalau jenis pemalas nak rancang sendiri macam aku korang boleh ambil pakej. Senang! Tak payah plan apa dah. Semua diorang plan kan. Silap-silap kalau pandai bodek owner dia boleh belanja BBQ lagi. hahaha

Kapas Vacay ni travel agent under Kapas Coral Resort yang aku stay tu. Very experience travel agent hokey. Owner pun cun. Eh…

Info Lanjut boleh check kat Instagram dan facebok diorang

  • Instagram @kapas.vacay
  • Facebook @kapas vacay

Ok itu jelah nak cerita. Dah lama x main laut hitam legam jugak lah dekat sebulan.

Owh lupa sebelum balik KL kami singgah isi perut dekat Rex Nasi Padang Sumatera. Boleh waze! Apa yang aku boleh katakan very highly recommended! Sedap dah lain dari yang lain. Aku suka Ayam salai dan Daging salai. Korang tak leh jumpa tempat lain dah. Kalau tak singgah kedai ni kalau datang Terengganu adalah satu kerugian.

Info lanjut

  • Instagram @rex_nasipadang
  • facebook @rex nasi padang sumatera

Sampai di sini sahaja cerita aku di Pulau Kapas. Jom ikuti next entry aku di Macao pula! Coming soon….

The post Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu appeared first on Faizal Fredley.

Just Wow! 5 Sebab Kenapa Pelancong Muslim Perlu Bercuti Ke Macao

$
0
0
View Macau from Macao Museum

Just Wow! 5 Sebab Kenapa Pelancong Muslim Perlu Bercuti Ke Macao | Macao merupakan salah satu destinasi pelancongan “underrated” bagi kaki travel macam aku. Memang tak pernah masuk list langsung untuk bercuti di Macao yang merupakan salah satu kota kecil bekas jajahan Portugis. Actually term jajahan tu tak berapa tepat memandangkan Macao sebenarnya tak pernah di jajah pun. Ianya di sewakan oleh Portugis.

Apa yang orang ramai tak tahu Macao diserah kepada pihak Portugis atas perjanjian pihak China dan Portugal. Macau berada di bawah kekuasaan Portugis dari tahun 1557-1999 (Portuguese Macau) dan diserahkan kembali kepada Tiongkok dengan status satu negara dua sistem sama macam Hong Kong. Dan kini Macao adalah sebahagian dari China. Eh dari Hong Kong nak ke Macao boleh naik ferry. Tak lama sejam jer dah sampai.

Ruins of St. Paul’s Church. Macam dekat Copenhagen, Denmark!
Ventian City! Rasa macam dekat Vanice, Italy

Ok enough tentang sejarah Macao. Nak tau lebih lanjut korang kena datang sendiri ke Macao.

Macao juga dikenali sebagai Las Vegas Asia. Nama yang begitu gah sekali di berikan. Jadi nak ke Las Vegas memang mahal apa kata korang datang je Macao.

Tiap kali aku travel ramai yang tanya macam mana pelancong muslim bila travel. Seriously tangapan diorang tentang pelancong muslim agak tak tepat. Mungkin disebabkan ada diantara kita yang terlebih over hingga itu tak boleh, ini tak boleh sedangkan dalam Islam sendiri menggalakkan kita travel, jelajah dunia, tengok sendiri kebesaran Allah SWT.  Hargai alam sekitar. Tengok budaya orang lain. Bagaimana mereka jalani hidup seharian. Pembangunan di tempat mereka macam mana. Lihat semua tu. Travel bukan untuk menunjuk yang kau mampu ke sana sini. Travel is all about hargai alam sekitar, bersyukur dengan apa yang kita ada. Belajar dari budaya di tempat orang. Pandai membawa di walau di mana kita berada.

Ni kedai Tart yang famous. Nampak je macam tu tp bertaraf Michelin ya
Wajib cuba Tart Telor dekat Macao

Bukan just check in kat airport pastu dah claim ko dah pun jelajah seluruh negara. Hello tu mentaliti jamban ok. Haa ni abg dah nak start membebel dah ni bila masuk bab “traveler kita”.

Ok lah malas nak bebel banyak-banyak. Aku just nak kongsi je pendapat aku tentang Macao dan kenapa Macao ini adalah destinasi yang perlu di kunjungi oleh pelancong muslim.

Bulan april hari tu aku sempat ke Macao selama 4 hari 3 malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam kalau tak silap. Ada Air Asia direct dari KLIA2 ke Macao. Alhamdulillah cuaca elok sepanjang penerbangan. Part paling tak best kalau ada air turbulence, kecut perut!

Ruins of St. Paul’s Church

Ok ini aku bagi 5 sebab kenapa pelancong Muslim tak perlu risau jika travel ke Macao!

1. Makanan Halal Senang Dapat

Ini salah satu masalah orang kita hadapi bila travel. Semua bab makanan halal. Salah satu punca orang kita tak berani nak travel ke negara bukan Islam adalah makanan. Katanya susah nak jumpa makanan halal. Hello kak zaman sekarang ni makanan halal memang senang nak jumpa. Termasuk lah di Macao ni. Walaupun majoriti penduduk bukan muslim tapi kat sini banyak makanan halal yang boleh korang jumpa.

Antara tempat makan halal yang aku singgah untuk isi perut tempoh hari adalah.

Dong Lai Shun Muslim Restaurant

Dong Lai Shun Muslim Restaurant

Kat sini menu utama adalah masakan Chinese tapi halal nama pun Muslim Restaurant. Kalau korang nak try makanan jenis steamboat (hot pot) kat sinilah tempat nya. Rasanya mula-mula agak pelik maybe sebab aku tak biasa dengan masakan Chinese ni tapi lama-lama sedap pulak weh. Aku paling suka nasi diorang. Walaupun makan nasi kosong tapi still ada rasa sweet sweet gittew. Lokasi nya dekat sangat dengan Airport. Jadi sebab itu lah restoran ni menjadi pilihan di hari pertama. Sebelum check in kat hotel boleh isi perut dulu.

  • Alamat: G/F, 484 Rua Cidade De Coimbra, Macau, Macau 
  • No. Telefon: +853 2875 5705

Dinner @ Taste of India

Untuk dinner hari pertama kami pilih masakan India. Kalau siang masakan Chinese malam kita rasa kari India pulak. Serius weh kat sini memang power. Bukan nak melobi tapi bagi tekak orang melayu macam aku ni dah kira sedap dah ni. Paling best adalah roti naan dia. Perghh rasa macam ada kat Malaysia kot. Owner pun peramah. Hampir setiap 30 minit datang tanya macam mana rasa masakan. Ok ker tak OK!

  • Alamat: Avenida Sir Anders Ljungstedt, No.22AD Vista Magnifica Court
  • No. Telefon: +853 2872-8413
  • Laman web: www.toimacau.com

Lunch @ Lou Lan Islam Restaurant

Hari kedua ni tuff sikit. Jadi makanan kena power sebab banyak berjalan. Untuk breakfast kami makan kat hotel jer. Untuk Lunch pulak kami singgah dekat Lou Lan Islam Restaurant. Dah nama pun Islam pastilah halal. No need to ragu-ragu. Makanan dia macam masakan melayu sikit even ianya Chinese Cuisine. Chef dia pun dari Indonesia. Masa aku makan kat sini ada juga beberapa orang melayu yang datang makan. Itu menunjuk kan restoran ni memang pilihan orang muslim untuk makan.

  • Alamat: Rua do Teatro (Second Shop)
  • No. Telefon: +853 2853 0264

Seafood Dinner at “Coast”@ MGM Cotai

Haa ini restoran juri Masterchef US, Chef Graham Elliot. Starter pun dah di hidangkan dengan Truffle yang merupakan makanan paling mahal di dunia. Inilah kali pertama ianya masuk mulut aku. Hahah ok lah rasanya. Tapi yang ni dia campur dalam pop corn. Restoran ni jenis Fine Dining. So kena ikut menu dan bila ko dah habis dia akan terus hidang next menu. Kalau lambat makan lambat lah dia hidang next menu. Kadang-kadang rasa bersalah juga kat pelanyan dia duk tunggu kami habis makan sebab nak hidang makanan lain pulak. Ada dekat 7 semua Sampai tersadai lah nak balik hotel pun tak larat.

Antara menu yang kami makan ialah Truffle Parmesan Popcorn with Chopped Chive, Shrimp Taco with Mango Salsa and Shredded Coconut, Macanese Tiger Prawn Curry dan Lobster Risotto with Charred Scallion and Pink Peppercon.

Lunch at Golden Peacock at Venetian (Halal & Michelin Restaurant)

Hari ketiga kami makan sekali lagi masakan India. Kali ni jenis buffet. Restoran ni bertaraf Michelin dan terletak di dalam bangunan Venetian. Paling best yang recommend adalah puding dia. Ke apa tah nama tapi memang sedap.

Macanese Restaurant (Tapas de Portugal)

Taipa Village
Tapas de Poertugal

Last sekali kami makan masakan Macanese. Dah datang sini memang rugilah tak makan masakan Macao kan. So restoran ini terletak di Taipa Village. Not bad jugalah Macanese food ni. Boleh layan dan masuk anak tekak.

Tapas de Portugal terletak bersebelahan dengan restoran berbintang Michelin, António Coelho RestaurantTapas de Portugal juga menghidangkan menu air tangan chef yang sama. Padanlah restoran ini juga pernah banyak kali memenangi anugerah!

2. Seperti Jelajah Satu Dunia

belah kiri tu mcm kat Rome. Belah kanan tu Taipa Museum
berlatarbelakang Eifel Tower Parisian Macao
Santo Antonio

Ok datang sini korang akan rtasa macam jelajah satu dunia. Some place ko akan rasa berada di Perancis, Then Itali, Thailand dan some place macam berada di tempat Makhluk asing pun ada. Kalau tak caya datang lah sendiri. Mesti korang akan rasa gila ar macam ni punya tempat pun ada.

3. Design dan Hotel yang paling “rare” di dunia

Studio City

Satu je aku terfikir bila tengok design-design bangunan kat sini. Macam mana lah arkitek diorang fikir ek. Sampai terjadinya building sepelik macam tu. Macam bangunan aliien kot. Antara bangunan yang rare kat Macao adalah Studio City, Venetian, Parisian, Ada Eifel Tower juga, Galaxy Macao, Grand Lisboa, Conrad Macao, Altira Macao, MGM, Star World Hotel, Sands Cotai Central dan banyak lagi lah.

4. Rasai pengalaman 4D Batman terbaik 

Studio City. Memang superb!
Gotham City

Batman Dark Flight di Studio City, Serius weh rasa real gila. Tak pernah lagi aku rasa 4D macam ni. Rasa macam betul-betul ko duduk dekat Gotham City. Dengan kelajuan jet yag kita naik tu. Aku menjerit macam naik roller coaster kot padahal aku duk atas kerusi tu je. Real wehhh…

5. Bungy Jump paling tinggi di Dunia di Macao Tower

Macao Tower

Yang ni aku tak cuba dan tak akan cuba sebab sejenis Faizal ni memang trauma dengan ketinggian + kelajuan. Kalau ketinggian sahaja boleh lagi. Ni gara-gara naik roller coaster terpantas di Ferrari World Abu Dhabu tahun lepas lah ni. Sampai sekarang masih trauma. Ok kalau korang jenis yang tahan lasak dan suka aktiviti lasak boleh lah cuba. Once a lifetime orang kata. Sebelum geng Running Man penah datang buat Bungy Jump kat sini. Kalau tak silap Song Ji Hyo.

Ketinggian = 233m / 764ft

Walaupun aku tak buat bungy jump tapi aku naik jugalah kat atas tu. tengok view Macao. Tapi sayang masa aku kat atas hujan dan sedikit berawan.

Legend Palace Hotel

Actually banyak lagi sebab kenapa korang perlu ke Macao ni, Panjang pulak kalau aku nak list satu-satu. Mungkin aku akan cover lagi untuk next entry.

Sekian saja perkongsian aku mengenai pengalaman ke dalam trip 4 hari 3 malam di Macao Part 1. Harap ada beri input dekat korang at least sikit. InsyaAllah. Jika korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah or terus e-mail ke blog@faizalfredley.com

Artikel ini dihasilkan melalui jelajah media jemputan Muslim Media FAM trip ke Macao dengan kerjasama Macao Government Tourism Office (MGTO), Representative in Malaysia! pada 16 – 18 April 2018. Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya. Kalau tak puas hati atau ada info yang aku tak kreditkan boleh juga email aku atau tinggalkan komen.

Sekian…

The post Just Wow! 5 Sebab Kenapa Pelancong Muslim Perlu Bercuti Ke Macao appeared first on Faizal Fredley.

14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao

$
0
0

14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao. Macao merupakan salah satu destinasi pelancongan yang kian menjadi perbualan buat kaki travel di Malaysia. Disebabkan jirannya iaitu Hong Kong begitu popular, kini Macao juga menerima tempiasnya.

Awal april 2018 hari tu aku sempat menjelajah bumi Macao ini selama 4 hari 3 malam. Kini Macao bukan sahaja popular dalam kalangan bukan muslim, malah pelancong muslim juga mula membuka mata untuk berkunjung di Macau. Disebabkan di sini begitu senang sekaliuntuk dapatkan makanan halal membuatkan Macai begitu seusai untuk percutian keluarga.

Jika kita lihat dahulu memang susah untuk cari makanan halal di Macao. Kini semua itu tidak perlu risau lagi. Terlalu banyak tempat makan halal di Macao yang korang boleh jumpa. Sebelum ini aku telah pun berkongsi kenapa pelancong muslim tidak lagi perlu risau jika melancong di Macao. Boleh baca post aku yang terdahulu.

Di post terdahulu aku ada cerita banyak tentang restoran halal dan kali ini aku akan kongsikan 11 tempat manarik di Macao buat pelancong muslim.

1. Planetarium Macao Science Centre

Ok tempat ni memang sesuai jika anda datang ke Macao bersama keluarga. At least tak ad alah boring sangat anak-anak korang macam bercuti kan. Masa aku pergi hari tu ianya masih lagi dalam proses renovate tapi dah boleh masuk. Hanya beberapa tempat sahaja yang di tutup.

Selain sains, kat sini juga anak-anak korangboleh belajar tentang teknologi, persekitaran dan gaya hidup. Bukan budak-budak je boleh belajar, mak bapak pun boleh belajar sekali. Aku pun excited ke sana hari tu. Macam-mcam ilmu boleh dapat.

Untuk pengetahuan korang planetarium ini juga merupakan planetarium yang pertama di dunia yang ada sistem 3D dan ultra-high definition projection system (8,000 x 8,000 pixels), dan ada permainan live show yg interactive serta dome movies dalam 3D.

Address: Avenida Dr. Sun Yat-Sen, Macau

Opening hours: 10:00 a.m. to 6:00 p.m. (Tickets are only available up to 5.30 p.m., closed on Thursdays and Lunar New Year’s Eve, open on public holidays.) Open daily in July and August.

Tickets:

  • Exhibition Galleries – MOP25
  • Planetarium (2D Dome /2D Sky Shows) – MOP60
  • Planetarium (3D Dome /3D Sky Shows) – MOP80
  • Free admission for children under 2 years old

Info Lanjut: Macao Tourism!

2. Angry Bird Centre

Mengalah budak kecik. Dulu2 mana berpeluang main benda ni
comel2 belaka rasa nak wak balik jer

Bagi peminat angry bird janga lepaskan peluang untuk ke Angry Bird Centre yang terlepak di Ponte 16. Kat sini memang syok weh. Aku rasa aku dah kembali jadi kanak-kanak dah hari tu. Di timbus dengan bola-bola kecil then boleh main tembak-tembak. Sangat wow!!! Orang dewasa macam aku pun enjoy gila kat sini, kalau bawak budak-budak lagilah diorang suka. Silap-silap depa tak nak balik!

Info Lanjut: Angry Bird Ponte 16

3. G Racing Stimulators

Serius weh best rupanya main game ni.
dapat no5. haha ok lah kann

Haa ini permainan orang dewasa. Sumpah rasa real main G racing ni. G racing ni kira macam game lumba kereta pakai simulator. Tapi rasa macam real. Macam mana ek nak explain. Korang kena try sendiri. G Racing pun terletak di Ponte 16. Sama tempat dengan Angry Bird tapi lain tingkat.

Paling best dia punya rasa thrill tu tapi kalau boleh masa main tu jaga sikit kata-kata. Aku main hari tu segala jenis binatang dalam hutan aku sebut. tak baik mencarut! Kalau korang nak tahu di Macao ni ada event yang di panggil Macau Grand Prix yang merupakan acara suka yang besar di sini. Jadi G racing ni kira simulator kepada event ni lah.

Info Lanjut:

4. Macao Tower

Macao Tower
Observation Deck

Kalau datang Macao memang tak sah tak datang ke Macao Tower! Aku tiap kali aku travel ke mana-mana aku akan ke mercu tanda di destinasi yang aku pergi. Dan jangan lupa beli replika menara ni untuk bawak balik ke rumah.

Macao Tower ni agat popular di di seluruh dunia. Kalau korang peminat Running Man mesti korang tau menara ni. Kalau tak silap Song Ji Hyo pernah buat Bunge Jump kat sini. Tahun lepas pun ramai kawan-kawan aku datang untuk buat Bungee Jump kat Macao Tower. Aku? Huh tak apa lah aku tengok jelah. Belum terbuka hati nak buat Bungee Jump.

Bungee Jump Macao Tower adalah bungee jump yang tertinggi di dunia ya! View dari atas ni pun stunning.

Info Lanjut: Macao Tower

5. Ruin’s of St Paul’s

punyalah ramai manusia

Pada 1835, salah satu gereja Katolik terbesar di Asia ini runtuh dalam satu kebakaran, meninggalkan hanya pintu hadapan yang menceritakan sejarah agama Kristian di Asia dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.

Ruins of St. Paul’s hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Pada aku, ini salah satu lokasi wajib kalau mahu menandakan korang dah sampai ke Macao. 

Paling mencabar adalah nak bergambar di depan mercu tanda ini. Fuh dia punya manusia punyalah ramai. Memang tak de peluang nak bergambar sorang-sorang berlatarbelakangkan monumen ini.

6. Parisian Macao

Yeay dapat naik Eiffle Tower weh.

Parisian ni merupakan salah satu hotel terbesar di Macao. Besar hotel ni sampai ambil masa setengah hari kot untuk jelajah hotel ni. Maybe sehari. Kat Parisian ni ada Hotel, Eifel Tower, Shopping Mall, Restaurant, dan Taman Tema…

Kalau korang nak feeling feeling bergambar di Paris meh lah datang ni. Menara eifel dia sebijik sama kot dengan kat Paris. Cuma kat sini tinggi dia setengah dengan Eifel Tower yang sebenar. Boleh naik atas untuk tengok view Macao di tingkat 37!

View from Eiffel Tower

Tak cukup itu, pastikan korang luangkan masa menjengah ke dalam hotelnya dan window shopping (kalau tidak membeli-belah) di The Shoppes at Parisian. Jujur cakap, dengan design pengaruh Perancis, segenap ruang terasa cukup eksklusif dan extravaganza!

Info Lanjut: www.parisianmacao.com

7. Venetian Macao

Venetian Macao
sebijik mcm Venice kat Italy kan. Bezanya kat sini indoor

Sama seperti Parisian cuma Venetian berkonsepkan Itali atau lebih fokus lagi adalah Venice. Salah satu city yang masih lagi berada dalam list yangbelum aku jejak. InshaAllah jika ada peluang ingin sekali nak ke Venice sebelum ni hanya sempat singgah kat Milan je.

Walaupun begitu dapat ke Venetian Macao pun dah puas hati dah, dia punya aura Venice pun daha da kat situ. Canal yang popular tu pun ada kat sini.

Venetian! Cantik weh. Malam lagi lawo. Gambar Google nih

The Venetian, salah satu hotel bersepadu terawal di Macao dan juga salah satu mercu tanda di Macao ini.

Oh dan sebagai fakta, di sini juga antara lokasi penggambaran yang cukup ikonik bagi drama popular Korea Selatan, Boys Over Flower dan muzik video ‘New Face’ nyanyian Psy.

Hasif Hamsyari yang bagitau…

Info Lanjut: www.venetianmacao.com

8. MGM Cotai 

MGM Cotai Macao. Design dia memang style kotak2 barang kemas.

Bagi peminat peminat seni artistik jangan lupa singgah di MGM Macao ni. Aku tak berapa minat sangat jadi masa diorang duk buat penerangan aku tak berapa nak fokus. Salah satu sebab aku tak leh nak fokus sebab environment kat MGM ni sangat awesome. Di penuhi dengan warna-warna emas buat aku mudah je hilang fokus.

Selain itu ada juga sebuah karya menggunakan 24 tan besi tahan karat yang diselaputi daun emas 24k yang dipamerkan secara umum! Emas real beb!!!

inilah emas 24K tu
belah kiri tu coklat mountain paling tinggi di dunia

Tak cukup dengan tu, kat sini juga ada beberapa restoran chef terkemuka dunia, ruang tertutup setinggi empat tingkat dengan 25 skrin LED gergasi kekal terbesar di dunia dan chocolate fountain tertinggi di dunia! 

Kami sempat makan di restoren dalam ni Seafood Dinner at “Coast”@ MGM Cotai. Sedap! Milik salah sorang juri Masterchef US.

Info Lanjut: www.mgm.mo/en/cotai

9. Studio City

Tempat ni aku boleh bagi 10 / 10 bintang. Memang satu kerugian besar kalau tak datang sini. Bagi peminat Batman kat sinilah korang boleh merasa berada di Gotham City.

Studio City adalah sebuah resort bersepadu yang pertama di dunia membawakan elemen produksi perfileman dalam pengisiannya termasuklah hotel, pusat beli belah dan tarikan yang ada. Kat sini, aku berpeluang menaiki Golden Reel, roda Ferris berbentuk lapan tertinggi di dunia (130 meter) yang terletak di antara dua menara bangunan yang cukup futuristik ini.

Berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman naik Golden Reel memang best. Rasa macam naik Ferris Wheel tapi yang berbentuk 8. Lagi best. Pastu boleh tengok view studio city.

Satu lagi korang juga cuba Batman Dark Flight 4D. 4D paling thrilling aku pernah alami dengan ditemani Batman untuk menewaskan musuh yang telah menculik korang untuk di jadikan makanan. Eh bukan dijadikan makanan tapi tebusan kot. Dalam 4D ni korang akan fly sekitar Gotham City yang sangat real. Aku menjerit kot macam naik roller coaster.

Info Lanjut: tudiocity-macau.com

10. Taipa Village 

Sangat instagramable
Kat kawasan ni tenang sikit. X crowded.

Tempat ni luas. Banyak tempat boleh pergi. Tak silap aku kat area sini 3 tempat aku pergi. Salah satunya adalah Taipa House Museum. Kat sini hipster sikit. Bangunan warna hijau turquoise membuatkan tempat ni sangat rare. Taipa Houses Museum juga adalah peluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.

Lima rumah ini masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living MuseumExhibitions GalleryCreative CasaNostalgic House dan House of Receptions.

Kalau korang perasan dalam drama Princess Hours ada shooting kat sini (Lokasi: Coloane Village)
coloane village

Cunha Street

Selain itu kat area sini korang boleh juga pergi Cunha Street dimana korang boleh membeli cenderahati di Macao, lokal mesti akan sebut Rua do Cunha (Cunha Street) ni. Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.

Taipa Village Art Space

Kat sini ada pameran pertama filem-filem karya pengarah kelahiran Russian yang menetap di Macao iaitu Maxim Bessmertny bertajuk Degustation. Bessmertny banyak mengetengahkan unsur humur, dramatik dan satira sosial dalam karyanya seperti Death of Parrot (2017), The Great Debt (2016) dan Sampan (2017). 

Pameran berkenaan yang akan berlangsung hingga hujung bulan Mei 2018 dianjurkan Taipa Village Cultural Association.

11. Giant Panda Pavilion

Anak Panda
Mak Panda
Bapak Panda!

Kat Macao pun ada panda. Hari tu ada 4 ekor. Bapak dia, mak dia dan anak dia kembar dua ekor. Ni first time aku tengok panda depan mata. Kat zoo KL pun tak pernah tengok pom lagi.

Terdapat dua ruang tertutup berkeluasan 330 meter persegi dan satu ruang perkarangan terbuka berkeluasan 600 meter persegi yang digunakan khas untuk habitat panda-panda ini.

Selain Panda ada juga binatang-bintang lain yang ada di sini, salah satunya adalah panda merah. nama panda tapi macam musang.

Info Lanjut: www.macaupanda.org.mo 

12. Jalan-Jalan Pusing Macao dengan Open Top Bus

Open Top Bus

Last but not least adalah pusing-pusing Macao dengan Open Top Bus. Ada 11 hentian yang semuanya cukup menjadikan perjalanan korang di Macao lebih selesa. Jadi kalau datang sini x tak perlu nak naik kereta atau sewa bagai. Cukuplah naik bas dan korang dah pun boleh jelajah seluruh Macao.

Antara hentian Open Top Bus adalah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman’s Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macao dan The Venetian Macao.

Harga tiket:

  •  MOP150 (dewasa) 
  • MOP100 (kanak-kanak)

Boleh juga beli online di www.goldsparktours.com

Sampai di situ sahaja lah. Cukup 4 hari nak cover semua tempat ni, nak diikutkan banyak lagi tempat manrik di Macao tapi ini je yang sempat pergi. Maybe next time ya.

Ok InsyaAllah. Jika korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah or terus e-mail ke blog@faizalfredley.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian.

The post 14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao appeared first on Faizal Fredley.

Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima

$
0
0

Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima. Artikel ini merupakan sambungan kepada Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku. Jadi kiranya aku berada di Hiroshima pada hari ke 4 dan ke 5 selepas ke Ehime Prefecture.

Recaps

Hari ke-3 jadual aku sepatutnya dihabiskan di Matsuyama Castle, tetapi disebabkan oleh trafik yang sesak terpaksa tunda ke hari ke-4. Pagi-pagi lagi kami dah check out dari Dogo Grand Hotel untuk ke Matsuyama Castle. Castle ini di buka sewal jam 9 pagi dan 8.45am kami dah terpacak di depan gate. Dari hotel kami gerak jam 8 pagi. Dalam 15 minit pemanduan ke Matsuyama Castle. Dari bawah we take ropeway (3 minit). Selain tu boleh juga naik chairlift. Tapi yang ni agak scary sikit. Castle ni juga satu-satunya castle yang tak ada lift untuk naik ke atas. So korang kena jalan kaki.

Hari itu pula hujan renyai-renyai membuatkan masa kami agak terhad untuk mengambil gambar terbaik. Terasa rugi pun ada sebab castle ini sengat cantik dan unik. Masa kami luangkan di sini pun agak rushing. Maybe one day i will come again to enjoy this castle.

Matsuyama Castle merupakan salah satu dari 12 original castle. Castle ini juga antara castle yang terselamat selepas perang dunia kedua. Ianya juga telah bertahan sejak zaman pasca feudal sejak tahun 1868.

Menurut Miko-san (tour guide) kami, castle ini antara castle yang sangat complex dan interesting di negara ini. Ia terletak di Gunung Katsuyama, bukit curam di pusat bandar yang pastinya menyajikan para pelancong dengan pemandangan “burung Matsuyama” dan Laut Inland Seto. Terdapat kira-kira 200 pokok sakura di atas istana, menjadikannya sebuah tempat bunga sakura berkembang indah pada musim bunga sekitar penghujung Mac hingga awal April setiap tahun. Jadi kalau nak tengok sakura inilah tempat yang patut anda tuju.

Fakta: Orang Jepun celebrates new year degan menanam pokok bamboo, plum dan pine yg melambangkan longevity. 3 jenis pokok ni akan tetap hijau pada musim sejuk.

Matsuyama Castle dibina pada tahun 1602 hingga 1628 dah di serahkan kepada keluarga Matsudaira yang memerintah Tokugawa ketika itu. Pada tahun 1820 castle tower 5 tingkat ini telah musnah akibat disambar petir dan kini ianya telah dibina semula hanya 3 tingkat sahaja.

Nak cerita semua tentang Matsuyama Castle ni 4 hari pun tak habis. Jadi apa kata korang datang sendiri kat sini.

Access

Nak naik atas ni kena menapak sikit sebab terletak di atas bukit. Sebelum ni boleh naik ropeway atau chairlift.

  • Tram line 5 dari JR Matsuyama Station (10minit, 160 yen)
  • Tram line 2 atau 3 dari Matsuyama-shi Station (5 minit, 160 yen).

Info Lanjut:

  • Dibuka dari jam 9:00 – 17:00
  • Bayaran : 510 yen

Dalam rushing untuk elakkan dari hujan kami terus bergerak meninggalkan Ehime. Destinasi seterusnya adalah Hiroshima. Agak excited sebenarnya nak ke Hiroshima, salah satu destinasi yang dalam checklist aku.

MIYAJIMA ISLAND

Dari Ehime ke Hiroshima drive lebih kurang 3 jam macam tu. Puas jugalah tidur dalan kereta. Destinasi pertama kami tuju adalah Miyajima Island. Tempat ni tersangatlah popular dan merupakan #top3 tempat paling popular di Jepun. Jadi agak rugilah kalau ke Hiroshima tapi tak ke Miyajima Island.

Lebih dikenali sebagai The Island of Gods, pulau ini juga terkenal dengan kuil terapung dan Otorii. Ianya telah lama dianggap sebagai Pulau Dewa di Laut Inland yang indah. Pulau ini begitu romantis dan dipenuhi monument  bersejarah selain ianya juga merupakan tapak Warisan Dunia.

Beratur nak naik ferry meninggalkan Miyajima Island

Miyajima atau Itsukushima merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Hiroshima Bay, barat Jepun. Untuk ke sini boleh naik ferry. Paling mencuri tumpuan bila datang ke sini adalah pintu gerbang besar yang merupakan pintu masuk ke Kuil Itsukushima. Ianya juga dikenali sebagai The Great Torii Gate. Dari kejauhan boleh lihat ianya tersergam indah berada dipermukaan air dan berwarna oren. Semasa air pasang Torii Gate ini tampak seakan terapung di permukaan air. So jangan lupa potretkan diri anda berlatarbelakangkan Torii yang hebat ini.

Di pulau ini juga korang boleh menikmati makanan yang sedap. Paling popular sudah tentulah Oyster dan juga Unagi (Sedara mara Belut).

Aku cadangkan korang spend time masa kat sini dalam satu hari sebab banyak tempat best di pulau ini. Selain itu, ada juga Rusa yang berkeliaran di pulau ini cuma hati-hati Rusa kat sini agak agresive sikit. Pastikan jangan dedahkan plastik makanan sebab dia ingatkan makanan. Kesian dia nanti bagi harapan palsu.

Antara tempat lain yang korang boleh lawati di Miyajima Island adalah: Tahoto, Hokoku Shrine, Momijidani Park, Omoto Shrine, Daishoin Temple, Omoto Park, Machiya Street dan banyak lagi lah.

Kalau korang jenis Instagrammer kat sini memang banyak spot untuk ambil gambar menarik cuma korang kena kretif dan cari spot terbaik jer.

Access

  • Ferry (20 minit)
  • Tiket: 360 yen (return)

Disebabkan hujan nonstop pada hari itu kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel jam 4petang. Walaupun hujan je sepanjang kami di pulau tu tapi kami tetap puas hati. Dapat jugalah beberapa keping gambar menarik di sekitar Miyajima Island. Puas! Korang patut datang ke sini kalau datang ke Hiroshima.

Check in di Hotel Granvia Hiroshima

Sekali lagi Granvia tidak pernah mengecewakan. Boleh dikatakan hotel ini sememangnya terletak di hotspot kerana berhampiran dengan train station, teksi dan juga bas. Bagi traveler yang datang ke Hiroshima bolehlah stay di hotel ini. Bilik aku di tingkat 10 sudah pasti menjanjikan view terbaik di seluruh kota Hiroshima.

Berhampiran hotel ini juga ada banyak kedai makan yang boleh menjadi santapan anda di Jepun. Restoran halal bukan lagi masalah jika bercuti di Jepun. Terlalu banyak restoran halal di sini, rasa macam kat Malaysia dah.

Selepas check in, kami jalan-jalan sekitar hotel mencari sesuatu untuk dinner. Malam ini pilihan kami adalah restoran pakistan. Sambil makan sambil sembang, maklumlah esok dah nak fly balik dah. Kami luangkan masa dengan tourist guard kami iaitu Miko-san. Thanks Miko sebab bawa kami pusing-pusing sekitar Chigoku dan Shikoku.

HIROSHIMA PEACE MEMORIAL PARK

Last day….

Sebelum meinggalkan Hiroshima kami sempat singgah di Atomic Bomb Dome sekejap. Tak sah rasanya kalau ke Hiroshima tidak ke tempat yg bersejarah ini.

Masih ingatkah korang dengan peristiwa gugurnya bomb atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945? Inilah tempat gugurnya bomb atom oleh tetera Amerika. Bomb ni meletup di udara, kesan dari peristiwa ini hampir 129,000 – 246,00 yang kerkesan. Hiroshima Memorial Park ni memang khususnya untuk memperingati kejadian letupan bom atom.

Sumpah weh hampir menitis air mata aku bila tengok video yg di tanyangkan.

Actually dalam jadual sepatutnya kami habiskan 4 jam di sini tapi di sebabkan hujan lebat kami terpaksa meninggalkan Hiroshima lebih awal.

Tetapi tak mengapa walaupun sekejap ianya mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa ini.

Dengan itu berakhirlah sudah trip 5 hari di Chugoku dan Shikoku. Kalau ikutkan memang tak sempat nak explore seluruh tempat ini dalam masa 5 hari.

Bagi korang yang ada peracangan nak ke sini di harap artikel ini dapatlah sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perjalanan korang kelak. Dan jangan lupa singgah ke Matta Fair 7 – 9 September 2018 nant iuntuk dapatkan info tentang destinasi menarik di Jepun dan juga tawaran hebat di booth kat sana. Singgah juga di Booth JNTO nanti ye. InshaAllah kalau diizinkan aku akan berada di sana juga nanti. Nak tanya apa pun dipersilakan.

*******

Muslim FAM Trip di Chugoku & Shikoku ini di bawakan khas oleh JNTO! Thanks please invite me again next trip

Special Thanks to Ikeda-san, Miko-san, Emila, Pojiegraphy, Miyatake-san and all members from Promo Tech for this awesome trip. Really have fun!

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 5 hari di Jepun aku guna pocket wifi dari RoamingMan!

Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

The post Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima appeared first on Faizal Fredley.

Tip Dan Panduan Travel Ke Hong Kong Perlu Anda Tahu

$
0
0

Hong Kong antara destinasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin disebabkan banyak pilihan penerbangan terus dari Malaysia ke Hong Kong. Lagi satu di Hong Kong sekarang tak macam dulu. Dahulu mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal dan memaksa pelancong muslim membawa bekal dari Malaysia untuk makanan di sana.

Namun sekarang, makanan halal semakin senang untuk jumpa di negara bukan Muslim. Minggu ini aku kongsikan sedikit tips dan panduan untuk mereka yang berhajat untuk ke Hong Kong.

Tip Dan Panduan Travel Ke Hong Kong

Hong Kong

1. Pengangkutan awam sangat mudah & perlu banyak jalan, hari2 jalan kaki. Semasa berada di Hong Kong 5hari berat badan turun 1kg.

2. Makanan halal sudah senang untuk dapat dekat Hong Kong

3. Escalator di MTR sangat laju, laju sangat. Terperanjat masa mula2 naik escalator. Kepada pelancong macam kita ni, masa naik escalator sila hati2, pegang pemegang, kalau tak nanti takut jatuh. Semasa berdiri di escalator sila diri belah kiri, belah kanan untuk orang lalu lalang nak kejar train.

4. Tempat tinggal : 1 malam lingkungan RM130 – RM150.

5. Tidak memerlukan Visa untuk travel ke Hong Kong

6. Penduduk diorang sangat ramah

7. Selamat. Tak perlu sesat and pick pockets.

8. Orang semua baik-baik. Jarang nampak orang obes, and diorang sangat menjaga pemakanan.

Makanan Halal

Kalau ke hong kong, tak sah kalau tak singgah di Masjid Ammar ni untuk makan masakan Cina. Masjid ini terletak di Wan Chai pulau Hong Kong. Untuk ke masjid ni, korang kena turun di station Wan Chai exit A (island line- line biru)

Keluar je dari station MTR tu (exit A) berhadapan station tu ada tram station, naik tram ke arah causeway bay (baca paparan dekat depan tram) dan turun di station tonochy road (station no 47E atau 52W) Harga tram hkd2.30 (kena sediakan duit kecik sbb xda baki). Turun dari tram, akan nampak basketball court dan ada laluan di sebelah court (rujuk gambar)

Ikut laluan tu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dgn convenient store. Bangunan die belakang convenient store tu adalah masjid ammar. Just terus smpai ujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk. Naik lift tingkat 5 untuk ke kantin.

Ingin mencuba dim sum Hong Kong yang tulen? Kantin Pusat Islam menawarkan dim sum halal untuk sajian makan tengah hari dan hidangan Kantonis untuk sajian makan malam.

Alamat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island

Culture

Hong Kong

Yeah rata-rata orang cakap Hong Kong a bit pricy, actually kalau bajet dengan betul masih boleh jimat, aku tak kata murah tapi masih lagi boleh jimat. Tapi aku nak pesan jangan terlalu jimat sampai menyusahkan diri sendiri.

Apa yang aku boleh katanya Hong Kong walaupun mahal tapi berbaloi untuk dilawati kalau korang sejenis penggemar culture. Orang kat sana pun respect each other. Macam kita lah kalau kita respect orang, orang pun akan respect kita jugak. Paling best dalam semua benda diorang tahu beratur. Tak cross traffic light masa merah, tak ada bunyi hon pun. Public transport the best ever! 30 seconds each train (yang saya buat calculation lah) I hope Malaysia will be like this in the future.

Tempat Menarik dan Shopping di Hong Kong

Hong Kong tak perlu nak pertikaikan lagi sebagai tempat shopping paling best di Asia. Banyak barang-barang menarik boleh shopping.

Orang kita ni kalau shopping tempat paling best adalah street shopping, kat Hong Kong ni pun boleh tahan banyak pilihan tempat untuk shopping. Antaranya:

1. Kowloon Street Shopping

Picture credit to Dreamstime.com (Shopping Street In Kowloon)

Terletak di sekitar Yau Ma Tei dan Mong Kok, tempat ini begitu sibuk sekali dengan orang ramai. Namun untuk shopping memang best dekat sini. Untuk Ladies tempat ini memang untuk anda sebab banyak jual barang-barang seperti make up, baju cantik-cantik dan macam-macamlah lagi. Dibuka dari jam 12:30 – 22:30). Kalau korang power bab tawar menawar boleh cuba di sini.

2. Harbour City

Picture credit to AspirantSG (Harbour City )

Terletak di Tsim Sha Tsui, ada lebih dari 700 stores dan 50 gerai makanan dekat sini. Memang antara syurga buat kaki shopping.

Makanan Mesti Cuba di Hong Kong Musim Panas

Credit to That Food Cray (Kung Woo Beancurd Factory)

Kalau korang datang ke Hong Kong pada musim panas aku cadangkan korang cuba ice cream kat sana. Sedap woo. Then paling best leoak lah sekejap dekat Starbucks Hong Kong. Salah satu tempat korang kena pergi kalau ke Hong Kong. Satu lagi Hong Kong ni banyak desert yang sedap-sedap. Korang kena try juga tu.

Salah satu tempat yanga ku boleh recommend kan adalah Kung Woo Beancurd Factory!

Alamat: Hong Kong, Un Chau, ? 118 Pei Ho Street

Accommodation

Picture credit to Storefront (Tsim Sha Tsui)

Untuk penginapan ramai yang tanya tempat yang sesuai untuk tinggal di Hong Kong. Memandangkan aku seorang muslim aku sarankan untuk korang stay di area Tsim Sha Tsui. Kenapa kat sini? Ok let me explain sikit. Aku suka area ni sebab senang nak cari makanan halal di kawasan ini.  Ada masjid, kedai Pakistan ada restoran mamak Malaysia dekat Chungkin Mansion. Boleh jalan kaki ke jetty naik fery ke bandar.

Dekat area situ juga boleh dapatkan nasi ayam penyet halal dengan RM12 sahaja. Harga sama dengan Malaysia kot.

*********

Tip tambahan:

Nak jimatkan perbelanjaan semasa travel? Aku biasa akan buat perbandingan harga hotel dan penerbangan melalui wego.com. Sebab senang nak cari harga yang berpatutan dan hotel yang aku nak. Dengan Wego korang boleh bandingkan lebih dari 700 laman web seluruh dunia.

Inilah salah satu perkarang yang wajib di buat semasa membuat persedian untuk travel. Tak caya? Cuba korang download applikasi Wego sekarang. Tak menyesal!

The post Tip Dan Panduan Travel Ke Hong Kong Perlu Anda Tahu appeared first on Faizal Fredley.

Sebab Kenapa Sarawak Perlu Jadi Destinasi Travel Anda 2019

$
0
0

Sebab Kenapa Sarawak Perlu Jadi Destinasi Travel Anda 2019. Bagi kaki travel kalau ditanya mesti akan jawab destinasi luar negara yang akan menjadi pilihan pada 2019 nanti. Tanpa mereka sedar dalam Malaysia sendiri pun masih banyak lagi tempat yang belum diterokai.

Salah satu destinasi yang aku dah masukkan dalam senarai travel aku untuk tahun depan (2019) adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Pernahlah aku jejak sekali di Kuching tu pun tahun 2012 bersama penerbangan pertama Malindo Air ke Kuching.

Sarawak ni banyak lagi destinasi yang perlu kita discover. Negerinya yang besar mungkin makan masa berminggu untuk di terokai secara menyeluruh.

Bersempena dengan majlis pelancaran logo baru dari Sarawak Tourism Board yang berlansung di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur semalam, Visit Sarawak telah pun melancarkan logo baru dan juga hashtag #SarawakMoreToDiscover sesuai dengan Sarawak yang menawarkan sisi-sisi travel yang korang tak akan jumpa di tempat lain. Dengan kepelbagaian budaya, pengembaraan, alam semulajadi, makanan, dan juga pelbagai festival yang akan diadakan.

Pada majlis yang berlansung samalam juga, Menteri Pelancongan dan kebudayaan Sarawak berkata mereka mengjangkakan peningkatan sebanyak 12% pelancong dari Malaysia untuk ke Sarawak pada masa akan datang. Ini kerana Sarawak mempunyai kepelbagaian untuk dtawarkan kepada pelancong.

Majlis semalam juga dihiburkan oleh penyanyi yang cukup berbakat iaitu Dayang Nurfaezah. Weh ketaq tangan aku weh masa nak record video Dayang menyanyi. Cantik sangat!

Pelancaran Logo Baru Visit Sarawak!

Visit Sarawak

Logo baru ini sangat kena dengan tema More To Discover yang diketengahkan. Nampak lebih simple, friendly dan mesra tanpa menghiraukan alam semula jadi di dalam logo.

Merah dan Kuning : Melambangkan warna bendera Negeri Sarawak

Oren: Semangat dan tenaga kaum yang wujud di Sarawak

Hijau: Alam semulajadi

Biru: Ketenangan laut biru di Sarawak

Huruf S: Menunjukkan seni reka yang selalu digunakan oleh orang Dayak dan Orang Ulu.

Kepala burung Hornbil: Logo yang cukup popular menggambarkan Sarawak Bumi Kenyalang.

Tagline More To Discover

Logo Baru Visit Sarawak

Seperti yang aku cakap tadi tagline ni menggambarkan Sarawak yang menawarkan sisi-sisi travel yang korang tak akan jumpa di tempat lain. Dengan kepelbagaian budaya, pengembaraan, alam semulajadi, makanan, dan juga pelbagai festival yang akan diadakan.

Dengan tagline ini juga menggambarkan Sarawak ni adalah diluar jangkaan imaginasi kita. Terlampau banyak perkara untuk kita terokai di sana.

Discover Culture

Tahukah korang di Sarawak ada 27 etnik yang tinggal? Tak tahu kan? Aku pun baru tahu. Hehe. Mereka juga bercakap dalam 45 jenis bahasa dan dialek, setiap bahasa ada kisahnya tersendiri. Ini sahaja membuatkan kita begitu teruja untuk mendengar dan menyaksikannya sendiri.

Aku bagilah contoh sikit. Kaum Iban memang cukup terkenal dengan skill memburu yang cukup gembak. Kalau nak try cubalah suruh diorang sumpit ko masa ko kat atas pokok. Gerenti kena.

Discover Adventure

Ni bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Kita traveller ni memang ada yang suka buat aktiviti mencabar seperti hiking, jungle trekking dan banyak lagi. Di Sarawak juga mereka menawarkan pelbagai aktiviti seperti ini. Kalau jenis suka masuk gua di Sarawak memang terdapat banyak jenis gua. Sukan air pun banyak, memancing, mendaki dan banyak lagi lah.

Nak lagi best korang boleh cuba aktiviti kaum di sana dalam menghasilkan kraftangan yang menarik. Boleh belajar dari orang tempatan.

Discover Nature

Ok yang ni memang jenis yang aku minat. Tahukan korang Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus? Ini menjadikan Sarawak adalah satu-satunya Negeri yang mempunyai Hutan Hujan Tropikal Terbesar di Dunia. Kalau korang nak bayangkan Hutan Hujan di Sarawak adalah seluas Negara Austria di Eropah.

Sudah tentu dengan 75% hutan ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di dalamnya. Macam-macam spisis yang korang boleh jumpa.

Taman Negara Mulu juga meruapakan tapak warisan UNESCO sejak dari tahun 2000 lagi bersama dengan Taman Negara Kinabalu di Sabah. Taman Negara Bako pula mencatatkan wujudnya manusia pertama yang menjejakkan kaki di taman ini dengan terjumpanya tapak kaki manusia pada tahun 1958 menjadikan ianya tapak kaki paling tua di Malaysia. Manakala Gun Niah pula merupakan tempat tinggalnya masyarakatt zaman Paleolitik dan Neolitik. Zaman ni kira zaman sebelum wujudnya tamadun manusia.

Discover Food

Makanan tak yah cakaplah orang kita ni memang suka kalau bab makan ni. Sarawak juga mempunyai pelbagai makanan traditional yang patut korang cuba. Contohnya, Mee Kolok, Laksa Sarawak, Pucuk Midin, Kueh Chap, Manok Kacangma, Buah Dabai, Melanau Umai dan banyak lagi.

Discover Festival

Gawai Dayak Festival in Borneo
Kuching Festival 2017

Dengan adanya 27 etnik di Sarawak sudah pasti akan wujudnya pelbagai festival di Sarawak. Tapi October Fest tak der yer! Jangan risau. Sarawak tak akan buat benda-benda negatif dari semenanjung. Aku nak senaraikan semjau festival yang ada kat sini memang 2 hari lah tak habis lagi. Nanti kalau korang datang Sarawak tahulah apa festival yang akan ada kat sini.

*****

Dengan kepelbagaian yang ditawarkan ini pastinya membuatkan aku lebih teruja untuk menjejaki Sarawak. Banyak lagi aktiviti yang menarik boleh kita discover jikalau   jejakkan kaki di negeri ini. Jadi korang jom kita masukkan Sarawak dalam senarai travel tahun 2019 nanti. Eh nak pergi sekarang pun boleh.

The post Sebab Kenapa Sarawak Perlu Jadi Destinasi Travel Anda 2019 appeared first on Faizal Fredley.

Hokkaido FAM Trip: Nikmati Rasa Sebenar Musim Sejuk di Sapporo Snow Festival

$
0
0
Sapporo Snow Festival 2018

HOKKAIDO FAM TRIP:  SAPPORO SNOW FESTIVAL, JAPAN 2018. Salah satu tempat untuk betul-betul menikmati percutian di musim sejuk adalah Hokkaido. Seperti aku dah cerita dalam post sebelum ni. Kalau belum baca boleh baca cerita Smelt Fishing, Ice Drift dan Estern Hokkaido dulu.

Hokkaido merupakan pulau terbesar di Jepun. Memang banyak tempat menarik yang korang boleh pergi di Hokkaido tapi untuk post kali ini aku nak cerita tentang Sapporo. Sapporo merupakan bandar utama di Hokkaido. Kira memang menjadi tumpuan untuk para pelancong seluruh dunia. Bagi pelancong Malaysia, Sapporo memang antara top destinasi di Jepun. Lagipun penerbangan Air Asia hamper 4 kali seminggu ke Sapporo membuatkan destinasi ini begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara Arca yang di pamerkan di Sapporo Snow Festival 2018
Datang Hokkaido memang tak sah kalau tak minum susu Hokkaido

Jika nak ke Sapporo, waktu terbaik untuk datang adalah semasa musim sejuk dan juga musim bunga. Tapi musim bunga memang padat sikitlah. Kalau datang musim sejuk kat Sapporo akan di adakan Sapporo Snow Festival setiap tahun. Bagi tahun 2018 Alhamdulillah aku sempat merasa pengalaman berada di Snow Festival Sapporo.

Memang sesuatu yang mengujakan bila di tengah bandar macam ni ada Festival yang terbesar di Jepun. Banyak aktiviti yang diadakan di sini selain memang tarikan utama di Sapporo iaitu Shoppping!

Pada tahun 2018 berlansungnya Sapporo Snow Festival kali ke 69. Sebanyak 203 arca yang di perbuat daripada salji di pamerkan untuk Festival ini. Paling besar adalah Odari site yang menampilkan pelbagai jenis arca yang di perbuat daripada ais. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman di setiap site kerana setiap site ada offer yang berbeza beza.

Macam – macam kedai ada kat sini. Kalau nak rasa makanan street Jepun boleh lah
Antara gerai yang jual makanan halal di Sapporo Snow Festival 2018

Skate Rink

Show ini antara yang paling popular pada tahun tahun sebelum. Ramai orang yang datang untuk merasa pengalaman skating ni. Sesuai untuk keluarga habiskan masa bersama.

Happy Birthday Hokkaido

Tahun 2018 juga merupakan ulang tahun Hokkaido yang ke 150. Sempena birthday Hokkaido ni arca terbesar juga di buat khas melambangkan 150 tahun nama Hokkaido di gunakan. Arca yang di bina melambangkan kehidupan flora dan fauna yang wujud di Hokkaido terdiri daripada Japanese Pika (aku panggil Pikachu), Beruang Perang, Salmon, Musang Merah Ezo, dan Rusa Hokkaido. Selain tu ada juga bunga Hokakido dan Ros Jepun.

Park Air Square

Aktiviti ni aku sempat tengok hari terakhir. Memang meriah dan bestlah. Di sertai oleh peluncur salji yang popular dan berpengalaman menunjukkan skill masing-masing. Ketinggiannya adalah 24 meter dan panjang 60 meter dengan maksimun 36 degree grade. Selain itu ada juga snowboards tournament untuk junior.

Memandangkan aku hanya sempat join Sapporo Snow Festival on the last day so tak banyak aku boleh ceritakan dan gambar-gambar pun tak banyak. Sampai di sini sahaja lah aku dapat story kat korang. Tapi jangan risau, selain Snow Festival korang boleh lepak dan shopping di Daimaru Sapporo Shopping Mall dan juga Sapporo Factory Shopping Mall. Dekat 2 mall ni ada juga di sediakan surau untuk muslim solat.

Antara spot bergambar
Sapporo. Tapi sayang hujan!
Main snow di Sapporo!
Arca yang cantik!
Red brick building

Daimaru Shopping Mall
Ruangan solat di Daimaru Shopping Mall (Lelaki)
Ruangan solat di Daimaru Shopping Mall (Perempuan)
Ruangan solat di Sapporo Factory Mall
Ruangan solat di Sapporo Factory Mall

Di Daimaru dan Sapporo Factory memang akan sediakan ruangan solat untuk Muslim. Sebab tu muslim ramai memilih Jepun sebagai destinasi percutian. Dah lah makanan halal banyak. Tempat solat pun senang nak cari.

kalau datang ke Sapporo rugi tak singgah makan meek at sini. Halal dan sedap!!
Makanan Jepun ni sedap dan banyak pilihan untuk makanan halal.
Sambil makan sambil di temani oleh Poket Wifi dari RoamingMan
otw ke Mt Moiwa!
Mt. Moiwa Sapporo

INFO SAPPORO SNOW FESTIVAL:

DAIMARU SAPPORO: 

  • Address: Japan, ?060-0005 Hokkaido, Sapporo, Chuo, Kita 5 Jonishi,
  • Open Hour : 10 AM – 8 PM
  • Phone: +81 11-828-1111
  • Prayer Room : Tingkat 3F

SAPPORO FACTORY:

  • Address:4 Chome Kita 2 Johigashi, Chuo, Sapporo, Hokkaido 060-0032, Japan
  • Open: 10 AM – 8 PM
  • Phone: +81 11-207-5000
  • Prayer Room:

Muslim FAM Trip di Hokkaido ini di bawakan khas oleh Hokkaido Tourism Organization! Thanks please invite me again next trip.

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 6 hari di Hokkaido aku guna pocket wifi dari RoamingMan! Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

The post Hokkaido FAM Trip: Nikmati Rasa Sebenar Musim Sejuk di Sapporo Snow Festival appeared first on Faizal Fredley.

17 Etika Perlu Traveler Malaysia Tahu Ketika Bercuti Di Jepun

$
0
0

17 ETIKA PERLU TRAVELER MALAYSIA TAHU KETIKA BERCUTI DI JEPUN. Bercuti memang seronok tetapi dalam keseronokan bercuti jangan sesekali lupa budaya dan adab kita sebagai orang yang mempunyai budi bahasa yang tinggi. Lagi-lagi bila travel di Jepun. Sudah terlalu banyak kita dengar orang Malaysia “buat hal” semasa travel di Jepun. Sedikit sebanyak ianya telah mencalar imej kita sebagai pelancong dari Malaysia. Jangan di sebabkan perangai “huduh” korang yang tak tahu adab dan tanggungjawab kita traveler dari Malaysia di “cop” seperti traveler dari Tanah Besar China.

Negara Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai adab yang cukup tinggi. Budaya mereka memang dalam kelas A. Jadi kita yang datang ke tempat orang haruslah belajar menghormati budaya mereka. Dalam kata lain sila bawa otak sekali bila travel ni. Jangan jadi jakun sangat.

Sempena dengan itu aku nak kongsikan 17 etika yang traveler perlu tahu bila travel ke Jepun. Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama boleh mendidik hati kita semasa di tempat orang.

Etika ini aku dapat setelah 7 hari aku jelajah bumi Hokkaido. Sebelum aku huraikan 17 etika ini jom kita tengok dulu cara orang Jepun berfikir. Diorang berfikir ni lain dari kita sebab tu negara diorang boleh maju macam tu.

Ada 5 cara diorang berfikir antaranya adalah kesederhanaa & kesopanan, Ikhlas, Keistimewaan makanan dan kehalusan, Penghargaan, Semangat of Wa (Harmoni).

Bila tengok cara mereka berfikir pun kita tahu bahawa mereka menitikberatkan tentang budaya mereka sebagai orang timur. Jadi kita kena lah ikut cara mereka.

17 etika perlu traveler tahu bila bercuti di Jepun.

1. Berbisik

Seperti kita tahu orang Jepun ni sangat “polite” atau sopan. Jadi kalau korang berada di tempat public contoh dekat kedai makan atau stesen train tolonglah rendahkan sikit suara tu. Jangan nak bawak budaya kedai mamak sangat kat tempat orang.

2. Sendawa atau “Burp”

Kalau nak sendawa tu tolong cover sikit. Jangan buat macam dekat rumah sesuka hati je nak sendawa. Nampak sangat tak der adab nanti.

3. Punctuality atau tepati waktu

Dalam kata lain adalah “janji melayu” Kalau kat tempat kita perkataan “OTW” memang tak leh harap. Kat Jepun ni korang pandai2 lah tepati masa. Lambat tinggal. Kalau berjanji dengan orang Jepun jangan sesekali datang lambat. Sila patuhi masa ya. Pernah sekali aku lambat 15 minit sebab salah tengok jadual. Masa tu di Kobe. Aku punya rasa bersalah tu sepanjang hari woo terasa. Aku rasa orang semua benci aku untuk hari tu. Lepas dari tu aku memang jaga setiap masa aku di Jepun.

4. Sampah

Kepada siapa yang pernah ke Jepun mesti perasan bahawa susah nak jumpa tong sampah. Walaupun hampir tak de tong sampah negara Jepun tetap bersih. Ini kerana orang Jepun jenis pembersih dan berdisplin. Kalau tempat kita tong sampah bersepah tapi tetap orang buang sampah merata-rata. Jadi korang semua tolong simpan sampah anda sampailah jumpa tong sampah. Letak je dulu dalam beg korang tu. Balik hotel baru buang. Kalau boleh bawa budaya ni balik kat Malaysia lagi bagus.

5. Beratur

Kat sana orang tua pun kena beratur tau. Jangan duk bawa sangat budaya potong que tu.

6. Guna Harta Awam Sebaiknya

Inilah yang jadi masalah disebabkan orang kita semasa di Jepun. Ingat tak kes vandalism dekat Kyoto yang mana orang Malaysia telah tulis nama dekat pokok buluh di sana. Seriusly guys? Memang tak masuk akal langsung kot.

7. Kemas Meja Selepas Makan

Ini satu lagi budaya yang buruk orang kita. Kalau kat Malaysia memang senang nak jumpa spesis macam ni. Tapi kat sana tolong ya kemaskan meja selepas makan. Tak der orang gaji nak tolong kemas kan terutama kalau makan dekat fast food restoren.

8. Jangan Membazir

Kalau order makanan tu jangan membazir. Makan sampai habis. Kalau tahu diri  tu jenis makan sikit tak payah lah nak order banyak-banyak. Bila makanan korang tu tak habis ini menunjukkan bahawa makanan tu tak sedap dan boleh mengguris hati tukang masak.

9. Jangan Bawa Makanan atau Minuman Sendiri ke Restoran

Yang ni kat Malaysia pun dah di praktiknya so aku tak rasa traveler kita ada masalah dengan isu ini.

10. Bogel di dalam Onsen

Ini rare. Sesetengah orang memang suka benda ni termasuklah aku. Eh.  Hehe. Ok kalau masuk sauna atau onsen korang kena bogel tau. Tak payah nak malu-malu tak der orang nak tengok aih korang punya bebird tu. Tapi aku mula-mula dulu pun malu gak. Cover dengan towel kecil tapi bila dah biasa tu dah ok sikit dan confident lah katakan. Siap boleh buat catwalk lagi.

11. Cuci Badan Sebelum Mandi

Semasa di tempat mandi awam, korang kena cuci badan dulu sebelum mandi. Sebab nak buang dulu segala kotoran yang melekat di badan korang. Pastikan sabun badan dulu dan bilas dengan sebersihnya.

12. Jangan Ambil Gambar

Sesetengh orang nak sangat tunjuk suasana di dalam sauna atau tempat mandi awam. Tapi itu tak perlu ya sebab memang tak boleh ambil gambar dalam tu. Cukuplah sekadar cuci mata sendiri tak perlu nak kongsi semua tu. Selain tu korang di larang berenang, makan atau minum sepanjang di dalam sauna. Kalau guna barang dalam tu sila letak kat tempat asal.

13. Keringkan Badan

Sebelum masuk ke bilik persalinan pastikan badan korang tu kering sepenuhnya.

14. Bilik Di Bayar Per Person bukan Per Room

Ini pun pernah jadi kes buat traveler Malaysia. Please guys jangan di sebabkan nak terlalu murah korang langgar rule host di Jepun. Traveler jenis ni di panggil cheapskate traveler. Buat malu jer. Kalau nak bajet sangat tak payah nak travel duduk je rumah diam diam.

15. Jangan Buka Packaging

Di Jepun, buka packaging adalah di larang sama sekali. Kat sini boleh lah buat sebab nak tengok barang kat dalam tapi kat Jepun diorang punya packaging cantik-cantik. Memang tak boleh di buka unless korang dah beli. Kalau nak tahu juga apa yang ada dalam packaging tu sila tanya staff yang bertugas.

16. Insuran Kemalangan di Jepun

Belajar dari kes sebelum ni. Disebabkan nak murah korang abaikan insuran! It’s wrong guys. Tolong jangan abaikan insuran peribadi. Sebelum travel seeloknya beli insuran siap2. We never know what going to happen. Kalau korang amik pakej travel di Jepun korang kena tahu pakej tu tak termasuk dengan kemalangan. So pandai pandai lah cover sendiri ya.

17. Etika Tandas

Last but not least! Isu tandas. Aku perasan gi mana je mesti ada masalah tandas dengan orang kita. Tandas di Jepun adalah antara tandas yang paling bersih di dunia. Jadi korang jangan nak kotorkan tandas di Jepun. Gunalah sebaiknya. Aku paling suka tandas kat Jepun. Boleh tidur kot kat dalam ni. Lagi satu part auto cuci tu best. This moment im gonan miss when come back to Malaysia. Kalau guna toilet paper sila buang di dalam mangkuk tandas, jangan buang dalam tong sampah. Toilet paper di Jepun di buat based on water-solube.

Ok cukup dah 17 etika ni. Satu hari kot aku buat entry ni harap lepas ni traveler Malaysia lebih educated bila bercuti di Jepun. Kalau boleh aku taknak dengar dah isu-isu bodoh orang kita buat kat Jepun. Kalau diri tu memang jenis tak boleh ikut peraturan sila jangan ke luar negara. Duk rumah diam-diam. Kalau dah memang jenis pengotor korang boleh bercuti di India ataupun China. Don’t come to Japan!

Ok bye.

Muslim FAM Trip di Hokkaido ini di bawakan khas oleh Hokkaido Tourism Organization! Thanks please invite me again next trip.

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 6 hari di Hokkaido aku guna pocket wifi dari RoamingMan! Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

The post 17 Etika Perlu Traveler Malaysia Tahu Ketika Bercuti Di Jepun appeared first on Faizal Fredley.

Resort World Langkawi Review

$
0
0

Infinity Pool Resort World Langkawi Tarikan Terbaru di Pulau Langkawi | Pulau Langkawi bukanlah destinasi asing bagi aku. Sepanjang 6 tahun hidup di Perlis, Pulau Langkawi bagaikan destinasi hujung minggu. Lagipun jarak dari Kuala Perlis ke Langkawi hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Tapi itu kisah lama, kali terakhir aku jejakkan kaki di Pulau Langkawi pada tahun 2014 selepas habis konvo di Universiti Malaysia Perlis. Lepas tu memang hilang dari ingatan.

Minggu lepas aku berpeluang untuk menyertai FAM trip ke Langkawi yang di bawakan khas oleh Resort World Langkawi selama 3 hari 2 malam. Tak banyak berubah di Langkawi masih indah seperti dulu. Panas pun tetap sama. Hitam legam weh.

Cruise catching sunset!

Kali ini aku menginap di Resort World Langkawi. Dulu pernah aku stay kat sini pada tahun 2010 kalau tak silap. Masa tu resort ini masih di kenali sebagai Awana Porto Malai. Setelah beberapa tahun resort ini masih utuh seperti dulu. Cuma penjenamaan semula menjadi Resort World Langkawi. Selepas di tukar nama sudah tentu bilik juga di naiktaraf. Hampir kesemua bilik di renovate selaras dengan kehendak pelanggan. Yang pasti bilik lebih hipster dan selesa. Nampak macam hotel baru jer. Paling best view masih lagi stunning macam dulu. Aku dapat bilik yang menghadap laut. Pagi2 boleh tengok sunrise. Sumpah cantik gila. Tapi kena bangun pagi lah. Aku yang susah bangun pagi pun gagahkan diri bangun jam 6 pagi sebab nak tengok sunrise.

Dengan adanya infinity pool dekat Resert World Langkawi ni sudah pasti ianya menjadi tarikan terbaru buat mereka yang nak bersantai di Pulau Langkawi.

Santai habis dekat Infinity Pool

View yang best terutama waktu petang dan pagi pastu buat korang rasa tenang jer lepak kat pool ni. Waktu petang boleh tengok bulan waktu pagi bolwh tengok sunrise. Gerenti tak menyesal lah kalau stay di sini.

Satu lagi aku suka bila stay di RWL ni sebab keadaan kat sini sangat tenang. Tak crowded macam tempat lain. Depan RWL juga boleh ambil pakej cruise sunset. Kat cruise ni ada BBQ sambil menyaksikan matahari terbenam di tengah-tengah lautan samudera. Cukup indah panorama matahari terbenam di tengah-tengah laut ni.

Jadi kalau korang masih lagi tercari-cari penginapan bila bertandang ke Langkawi Resort World Langkawi adalah salah satu hotel terbaik yang korang boleh stay di sini.

Sunset di tengah tengah laut
Ni bilik aku! Hadap laut

RWL menawarkan 6 jenis bilik iaitu jenis Standard, Premier, Standard Sea View, Premier Sea View, Suite dan juga Signature Suite. Kalau duit korang taraf-taraf Dato Aloff Syukri boleh pilih Signature Suite.

Kalau biasa-biasa bilik jenis Standard Sea View pun dah best dah.

Signature Suite
Garden View
Deluxe Garden View
Signature Suite
Signature Suite
Deluxe Sea View
Premier Sea View
Best jugak lepak kat bilik petang2

Infinity Pool
Rasa macam tak nak naik jer
Boleh tengok kapal lalu lalang jugak

Bersantai atas Cruise sementara tunggu BBQ
Cruise
BBQ time

Info lanjut:

The post Resort World Langkawi Review appeared first on Faizal Fredley.

3 Hari 2 Malam Apa Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Langkawi

$
0
0

3 Hari 2 Malam Apa Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Langkawi | Pulau Langkawi tak perlu aku nak kenalkan sangat kot. Semua orang kenal cuma pernah jejak atau tidak jer. Aku Alhamdulillah di beri kesempatan ke pulau lagenda ini dan 8 kali. Banyak perkara yang boleh di buat kat sana.

Cuaca? Oh macam biasa. Panas sikit, pulau lah katakan. Nak gi pulau yang sejuk boleh ke Alaska. InshaAllah semua pulau kat sana sejuk.

Last a few month ago aku ke Langkawi atas jemputan dari pihak Langkawi Resort World Langkawi. Hotel yang aku stay ofkozlah Langkawi Resort World. Nak tau best ke tidak boleh baca entri aku pasal hotel ni. Oh ada Infinity Pool tau kat sini. Best!

Infinity Pool Resort World Langkawi Tarikan Terbaru di Pulau Langkawi

Kalau korang yang nak datang ke Langkawi berapa hari yang di perlukan untuk jelajah seluruh Langkawi ni. Ok bagi aku kalau nak jelajah seluruh Langkawi seminggu cukuplah. Tapi siapa je yang nak datang bercuti sampai seminggu? Paling teruk pun 4 hari. Paling common 3 hari 2 malam.

Ini aku kongsikan apa yang korang boleh buat jika ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Nak cover semua memang tak sempat tapi boleh lah nikmati aktiviti yang aku tak pernah buat lagi sepanjang ulang alik dari Perlis ke Langkawi.

Lepak di Infinity Pool / Pool Party 

Ya ya aku tau kat Kl pun berlambak Infinity Pool kalau setakat nak mandi kat Infinity pool tak payah ke Langkawi beb. Ok apa yang aku nak cuba sampaikan adalah lepak di Infinity Pool di tepi laut sambil layan angin sepoi-sepoi laut dan kayan sunrise pastu party lagi. Perghhh Syok woo. Kat KL boleh ke dapat view macam ni? tak kan? Haaa lepak sini lah best. Udara fresh. Segar je rasa.

Infinity Pool ni ada dekat Langkawi Resort World jer. Silalah stay kat sini kalau nak merasa Infinity Pool di Laut Andaman.

Langkawi Sky Cab

Datang Langkawi tapi tak ke Langkawi Sky Cab memang tak sah. Aku yang datang beratus kali pun tetap nak naik Langkawi Sky Cab. View dari atas tu memang tak pernah mengecewakan walaupun dah banyak kali tengok. Bagi yang belum pernah sampai kat atas tu korang boleh tengok view Andaman Sea. Then ada Langkawi Sky Bridge. Yang ni aku rasa skhy bridge paling panjang di dunia. Kalau tak silap lah. Nanti aku confirm balik.

UMGAWA

UMGAWA ni salah satu aktiviti lasak yang korang boleh cuba. Bagi mereka yang nak rasa kelainan lah. Ni asyik ke tasik dayang bunting jer. Apa kata korang cuba UMGAWA pulak. Baru tau langit itu tinggi ke rendah. Hahaha

Kat sini korang boleh cuba Zipline. Ada lebih kurang 17 station dan 9 -12 zipline yang terdiri dari beberapa kategori. Jambatan gantung pun ada. Ada 2 pilihan sama ada yang versi panjang atau pendek. Aku cuba yang versi panjang. Kira full version lah. Baru puas hati beb datang jauh-jauh. Paling panjang ada yang 200meter. Fuh yang ni serius puas hati.

Paling best ada satu part tu korang boleh tengok view Gunung Mat Cincang masa cross zipline tu. Itupun kalau korang berani lah tengok ke bawah. hahaa  sebab tinggi kot. Aku pun mula-mula ketaq lutut naik zipline ni. Tapi lepas dah beberapa kali buat zipline aku dah berani sikit nak tengok bawah atau lepas tangan.

Serius weh lepas buat aktiviti UMGAWA ni aku rasa confident lebih bila berdepan dengan ketinggian. Tapi kalau suruh aku naik roller coaster memang tak lah. Still lagi trauma dengan Kelajuan + ketinggian.

So, zipline di celah-celah hutan kanopi memang suatu perkara perlu korang try kat sini. Hanya 2 minit sahaja dari Langkawi SkyCab dan SkyBridge. Kalau korang bertuah boleh tengok hidupan lain semasa zipline.

Untuk info lanjut boleh layari www.ziplinelangkawi.com

Sunset Cruise & BBQ Dinner at Andaman Sea

Tiada apa lagi yang paling best untuk di lakukan dalam percutian santai di Langkawi. Berada di tengah-tengah Laut Andaman sambil makan BBQ dan tengok matahari terbenam. Perghhh santai habis beb. Rasa macam orang-orang kaya sangat. Masa ni boleh lah berangan macam seorang manusia yang bergelar anak tan sri.

Sunset Cruise ni boleh naik di Langkawi Resort World. Biasa ambil masa dalam 4 jam je dari jam 4 petang sampailah jam 8 malam. Kat atas cruise ni korang boleh mandi-mandi laut. Tu pun kalau berani.

Sumpah beb sunset kat cruise ni cantik gila. Setaraf dengan sunset kat Bali kot. Gittuh.

Ok itu 4 aktiviti yang aku sempat buat dalam trip santai-santai di Pulau Langkawi. Cukuplah kot. Kalaunak tuff boleh add lagi tapi dah nama pun trip santai-santai. Nak lepak-lepak tepi laut jer.

Selain 4 aktivti ni ada lagi aktiviti lain yang korang wajib cuba jika ke Langkawi. Meh aku senaraikan antara aktiviti lain yang korang boleh cuba.

  • Island Hopping
  • Shopping Coklat
  • Shopping Pinggan Mangkuk
  • Buat paragliding
  • Mandi Laut
  • Jalan-jalan kat Pantai Cenang
  • Lepak kat Pantai
  • Langkawi Art in Paradise 3D Museum
  • Kalau ada masa boleh ke Payar Island
  • Underwaterworld Langkawi
  • Gunung raya
  • Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise
  • Taman Lagenda Langkawi
  • Telaga Tujuh Waterfalls

Ok itu sajalah yang terlintas di fikiran aku. Nanti kalau ada lagi tempat best aku update lagi. Semoga bermanfaat.

Sekian saja perkongsian aku mengenai pengalaman ke dalam trip Santai di Langkawi. Harap ada beri input dekat korang at least sikit. InsyaAllah. Jika korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah or terus e-mail ke blog@faizalfredley.com

Artikel ini dihasilkan melalui jelajah media jemputan Resorts World Genting dengan kerjasama Langkawi Resort World. Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya. Kalau tak puas hati atau ada info yang aku tak kreditkan boleh juga email aku atau tinggalkan komen.

See u in next entry in Pulau Kapas Terengganu!

The post 3 Hari 2 Malam Apa Yang Anda Boleh Buat Di Pulau Langkawi appeared first on Faizal Fredley.

Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu

$
0
0

Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu | Banyak-banyak pulau di Terengganu, Pulau Kapas antara pulau yang agak “biasa” bagi sesetengah orang. Mungkin di sebabkan nama Pulau Perhentian dan Pulau Redang begitu gah membuatkan Pulau Kapas tidak menjadi pilihan.

Itu antara pendapat peribadi aku. Sebelum ni aku sendiri pun lebih memilih untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Namun, kali ini aku berpeluang untuk ke Pulau Kapas sendiri. Kata orang Pulau Kapas ni antara tempat pelancong asing berjemur. Betul ker?

Hehe.

3 hari 2 malam aku stay di Kapas Coral Resort. Overall not bad. Laut di Terengganu tak pernah mengecewakan. Laut biru dan jernih. Memang best nak mandi pantai.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Marang mengambil masa lebih kurang 5 jam melalui LPT. Driver kami hari tu adalah Aryl. Naik Toyota Hi Ace. Boleh muat 10 orang termasuk driver. Kali ni aku ke Pulau Kapas seramai 12 orang. Semunya rakan blogger. Kira ni trip blogger lah. Nasib baik semua blogger yang join dah kenal. Jadi tak der lah awkward sangat kat sana. Semua enjoy je sebab masing-masing dah tahu perangai.

*trivia

Nama Pulau Kapas di beri kerana pasir-pasir di pulau ini berwarna putia seakan kapas. Pulau yang cantik dan dasar laut yang jernih membuatkan pulau ini popular dalam kalangan masayarat tempatan.

Kalau nak datang ke Pulau Kapas korang kena turun di Jeti Marang, tak sama dengan Pulau Redang dan Perhentian dimana jetinya terletak di Besut. Jeti marang terletak lebih kurang 18KM dari bandar Kuala Terengganu.

Kami bertolak dari KL ke Marang jam 12 tgh malam. Saja je nak gerak malam sebab nak kejar bot ke pulau kapas jam 10 pagi. Kami tiba di Marang dalam jam 6 pagi macam tu, Singgah sebentar dekat Masjid area situ untuk solat subuh dan mandi sekejap. Kasi segar sikit.

Dah sampai awal kami ambil keputusan untuk breakfast di kedai yang popular dekat sini iaitu Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ni agak popular sampai kami kena beratur panjang kot. Menu utama semestinya Nasi Dagang dan Teh Tarik Buih. Yang ni korang kena try bila datang ke Terengganu. Harga pun masih lagi murah jika nak banding breakfast di KL.

Dah selesai breakfast kami terus ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Dari jeti ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

Alhamdulillah laut tenang. Tak seperti waktu nak balik dimana laut agak bergelora. Sampai satu masa aku rasa macam bot nak terbalik. Tapi semuanya selamat. Pemandu bot berpengalaman.

Some tips aku boleh bagi kalau naik bot dan laut bergelora jangan bergerak. Just stay calm dan duduk diam. Kalau korang bergerak boleh membuatkan bot terbalik.

Dah sampai Pulau Kapas aku terus lunch di Kapas Coral Resort sementara tunggu nak check in dalam bilik. Pakej yang kami ambil ini termasuk lunch dan dinner ya.

So 3 hari 2 malam aku kat Kapal Coral Resort banyak juga aktiviti yang kami buat. Antaranya:

  • Main Bola Tampar
  • Berkayak
  • Island Hopping
  • Snorkeling
  • Jungle Tracking (Pulau Singa)
  • Layan Sunset
  • Lepak tepi laut sambil layan Live Band

Haaa jangn pelik kat Kapas Coral Resort ni ada Live Band tau. Malam-malam tu tak boring sangat. Lepak tepi laut sambil layan Live band baru rare. Live Band ni ada kat Resort ni jer. Kat lain tak leh dapat. Tapi bukan setiap hari lah ada. Biasnyanya akan ada pada hujung minggu dan depends on customer yang menginap kat resort ini.

Itinerary 3 Hari 2 Malam di Pulau Kapas

  • Gerak dari kl before subuh
  • Sampai bandar kt awal pagi pegi shopping pasar payang
  • Naik bot ke pulau kapas by tgh hari. light activities sampai malam.
  • Next day pagi hiking, ptg snorkelling, round island..
  • Last day checkout balik jeti marang. Lunch kat rex nasi padang, singgah losong shopping kropok. by 4 dh on the road balik kl. before isya dh sampai kl balik.

Ringkas je iti kami. Cukuplah 3 hari 2 malam. Nak pulun sangat kang hari isnin kena masuk kerja balik. Kang membuta je kat office.

Setelah 3 hari di Pulau Kapas…

Ok dah 3 hari kat sana aku simpulkan kualiti air kat sini setaraf dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Cuma kat sini lebih tenang aku rasa. Pantai pun bersih!

Tentang Kapas Coral Resort…

Ok overall aku puas hati stay kat sini. Bilik not bad but boleh di perbaiki lagi. Makanan sedap! Owh malam terakhir kami buat BBQ kat Resort ni. Dapat makan sotong fresh weh. Umppp….

Kalau nak tengok ikan Nemo boleh je berenang dari Pantai depan Resort tu sejauh 3 meter. Resort ni hanyalah satu-satunya live coral ada betul2 depan resort.

Kapas Coral pun baru upgrade renovate. Tempat bersih dan facilities baru. Owner En Iza super friendly

Aku bagi 4/5 star untuk Kapas Coral Resort!

Instagram and facebook @kapascoralbeachresort

Pakej 3 hari 2 malam dari Kapas Vacay..

Korang kalau jenis pemalas nak rancang sendiri macam aku korang boleh ambil pakej. Senang! Tak payah plan apa dah. Semua diorang plan kan. Silap-silap kalau pandai bodek owner dia boleh belanja BBQ lagi. hahaha

Kapas Vacay ni travel agent under Kapas Coral Resort yang aku stay tu. Very experience travel agent hokey. Owner pun cun. Eh…

Info Lanjut boleh check kat Instagram dan facebok diorang

  • Instagram @kapas.vacay
  • Facebook @kapas vacay

Ok itu jelah nak cerita. Dah lama x main laut hitam legam jugak lah dekat sebulan.

Owh lupa sebelum balik KL kami singgah isi perut dekat Rex Nasi Padang Sumatera. Boleh waze! Apa yang aku boleh katakan very highly recommended! Sedap dah lain dari yang lain. Aku suka Ayam salai dan Daging salai. Korang tak leh jumpa tempat lain dah. Kalau tak singgah kedai ni kalau datang Terengganu adalah satu kerugian.

Info lanjut

  • Instagram @rex_nasipadang
  • facebook @rex nasi padang sumatera

Sampai di sini sahaja cerita aku di Pulau Kapas. Jom ikuti next entry aku di Macao pula! Coming soon….

The post Bercuti Ke Pulau Kapas Pulau “underrated” Di Terengganu appeared first on Faizal Fredley.

Just Wow! 5 Sebab Kenapa Pelancong Muslim Perlu Bercuti Ke Macao

$
0
0
View Macau from Macao Museum

Just Wow! 5 Sebab Kenapa Pelancong Muslim Perlu Bercuti Ke Macao | Macao merupakan salah satu destinasi pelancongan “underrated” bagi kaki travel macam aku. Memang tak pernah masuk list langsung untuk bercuti di Macao yang merupakan salah satu kota kecil bekas jajahan Portugis. Actually term jajahan tu tak berapa tepat memandangkan Macao sebenarnya tak pernah di jajah pun. Ianya di sewakan oleh Portugis.

Apa yang orang ramai tak tahu Macao diserah kepada pihak Portugis atas perjanjian pihak China dan Portugal. Macau berada di bawah kekuasaan Portugis dari tahun 1557-1999 (Portuguese Macau) dan diserahkan kembali kepada Tiongkok dengan status satu negara dua sistem sama macam Hong Kong. Dan kini Macao adalah sebahagian dari China. Eh dari Hong Kong nak ke Macao boleh naik ferry. Tak lama sejam jer dah sampai.

Ruins of St. Paul’s Church. Macam dekat Copenhagen, Denmark!
Ventian City! Rasa macam dekat Vanice, Italy

Ok enough tentang sejarah Macao. Nak tau lebih lanjut korang kena datang sendiri ke Macao.

Macao juga dikenali sebagai Las Vegas Asia. Nama yang begitu gah sekali di berikan. Jadi nak ke Las Vegas memang mahal apa kata korang datang je Macao.

Tiap kali aku travel ramai yang tanya macam mana pelancong muslim bila travel. Seriously tangapan diorang tentang pelancong muslim agak tak tepat. Mungkin disebabkan ada diantara kita yang terlebih over hingga itu tak boleh, ini tak boleh sedangkan dalam Islam sendiri menggalakkan kita travel, jelajah dunia, tengok sendiri kebesaran Allah SWT.  Hargai alam sekitar. Tengok budaya orang lain. Bagaimana mereka jalani hidup seharian. Pembangunan di tempat mereka macam mana. Lihat semua tu. Travel bukan untuk menunjuk yang kau mampu ke sana sini. Travel is all about hargai alam sekitar, bersyukur dengan apa yang kita ada. Belajar dari budaya di tempat orang. Pandai membawa di walau di mana kita berada.

Ni kedai Tart yang famous. Nampak je macam tu tp bertaraf Michelin ya
Wajib cuba Tart Telor dekat Macao

Bukan just check in kat airport pastu dah claim ko dah pun jelajah seluruh negara. Hello tu mentaliti jamban ok. Haa ni abg dah nak start membebel dah ni bila masuk bab “traveler kita”.

Ok lah malas nak bebel banyak-banyak. Aku just nak kongsi je pendapat aku tentang Macao dan kenapa Macao ini adalah destinasi yang perlu di kunjungi oleh pelancong muslim.

Bulan april hari tu aku sempat ke Macao selama 4 hari 3 malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam kalau tak silap. Ada Air Asia direct dari KLIA2 ke Macao. Alhamdulillah cuaca elok sepanjang penerbangan. Part paling tak best kalau ada air turbulence, kecut perut!

Ruins of St. Paul’s Church

Ok ini aku bagi 5 sebab kenapa pelancong Muslim tak perlu risau jika travel ke Macao!

1. Makanan Halal Senang Dapat

Ini salah satu masalah orang kita hadapi bila travel. Semua bab makanan halal. Salah satu punca orang kita tak berani nak travel ke negara bukan Islam adalah makanan. Katanya susah nak jumpa makanan halal. Hello kak zaman sekarang ni makanan halal memang senang nak jumpa. Termasuk lah di Macao ni. Walaupun majoriti penduduk bukan muslim tapi kat sini banyak makanan halal yang boleh korang jumpa.

Antara tempat makan halal yang aku singgah untuk isi perut tempoh hari adalah.

Dong Lai Shun Muslim Restaurant

Dong Lai Shun Muslim Restaurant

Kat sini menu utama adalah masakan Chinese tapi halal nama pun Muslim Restaurant. Kalau korang nak try makanan jenis steamboat (hot pot) kat sinilah tempat nya. Rasanya mula-mula agak pelik maybe sebab aku tak biasa dengan masakan Chinese ni tapi lama-lama sedap pulak weh. Aku paling suka nasi diorang. Walaupun makan nasi kosong tapi still ada rasa sweet sweet gittew. Lokasi nya dekat sangat dengan Airport. Jadi sebab itu lah restoran ni menjadi pilihan di hari pertama. Sebelum check in kat hotel boleh isi perut dulu.

  • Alamat: G/F, 484 Rua Cidade De Coimbra, Macau, Macau 
  • No. Telefon: +853 2875 5705

Dinner @ Taste of India

Untuk dinner hari pertama kami pilih masakan India. Kalau siang masakan Chinese malam kita rasa kari India pulak. Serius weh kat sini memang power. Bukan nak melobi tapi bagi tekak orang melayu macam aku ni dah kira sedap dah ni. Paling best adalah roti naan dia. Perghh rasa macam ada kat Malaysia kot. Owner pun peramah. Hampir setiap 30 minit datang tanya macam mana rasa masakan. Ok ker tak OK!

  • Alamat: Avenida Sir Anders Ljungstedt, No.22AD Vista Magnifica Court
  • No. Telefon: +853 2872-8413
  • Laman web: www.toimacau.com

Lunch @ Lou Lan Islam Restaurant

Hari kedua ni tuff sikit. Jadi makanan kena power sebab banyak berjalan. Untuk breakfast kami makan kat hotel jer. Untuk Lunch pulak kami singgah dekat Lou Lan Islam Restaurant. Dah nama pun Islam pastilah halal. No need to ragu-ragu. Makanan dia macam masakan melayu sikit even ianya Chinese Cuisine. Chef dia pun dari Indonesia. Masa aku makan kat sini ada juga beberapa orang melayu yang datang makan. Itu menunjuk kan restoran ni memang pilihan orang muslim untuk makan.

  • Alamat: Rua do Teatro (Second Shop)
  • No. Telefon: +853 2853 0264

Seafood Dinner at “Coast”@ MGM Cotai

Haa ini restoran juri Masterchef US, Chef Graham Elliot. Starter pun dah di hidangkan dengan Truffle yang merupakan makanan paling mahal di dunia. Inilah kali pertama ianya masuk mulut aku. Hahah ok lah rasanya. Tapi yang ni dia campur dalam pop corn. Restoran ni jenis Fine Dining. So kena ikut menu dan bila ko dah habis dia akan terus hidang next menu. Kalau lambat makan lambat lah dia hidang next menu. Kadang-kadang rasa bersalah juga kat pelanyan dia duk tunggu kami habis makan sebab nak hidang makanan lain pulak. Ada dekat 7 semua Sampai tersadai lah nak balik hotel pun tak larat.

Antara menu yang kami makan ialah Truffle Parmesan Popcorn with Chopped Chive, Shrimp Taco with Mango Salsa and Shredded Coconut, Macanese Tiger Prawn Curry dan Lobster Risotto with Charred Scallion and Pink Peppercon.

Lunch at Golden Peacock at Venetian (Halal & Michelin Restaurant)

Hari ketiga kami makan sekali lagi masakan India. Kali ni jenis buffet. Restoran ni bertaraf Michelin dan terletak di dalam bangunan Venetian. Paling best yang recommend adalah puding dia. Ke apa tah nama tapi memang sedap.

Macanese Restaurant (Tapas de Portugal)

Taipa Village
Tapas de Poertugal

Last sekali kami makan masakan Macanese. Dah datang sini memang rugilah tak makan masakan Macao kan. So restoran ini terletak di Taipa Village. Not bad jugalah Macanese food ni. Boleh layan dan masuk anak tekak.

Tapas de Portugal terletak bersebelahan dengan restoran berbintang Michelin, António Coelho RestaurantTapas de Portugal juga menghidangkan menu air tangan chef yang sama. Padanlah restoran ini juga pernah banyak kali memenangi anugerah!

2. Seperti Jelajah Satu Dunia

belah kiri tu mcm kat Rome. Belah kanan tu Taipa Museum
berlatarbelakang Eifel Tower Parisian Macao
Santo Antonio

Ok datang sini korang akan rtasa macam jelajah satu dunia. Some place ko akan rasa berada di Perancis, Then Itali, Thailand dan some place macam berada di tempat Makhluk asing pun ada. Kalau tak caya datang lah sendiri. Mesti korang akan rasa gila ar macam ni punya tempat pun ada.

3. Design dan Hotel yang paling “rare” di dunia

Studio City

Satu je aku terfikir bila tengok design-design bangunan kat sini. Macam mana lah arkitek diorang fikir ek. Sampai terjadinya building sepelik macam tu. Macam bangunan aliien kot. Antara bangunan yang rare kat Macao adalah Studio City, Venetian, Parisian, Ada Eifel Tower juga, Galaxy Macao, Grand Lisboa, Conrad Macao, Altira Macao, MGM, Star World Hotel, Sands Cotai Central dan banyak lagi lah.

4. Rasai pengalaman 4D Batman terbaik 

Studio City. Memang superb!
Gotham City

Batman Dark Flight di Studio City, Serius weh rasa real gila. Tak pernah lagi aku rasa 4D macam ni. Rasa macam betul-betul ko duduk dekat Gotham City. Dengan kelajuan jet yag kita naik tu. Aku menjerit macam naik roller coaster kot padahal aku duk atas kerusi tu je. Real wehhh…

5. Bungy Jump paling tinggi di Dunia di Macao Tower

Macao Tower

Yang ni aku tak cuba dan tak akan cuba sebab sejenis Faizal ni memang trauma dengan ketinggian + kelajuan. Kalau ketinggian sahaja boleh lagi. Ni gara-gara naik roller coaster terpantas di Ferrari World Abu Dhabu tahun lepas lah ni. Sampai sekarang masih trauma. Ok kalau korang jenis yang tahan lasak dan suka aktiviti lasak boleh lah cuba. Once a lifetime orang kata. Sebelum geng Running Man penah datang buat Bungy Jump kat sini. Kalau tak silap Song Ji Hyo.

Ketinggian = 233m / 764ft

Walaupun aku tak buat bungy jump tapi aku naik jugalah kat atas tu. tengok view Macao. Tapi sayang masa aku kat atas hujan dan sedikit berawan.

Legend Palace Hotel

Actually banyak lagi sebab kenapa korang perlu ke Macao ni, Panjang pulak kalau aku nak list satu-satu. Mungkin aku akan cover lagi untuk next entry.

Sekian saja perkongsian aku mengenai pengalaman ke dalam trip 4 hari 3 malam di Macao Part 1. Harap ada beri input dekat korang at least sikit. InsyaAllah. Jika korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah or terus e-mail ke blog@faizalfredley.com

Artikel ini dihasilkan melalui jelajah media jemputan Muslim Media FAM trip ke Macao dengan kerjasama Macao Government Tourism Office (MGTO), Representative in Malaysia! pada 16 – 18 April 2018. Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya. Kalau tak puas hati atau ada info yang aku tak kreditkan boleh juga email aku atau tinggalkan komen.

Sekian…

The post Just Wow! 5 Sebab Kenapa Pelancong Muslim Perlu Bercuti Ke Macao appeared first on Faizal Fredley.

14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao

$
0
0

14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao. Macao merupakan salah satu destinasi pelancongan yang kian menjadi perbualan buat kaki travel di Malaysia. Disebabkan jirannya iaitu Hong Kong begitu popular, kini Macao juga menerima tempiasnya.

Awal april 2018 hari tu aku sempat menjelajah bumi Macao ini selama 4 hari 3 malam. Kini Macao bukan sahaja popular dalam kalangan bukan muslim, malah pelancong muslim juga mula membuka mata untuk berkunjung di Macau. Disebabkan di sini begitu senang sekaliuntuk dapatkan makanan halal membuatkan Macai begitu seusai untuk percutian keluarga.

Jika kita lihat dahulu memang susah untuk cari makanan halal di Macao. Kini semua itu tidak perlu risau lagi. Terlalu banyak tempat makan halal di Macao yang korang boleh jumpa. Sebelum ini aku telah pun berkongsi kenapa pelancong muslim tidak lagi perlu risau jika melancong di Macao. Boleh baca post aku yang terdahulu.

Di post terdahulu aku ada cerita banyak tentang restoran halal dan kali ini aku akan kongsikan 11 tempat manarik di Macao buat pelancong muslim.

1. Planetarium Macao Science Centre

Ok tempat ni memang sesuai jika anda datang ke Macao bersama keluarga. At least tak ad alah boring sangat anak-anak korang macam bercuti kan. Masa aku pergi hari tu ianya masih lagi dalam proses renovate tapi dah boleh masuk. Hanya beberapa tempat sahaja yang di tutup.

Selain sains, kat sini juga anak-anak korangboleh belajar tentang teknologi, persekitaran dan gaya hidup. Bukan budak-budak je boleh belajar, mak bapak pun boleh belajar sekali. Aku pun excited ke sana hari tu. Macam-mcam ilmu boleh dapat.

Untuk pengetahuan korang planetarium ini juga merupakan planetarium yang pertama di dunia yang ada sistem 3D dan ultra-high definition projection system (8,000 x 8,000 pixels), dan ada permainan live show yg interactive serta dome movies dalam 3D.

Address: Avenida Dr. Sun Yat-Sen, Macau

Opening hours: 10:00 a.m. to 6:00 p.m. (Tickets are only available up to 5.30 p.m., closed on Thursdays and Lunar New Year’s Eve, open on public holidays.) Open daily in July and August.

Tickets:

  • Exhibition Galleries – MOP25
  • Planetarium (2D Dome /2D Sky Shows) – MOP60
  • Planetarium (3D Dome /3D Sky Shows) – MOP80
  • Free admission for children under 2 years old

Info Lanjut: Macao Tourism!

2. Angry Bird Centre

Mengalah budak kecik. Dulu2 mana berpeluang main benda ni
comel2 belaka rasa nak wak balik jer

Bagi peminat angry bird janga lepaskan peluang untuk ke Angry Bird Centre yang terlepak di Ponte 16. Kat sini memang syok weh. Aku rasa aku dah kembali jadi kanak-kanak dah hari tu. Di timbus dengan bola-bola kecil then boleh main tembak-tembak. Sangat wow!!! Orang dewasa macam aku pun enjoy gila kat sini, kalau bawak budak-budak lagilah diorang suka. Silap-silap depa tak nak balik!

Info Lanjut: Angry Bird Ponte 16

3. G Racing Stimulators

Serius weh best rupanya main game ni.
dapat no5. haha ok lah kann

Haa ini permainan orang dewasa. Sumpah rasa real main G racing ni. G racing ni kira macam game lumba kereta pakai simulator. Tapi rasa macam real. Macam mana ek nak explain. Korang kena try sendiri. G Racing pun terletak di Ponte 16. Sama tempat dengan Angry Bird tapi lain tingkat.

Paling best dia punya rasa thrill tu tapi kalau boleh masa main tu jaga sikit kata-kata. Aku main hari tu segala jenis binatang dalam hutan aku sebut. tak baik mencarut! Kalau korang nak tahu di Macao ni ada event yang di panggil Macau Grand Prix yang merupakan acara suka yang besar di sini. Jadi G racing ni kira simulator kepada event ni lah.

Info Lanjut:

4. Macao Tower

Macao Tower
Observation Deck

Kalau datang Macao memang tak sah tak datang ke Macao Tower! Aku tiap kali aku travel ke mana-mana aku akan ke mercu tanda di destinasi yang aku pergi. Dan jangan lupa beli replika menara ni untuk bawak balik ke rumah.

Macao Tower ni agat popular di di seluruh dunia. Kalau korang peminat Running Man mesti korang tau menara ni. Kalau tak silap Song Ji Hyo pernah buat Bunge Jump kat sini. Tahun lepas pun ramai kawan-kawan aku datang untuk buat Bungee Jump kat Macao Tower. Aku? Huh tak apa lah aku tengok jelah. Belum terbuka hati nak buat Bungee Jump.

Bungee Jump Macao Tower adalah bungee jump yang tertinggi di dunia ya! View dari atas ni pun stunning.

Info Lanjut: Macao Tower

5. Ruin’s of St Paul’s

punyalah ramai manusia

Pada 1835, salah satu gereja Katolik terbesar di Asia ini runtuh dalam satu kebakaran, meninggalkan hanya pintu hadapan yang menceritakan sejarah agama Kristian di Asia dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.

Ruins of St. Paul’s hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Pada aku, ini salah satu lokasi wajib kalau mahu menandakan korang dah sampai ke Macao. 

Paling mencabar adalah nak bergambar di depan mercu tanda ini. Fuh dia punya manusia punyalah ramai. Memang tak de peluang nak bergambar sorang-sorang berlatarbelakangkan monumen ini.

6. Parisian Macao

Yeay dapat naik Eiffle Tower weh.

Parisian ni merupakan salah satu hotel terbesar di Macao. Besar hotel ni sampai ambil masa setengah hari kot untuk jelajah hotel ni. Maybe sehari. Kat Parisian ni ada Hotel, Eifel Tower, Shopping Mall, Restaurant, dan Taman Tema…

Kalau korang nak feeling feeling bergambar di Paris meh lah datang ni. Menara eifel dia sebijik sama kot dengan kat Paris. Cuma kat sini tinggi dia setengah dengan Eifel Tower yang sebenar. Boleh naik atas untuk tengok view Macao di tingkat 37!

View from Eiffel Tower

Tak cukup itu, pastikan korang luangkan masa menjengah ke dalam hotelnya dan window shopping (kalau tidak membeli-belah) di The Shoppes at Parisian. Jujur cakap, dengan design pengaruh Perancis, segenap ruang terasa cukup eksklusif dan extravaganza!

Info Lanjut: www.parisianmacao.com

7. Venetian Macao

Venetian Macao
sebijik mcm Venice kat Italy kan. Bezanya kat sini indoor

Sama seperti Parisian cuma Venetian berkonsepkan Itali atau lebih fokus lagi adalah Venice. Salah satu city yang masih lagi berada dalam list yangbelum aku jejak. InshaAllah jika ada peluang ingin sekali nak ke Venice sebelum ni hanya sempat singgah kat Milan je.

Walaupun begitu dapat ke Venetian Macao pun dah puas hati dah, dia punya aura Venice pun daha da kat situ. Canal yang popular tu pun ada kat sini.

Venetian! Cantik weh. Malam lagi lawo. Gambar Google nih

The Venetian, salah satu hotel bersepadu terawal di Macao dan juga salah satu mercu tanda di Macao ini.

Oh dan sebagai fakta, di sini juga antara lokasi penggambaran yang cukup ikonik bagi drama popular Korea Selatan, Boys Over Flower dan muzik video ‘New Face’ nyanyian Psy.

Hasif Hamsyari yang bagitau…

Info Lanjut: www.venetianmacao.com

8. MGM Cotai 

MGM Cotai Macao. Design dia memang style kotak2 barang kemas.

Bagi peminat peminat seni artistik jangan lupa singgah di MGM Macao ni. Aku tak berapa minat sangat jadi masa diorang duk buat penerangan aku tak berapa nak fokus. Salah satu sebab aku tak leh nak fokus sebab environment kat MGM ni sangat awesome. Di penuhi dengan warna-warna emas buat aku mudah je hilang fokus.

Selain itu ada juga sebuah karya menggunakan 24 tan besi tahan karat yang diselaputi daun emas 24k yang dipamerkan secara umum! Emas real beb!!!

inilah emas 24K tu
belah kiri tu coklat mountain paling tinggi di dunia

Tak cukup dengan tu, kat sini juga ada beberapa restoran chef terkemuka dunia, ruang tertutup setinggi empat tingkat dengan 25 skrin LED gergasi kekal terbesar di dunia dan chocolate fountain tertinggi di dunia! 

Kami sempat makan di restoren dalam ni Seafood Dinner at “Coast”@ MGM Cotai. Sedap! Milik salah sorang juri Masterchef US.

Info Lanjut: www.mgm.mo/en/cotai

9. Studio City

Tempat ni aku boleh bagi 10 / 10 bintang. Memang satu kerugian besar kalau tak datang sini. Bagi peminat Batman kat sinilah korang boleh merasa berada di Gotham City.

Studio City adalah sebuah resort bersepadu yang pertama di dunia membawakan elemen produksi perfileman dalam pengisiannya termasuklah hotel, pusat beli belah dan tarikan yang ada. Kat sini, aku berpeluang menaiki Golden Reel, roda Ferris berbentuk lapan tertinggi di dunia (130 meter) yang terletak di antara dua menara bangunan yang cukup futuristik ini.

Berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman naik Golden Reel memang best. Rasa macam naik Ferris Wheel tapi yang berbentuk 8. Lagi best. Pastu boleh tengok view studio city.

Satu lagi korang juga cuba Batman Dark Flight 4D. 4D paling thrilling aku pernah alami dengan ditemani Batman untuk menewaskan musuh yang telah menculik korang untuk di jadikan makanan. Eh bukan dijadikan makanan tapi tebusan kot. Dalam 4D ni korang akan fly sekitar Gotham City yang sangat real. Aku menjerit kot macam naik roller coaster.

Info Lanjut: tudiocity-macau.com

10. Taipa Village 

Sangat instagramable
Kat kawasan ni tenang sikit. X crowded.

Tempat ni luas. Banyak tempat boleh pergi. Tak silap aku kat area sini 3 tempat aku pergi. Salah satunya adalah Taipa House Museum. Kat sini hipster sikit. Bangunan warna hijau turquoise membuatkan tempat ni sangat rare. Taipa Houses Museum juga adalah peluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.

Lima rumah ini masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living MuseumExhibitions GalleryCreative CasaNostalgic House dan House of Receptions.

Kalau korang perasan dalam drama Princess Hours ada shooting kat sini (Lokasi: Coloane Village)
coloane village

Cunha Street

Selain itu kat area sini korang boleh juga pergi Cunha Street dimana korang boleh membeli cenderahati di Macao, lokal mesti akan sebut Rua do Cunha (Cunha Street) ni. Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.

Taipa Village Art Space

Kat sini ada pameran pertama filem-filem karya pengarah kelahiran Russian yang menetap di Macao iaitu Maxim Bessmertny bertajuk Degustation. Bessmertny banyak mengetengahkan unsur humur, dramatik dan satira sosial dalam karyanya seperti Death of Parrot (2017), The Great Debt (2016) dan Sampan (2017). 

Pameran berkenaan yang akan berlangsung hingga hujung bulan Mei 2018 dianjurkan Taipa Village Cultural Association.

11. Giant Panda Pavilion

Anak Panda
Mak Panda
Bapak Panda!

Kat Macao pun ada panda. Hari tu ada 4 ekor. Bapak dia, mak dia dan anak dia kembar dua ekor. Ni first time aku tengok panda depan mata. Kat zoo KL pun tak pernah tengok pom lagi.

Terdapat dua ruang tertutup berkeluasan 330 meter persegi dan satu ruang perkarangan terbuka berkeluasan 600 meter persegi yang digunakan khas untuk habitat panda-panda ini.

Selain Panda ada juga binatang-bintang lain yang ada di sini, salah satunya adalah panda merah. nama panda tapi macam musang.

Info Lanjut: www.macaupanda.org.mo 

12. Jalan-Jalan Pusing Macao dengan Open Top Bus

Open Top Bus

Last but not least adalah pusing-pusing Macao dengan Open Top Bus. Ada 11 hentian yang semuanya cukup menjadikan perjalanan korang di Macao lebih selesa. Jadi kalau datang sini x tak perlu nak naik kereta atau sewa bagai. Cukuplah naik bas dan korang dah pun boleh jelajah seluruh Macao.

Antara hentian Open Top Bus adalah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman’s Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macao dan The Venetian Macao.

Harga tiket:

  •  MOP150 (dewasa) 
  • MOP100 (kanak-kanak)

Boleh juga beli online di www.goldsparktours.com

Sampai di situ sahaja lah. Cukup 4 hari nak cover semua tempat ni, nak diikutkan banyak lagi tempat manrik di Macao tapi ini je yang sempat pergi. Maybe next time ya.

Ok InsyaAllah. Jika korang ada apa-apa soalan, boleh tanya dalam ruangan komen di bawah or terus e-mail ke blog@faizalfredley.com. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian.

Artikel ini dihasilkan melalui jelajah media jemputan Muslim Media FAM trip ke Macao dengan kerjasama Macao Government Tourism Office (MGTO), Representative in Malaysia! pada 16 – 18 April 2018. Semua pendapat adalah milik penulis sepenuhnya. Kalau tak puas hati atau ada info yang aku tak kreditkan boleh juga email aku atau tinggalkan komen.

The post 14 Tempat Menarik Pelancong Muslim Boleh Pergi Jika Bercuti ke Macao appeared first on Faizal Fredley.

Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku (Summer)

$
0
0

Chugoku dan Shikoku ialah kawasan paling barat di Honshu. Di dalam Chugoku ada 5 prefectures iaitu  Hiroshima, Okayama, Shimane, Tottori, dan Yamaguchi. Manakala Pulau Shikoku terdapat Ehime, Kagawa, Kochi, dan Tokushima.

Sepanjang 5 hari trip aku ke dua buah kawasan ini aku sempat cover hanya beberapa bahagian sahaja iaitu Hiroshima, Kagawa, Okayama dan Ehime. Kalau nak cover semua mungkin aku kena lanjutkan trip kali ini selama sebulan. Memandangkan aku hanya ada masa selama 5 hari jadi inilah destinasi yang ada di dalam list aku kali ini.

Perjalanan aku untuk trip kali ini. Dari KIX – Okayama – Kagawa – Ehime – Hiroshima – KIX

Untuk akses ke tempat ini korang boleh ambil flight dari KL ke Kansai International Airport (KIX). Ada Air Asia X direct terbang ke sini. Selain tambang murah, Air Asia X juga menawarkan penerbangan ke KIX 2 kali sehari.

Penerbangan dari KL ke Kansai Airport melalui AAX yg mengambil masa lebih kurang 7 jam. Eta 6jam 30minit. Fight kami pagi jam 8am so agak rushing sikit lah. Aku dari Puchong gerak jam 6am. Patutnya kalau nak selamat kena sampai 2 jam sebelum. Tapi kalau lambat juga sampai kat KLIA2 terus ke kaunter T16 or S16 utk last minit check in. InshaAllah boleh lepas lagi. Aku sampai kol 7.10am. Lagi satu tiket aku premium flex jadi tak ada masalah sangat

Flying with Air Asia X

Untuk lebih tenang semasa pernerbangan kami diberikan premium tiket dimana kami boleh menikmati AirAsia Premium Red Lounge. (Sebab aku sampai lambat jadi tak sempat nak merasa red lounge)

Sampai KIX jam 3pm waktu Malaysia. Kat Kansai waktu lebih awal 1 jam. Sekarang kat Jepun musim panas. Jadi prepare barang2 musim panas lah utk di bawak. Baju tshirt nipis2 sudah. Then kebiasaanya kat sini akan hujan waktu summer.

Tips: sila bawa baju yg mudah kering dan sediakan payung.

Shinkansen

Termasuk kali ini adalah kali kedua aku sampai ke Kansai Airport. Di Kansai ada di sediakan tempat solat untuk pelancong muslim. Kalau tak silap di tingkat 2 bahagian hujung. Tempat solat agak selesa dan luas. Owh satu lagi kalau sampai awal tu boleh sewa bilik mandi kat airport. Tak mahal sangat pun. Boleh lah nak bersihkan badan. Memandangkan aku sampai ngam-ngam je aku tak perlu nak sewa untuk mandi. But aku dah pernah try before this. Not bad!

Banyak aktiviti dan tempat-tempat best aku sempat buat sepanjang 5 hari di sini. Destinasi pertama kami tuju adalah Okayama Prefecture.

Okayama merupakan salah satu city yang terdapat di Chugoku. Bandar ini begitu kaya dengan sejarah terutama jikalau korang peminat sejarah tentang peperangan dunia kedua. Aku nak cerita tentang sejarah dunia kang korang mengantuk pula nanti. So aku skip je lah part sejarah tu yer.

Great Seto Bridge (Gambar Google)

Dari KIX ke Okayama kami ambil Haruka Express ke Shin-Osaka Station dan dari Shin-Osaka we take Nozomi Shinkansen to Okayama Station. Wow first time aku naik Shinkansen yang famous tu. You know what? Dari Osaka ke Okayama hanya mengambil masa sekitar 50 minit sahaja. Dalam Shinkansen ni suasana dia macam dalam flight. Tapi ada tempat untuk smoking.

Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan view yang sungguh menarik. Dan paling excited kami merentasi Great Seto Bridge yang menghubungkan Okayama dan Kagawa. Kalau korang perasan jambatan ni macam jambatan yang ada kat Amerika tu. Cantik sungguh!

Granvia Okayama Hotel

Sampai di Okayama kami terus check di Granvia Okayama Hotel. This hotel is awesome. Connecting dengan Okayama Station menjadikan hotel ini pilihan terbaik buat pelancong yang datang ke Okayama. Berhampiran hotel ini juga ada 7 Eleven dan beberapa lagi Convenient Store. Ini salah satu tip mencari hotel ketika travel. Cari hotel yang berdekatan dengan train station dan juga kedai 24 jam.

Hotel ini menjadi pilihan juga kerana ianya mesra muslim. bagi pelancong muslim kalau datang ke Okayama boleh stay sini. Di tingkat dua, mereka menyediakan ruangan untuk solat. See bagus betol hotel di Jepun ni. Aku dah jumpa banyak hotel di Jepun yang sediakan ruangan solat kat hotel ni. Semasa trip ke Hokkaido pun diorang ada sediakan ruangan solat untuk pelancong muslim.

ruangan solat tingkat 2

Selain ruangan solat, makanan di hotel ini juga mesra muslim dimana mereka menyediakan Halal-certified meat, non-pork dan juga non-alcoholic menu.

Kami di sajikan dengan hidangan yang  cukup membuka selera kami setelah seharian perjalanan dari KL ke Okayama. Menu hari ini adalah Scallops with Lemon Coulis Sauce, mushroom soup, Lamb Chops with Checca Sauce, Mango Sherbet.

Rasa? Fuh tak payah cakap lah. Gerenti sedap! Kalau tak caya boleh tanya Kak Emila dan Poji. Aku bagi 5 bintang untuk makanan di Olivier Restaurant.

Dah selesai sesi menternak lemak kami terus masuk bilik masing-masing. Dah penat semua dah. Masa untuk berehat. Sebelum berakhirnya hari pertama aku di bumi Jepun ini aku sempat jalan-jalan sekitar hotel untuk melihat suasana Okayama di waktu malam. Malam yang tenang. Kembali ke hotel dengan view yang cukup memukau menghadap celahan bangunan serta Okayama station dan juga Shiyakusho-suji Avenue.

View from my room

Berakhirlah sudah diari hari pertama. Bagi korang yang nak explore Okayama secara total aku sangat-sangat recommend. Banyak lagi tempat menarik di Okayama yang korang boleh pergi.

Hari Kedua

Cantik betul tempat ni

Lepas breakfast kat hotel kami terus ke aktiviti pertama kami iaitu peach picking. Okayama ni memang terkenal dgn buah peach. Korang boleh jumpa sepanjang jalan ada buah peach. Tp ikut musim jugak lah.

Kami gerak dengan kereta. Kalau korang sewa kereta boleh lah ke sini. Dalam 1 jam drive gitu. Sepanjang perjalanan korang akan di hidangkan dengan pemandangan kehijauan yg pastinya memukau mata anda. Fresh. Banyak tanaman padi juga di sini. Sekali imbas macam di Perlis. Eh

Peach picking di Tomomien garden.

Peach picking

Kat sini majoriti is white peach (kameda). So dia ajar cara-cara nak ambil buah ni. Buah peach kat sini besar. Macam buah epal. Tak macam kat pasaraya di Malaysia. Maybe jenis lain kot.

Selain buah peach kat sini juga ada buah anggur. Tapi kalau nak rasa buah anggur boleh datang pada bulan september. Masa utk picking buah peach pada awal julai hingga awal ogos. Jangan datang masa winter pulak. Tak de org nak petik buah musim sejuk.

Buah Anggur (dibuka pada September)

Lepas petik tu korang kena tunggu lebih kurang 4 hari nak biarkan buah tu masak. Nak tau dah masak ke belum boleh bau. Kalau bau dah keluar tu maknanya dah boleh makan. Bukan petik terus boleh makan ye. No no no. Kena tunggu dulu bagi masak. Pastu cuci buang bulu bulu dia. Then makan..

Dah alang-alang datang sini korang kena try juga ais krim peach. Banyak kedai area sini jual ais krim ni. Masa aku singgah salah satu kedai kat sini, aku agak terkejut dengan harga buah peach. Satu bakul ada dalam 4 biji harga lebih kurang 1750 yen. Convert ke RM lebih kurang RM65.

Lokasi: Tomomien Garden

Tiket: ¥1800 (Termasuk petik 2 biji dan makan)

Okayama Korakuen Garden

Korakuen Garden

After that, kami gerak ke Okayama Korakuen atau pun Okayama Castle. Bagi mereka yang minat building historical sesuailah datang sini. Kat sini ada garden yg cantik sangat. Tapi sayang masa kami sampai hujan then angin pun kuat sikit nak ambil gambar pun susah. Musnah jugalah payung aku. Tapi tetang ada view yang cukup menarik. Kehijauan mata memandang membuatkan diri ini seakan bersatu dengan alam sekitar. Wahhh

Actually taman ni cukup luas. Banyak juga spot-spot menarik untuk bergambar. Dah alang-alang sampai tu aku pusing satu taman terus.

Say hi to my anak ikan

Korakuen Garden merupakan salah satu garden yang terbesar dari 3 taman di Jepun. Dibina pada tahun 1700 oleh Ikeda Tsunamasa, Lord of Okayama taman ini sudahpun mencecah usia sekitar 300 tahun. Di taman ini juga mempunyai sebuah istana yang bersejarah iaitu Okayama Castle. Siap di bina sepenuhnya pada tahun 1597. Menurut sejarah, istana ini terselamat dari dibom satu ketika dahulu. Kalau korang ada masa pergilah melawat istana tu sekali.

Dari kejauhan Okayama Castle tampak cukup gah berwarna hitam putih yang di ambil bersempena Crow Castle atau “castle of the blackbird”.

Dah habis pusing taman kitaorg makan kat area sini. Ada satu restoren boleh request halal food. Makanan sini Japanese style. Kalau kena tekak boleh lah makan. Aku jenis main bedal je. So i have no problem with the food here. Tapi aku ada try sejenis makanan tu macam belut tapi bukan belut, first aku rasa memang tak leh masuk mulut sebab terbayang makan belut.

Okayama Islamic Centre

Singgah melaksanakan kewajiban

Dah habis makan kami singgah di Okayama Islamic Centre utk solat. Tak jauh pun dari Okayama Korakuen. Boleh jamak terus ye. Travel bukan alasan utk tinggal solat. Kat Jepun ni punyalah banyak tempat boleh solat.

Kurashiki Bikan Historical Area

Dah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim di Okayama Islamic Centre kami terus gerak ke Kurashiki Bikan historical area. Tempat ini ala-ala macam Venice sebab ada canal yang cantik. Kiri-kanan di penuhi dengan bangunan kedai yang bersejarah.

Apa yang aku boleh katanya Kurashiki, in Okayama Prefecture, worths a visit for its historic district, the Bikan. Canals, Edo storehouses, museums, nice gift shops and cafes, it has everything for a perfect day!

Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam di sini.

Setelah puas menghabiskan masa di sekitar Kurashiki, kami terus bergerak ke hotel untuk check in. From Kurashiki, we took the train back to Okayama Station and then travelled to Takamatsu on a Marine Liner. Dengan ini berakhirlah kisah kami di Okayama Prefecture .Hotel kami di hari kedua adalah JR Hotel Clement Takamatsu. Paling best aku dapat view menghadap laut. Sungguh cantik sekali.

Owh selepas check in kami keluar makan di Tempura restaurant dekat Daikumachi area. Hanya 5 minit jalan kaki dari hotel kami. Disepanjang perjalanan ada kedai-kedai 5 start kalau jenis suka LV, Chanel semua tu bolehlah singgah. Tapi kedai tutup jam 9 malam.

Episode seterusnya di Kagawa Prefecture!

Hari ke 3

Ritsurin Garden 

Rasa macam berada dalam dun ia farytale

For the third day in Takamatsu we went to the beautiful Ritsurin Koen Park. Built around 1620 is now one of the most beautiful park in Japan.

After breakfast kami terus ke Ritsurin Garden. Take about 15 minit from our hotel. Antara 2 garden bertaraf 3 bintang di Shikoku Island.

Ritsurin Garden mempunyai lanskap yang terbaik pernah aku tengok. Sungguh mempesonakan. Kalau korang sering tengok cerita Jepun dulu-dulu macam ni lah garden dia. So classic.

Japanese maple leaves are amazing in Autumn when it turns red, but also has beautiful and refreshing green in spring.

Ada 2 part iaitu South & North. Basically people will explore south area only. North area mereka reserve if ada pokok yg mati dekat taman ni dia akan ganti dgn pokok belah north. Kira tempat dia tanam balik pokok tu.

It divided into 2 part, in the south you can see the Japanese tradition while in the North the western charm. It seems to be inside a fairy tale, so perfect in all the details. Superb!!!

Apa yang sayang sekali kami tak punya banyak masa untuk habiskan di sini sebab terpaksa bergegas ke Nakatado untuk aktiviti making Udon.

Making Udon

Making Udon

Actually bab masuk dapur ni aku lemah sikit hahaa, nampak tak aku ni jenis pemalas masuk dapur tapi bila lapar tahu pula nak bertukang kat dapur tu, But no worries making udon ni macam ko masuk kelas memasak. Tak boring sebab proses membuat udon ini sangat unik. Kami menggunakan cara traditional. Nak tau macam mana proses dia? nanti aku shared video ya.

Lepas dah berjaya mengharungi kelas, kami di anugerahkan sijil tamat belajar. Macam graduation day pula. Then tiba masa untuk makan udon yang kitaorang buat tadi. Nak tahu sedap ke tak? Ofcouse lah wei sedap.

Ada macam-macam cara nak makan Udon ni sebenarnya. Hari tu kami buat dua cara iaitu badan dan kering. But i prefer kering kena selera dengan aku.

Yuran kelas making Udon: ¥1300 / person

Sebelum bergerak ke Ehime Prefecture kami singgah Konpira (Kotohira-gu).

Dekat sini juga ada shrine yang di dedikasikan khas oleh para pejuang terdahulu yang mati di lautan. Lebih kurang macam tu lah cerita dia. Kena study lagi untuk explain lebih lanjut.

Hari ketiga ni agak rushing sikit sebab kami nak pergi ke Matsuyama Castle sebelum ia tutup jam 5 petang. Tapi rezeki kami untuk sampai sebelum jam 5 petang tak kesampaian. Sebab sangkut dalam jammed. Tapi tak apa kami datang lagi esok pagi…

Perjalanan yang agak panjang untuk ke Ehime Prefecture! Almost 3 jam.

Hari ketiga kami check in di Dogo Grand Hotel. Hotel ni jenis hotel dulu-dulu. Nanti aku cerita lagi lebih lanjut. Panjang sangat dah ni. Next entri aku sambung hari ke 4 dan 5 di Ehime dan Hiroshima.

Till then. See you next entri about Hiroshima, Miyajima Island dan juga Matsuyama Castle!

******************

Muslim FAM Trip di Chugoku & Shikoku ini di bawakan khas oleh JNTO! Thanks please invite me again next trip

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 5 hari di Jepun aku guna pocket wifi dari RoamingMan!

Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

The post Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku (Summer) appeared first on Faizal Fredley.

Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima

$
0
0

Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima. Artikel ini merupakan sambungan kepada Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku. Jadi kiranya aku berada di Hiroshima pada hari ke 4 dan ke 5 selepas ke Ehime Prefecture.

Recaps

Hari ke-3 jadual aku sepatutnya dihabiskan di Matsuyama Castle, tetapi disebabkan oleh trafik yang sesak terpaksa tunda ke hari ke-4. Pagi-pagi lagi kami dah check out dari Dogo Grand Hotel untuk ke Matsuyama Castle. Castle ini di buka sewal jam 9 pagi dan 8.45am kami dah terpacak di depan gate. Dari hotel kami gerak jam 8 pagi. Dalam 15 minit pemanduan ke Matsuyama Castle. Dari bawah we take ropeway (3 minit). Selain tu boleh juga naik chairlift. Tapi yang ni agak scary sikit. Castle ni juga satu-satunya castle yang tak ada lift untuk naik ke atas. So korang kena jalan kaki.

Hari itu pula hujan renyai-renyai membuatkan masa kami agak terhad untuk mengambil gambar terbaik. Terasa rugi pun ada sebab castle ini sengat cantik dan unik. Masa kami luangkan di sini pun agak rushing. Maybe one day i will come again to enjoy this castle.

Matsuyama Castle merupakan salah satu dari 12 original castle. Castle ini juga antara castle yang terselamat selepas perang dunia kedua. Ianya juga telah bertahan sejak zaman pasca feudal sejak tahun 1868.

Menurut Miko-san (tour guide) kami, castle ini antara castle yang sangat complex dan interesting di negara ini. Ia terletak di Gunung Katsuyama, bukit curam di pusat bandar yang pastinya menyajikan para pelancong dengan pemandangan “burung Matsuyama” dan Laut Inland Seto. Terdapat kira-kira 200 pokok sakura di atas istana, menjadikannya sebuah tempat bunga sakura berkembang indah pada musim bunga sekitar penghujung Mac hingga awal April setiap tahun. Jadi kalau nak tengok sakura inilah tempat yang patut anda tuju.

Fakta: Orang Jepun celebrates new year degan menanam pokok bamboo, plum dan pine yg melambangkan longevity. 3 jenis pokok ni akan tetap hijau pada musim sejuk.

Matsuyama Castle dibina pada tahun 1602 hingga 1628 dah di serahkan kepada keluarga Matsudaira yang memerintah Tokugawa ketika itu. Pada tahun 1820 castle tower 5 tingkat ini telah musnah akibat disambar petir dan kini ianya telah dibina semula hanya 3 tingkat sahaja.

Nak cerita semua tentang Matsuyama Castle ni 4 hari pun tak habis. Jadi apa kata korang datang sendiri kat sini.

Access

Nak naik atas ni kena menapak sikit sebab terletak di atas bukit. Sebelum ni boleh naik ropeway atau chairlift.

  • Tram line 5 dari JR Matsuyama Station (10minit, 160 yen)
  • Tram line 2 atau 3 dari Matsuyama-shi Station (5 minit, 160 yen).

Info Lanjut:

  • Dibuka dari jam 9:00 – 17:00
  • Bayaran : 510 yen

Dalam rushing untuk elakkan dari hujan kami terus bergerak meninggalkan Ehime. Destinasi seterusnya adalah Hiroshima. Agak excited sebenarnya nak ke Hiroshima, salah satu destinasi yang dalam checklist aku.

MIYAJIMA ISLAND

Dari Ehime ke Hiroshima drive lebih kurang 3 jam macam tu. Puas jugalah tidur dalan kereta. Destinasi pertama kami tuju adalah Miyajima Island. Tempat ni tersangatlah popular dan merupakan #top3 tempat paling popular di Jepun. Jadi agak rugilah kalau ke Hiroshima tapi tak ke Miyajima Island.

Lebih dikenali sebagai The Island of Gods, pulau ini juga terkenal dengan kuil terapung dan Otorii. Ianya telah lama dianggap sebagai Pulau Dewa di Laut Inland yang indah. Pulau ini begitu romantis dan dipenuhi monument  bersejarah selain ianya juga merupakan tapak Warisan Dunia.

Beratur nak naik ferry meninggalkan Miyajima Island

Miyajima atau Itsukushima merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Hiroshima Bay, barat Jepun. Untuk ke sini boleh naik ferry. Paling mencuri tumpuan bila datang ke sini adalah pintu gerbang besar yang merupakan pintu masuk ke Kuil Itsukushima. Ianya juga dikenali sebagai The Great Torii Gate. Dari kejauhan boleh lihat ianya tersergam indah berada dipermukaan air dan berwarna oren. Semasa air pasang Torii Gate ini tampak seakan terapung di permukaan air. So jangan lupa potretkan diri anda berlatarbelakangkan Torii yang hebat ini.

Di pulau ini juga korang boleh menikmati makanan yang sedap. Paling popular sudah tentulah Oyster dan juga Unagi (Sedara mara Belut).

Aku cadangkan korang spend time masa kat sini dalam satu hari sebab banyak tempat best di pulau ini. Selain itu, ada juga Rusa yang berkeliaran di pulau ini cuma hati-hati Rusa kat sini agak agresive sikit. Pastikan jangan dedahkan plastik makanan sebab dia ingatkan makanan. Kesian dia nanti bagi harapan palsu.

Antara tempat lain yang korang boleh lawati di Miyajima Island adalah: Tahoto, Hokoku Shrine, Momijidani Park, Omoto Shrine, Daishoin Temple, Omoto Park, Machiya Street dan banyak lagi lah.

Kalau korang jenis Instagrammer kat sini memang banyak spot untuk ambil gambar menarik cuma korang kena kretif dan cari spot terbaik jer.

Access

  • Ferry (20 minit)
  • Tiket: 360 yen (return)

Disebabkan hujan nonstop pada hari itu kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel jam 4petang. Walaupun hujan je sepanjang kami di pulau tu tapi kami tetap puas hati. Dapat jugalah beberapa keping gambar menarik di sekitar Miyajima Island. Puas! Korang patut datang ke sini kalau datang ke Hiroshima.

Check in di Hotel Granvia Hiroshima

Sekali lagi Granvia tidak pernah mengecewakan. Boleh dikatakan hotel ini sememangnya terletak di hotspot kerana berhampiran dengan train station, teksi dan juga bas. Bagi traveler yang datang ke Hiroshima bolehlah stay di hotel ini. Bilik aku di tingkat 10 sudah pasti menjanjikan view terbaik di seluruh kota Hiroshima.

Berhampiran hotel ini juga ada banyak kedai makan yang boleh menjadi santapan anda di Jepun. Restoran halal bukan lagi masalah jika bercuti di Jepun. Terlalu banyak restoran halal di sini, rasa macam kat Malaysia dah.

Selepas check in, kami jalan-jalan sekitar hotel mencari sesuatu untuk dinner. Malam ini pilihan kami adalah restoran pakistan. Sambil makan sambil sembang, maklumlah esok dah nak fly balik dah. Kami luangkan masa dengan tourist guard kami iaitu Miko-san. Thanks Miko sebab bawa kami pusing-pusing sekitar Chigoku dan Shikoku.

HIROSHIMA PEACE MEMORIAL PARK

Last day….

Sebelum meinggalkan Hiroshima kami sempat singgah di Atomic Bomb Dome sekejap. Tak sah rasanya kalau ke Hiroshima tidak ke tempat yg bersejarah ini.

Masih ingatkah korang dengan peristiwa gugurnya bomb atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945? Inilah tempat gugurnya bomb atom oleh tetera Amerika. Bomb ni meletup di udara, kesan dari peristiwa ini hampir 129,000 – 246,00 yang kerkesan. Hiroshima Memorial Park ni memang khususnya untuk memperingati kejadian letupan bom atom.

Sumpah weh hampir menitis air mata aku bila tengok video yg di tanyangkan.

Actually dalam jadual sepatutnya kami habiskan 4 jam di sini tapi di sebabkan hujan lebat kami terpaksa meninggalkan Hiroshima lebih awal.

Tetapi tak mengapa walaupun sekejap ianya mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa ini.

Dengan itu berakhirlah sudah trip 5 hari di Chugoku dan Shikoku. Kalau ikutkan memang tak sempat nak explore seluruh tempat ini dalam masa 5 hari.

Bagi korang yang ada peracangan nak ke sini di harap artikel ini dapatlah sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perjalanan korang kelak. Dan jangan lupa singgah ke Matta Fair 7 – 9 September 2018 nant iuntuk dapatkan info tentang destinasi menarik di Jepun dan juga tawaran hebat di booth kat sana. Singgah juga di Booth JNTO nanti ye. InshaAllah kalau diizinkan aku akan berada di sana juga nanti. Nak tanya apa pun dipersilakan.

*******

Muslim FAM Trip di Chugoku & Shikoku ini di bawakan khas oleh JNTO! Thanks please invite me again next trip

Special Thanks to Ikeda-san, Miko-san, Emila, Pojiegraphy, Miyatake-san and all members from Promo Tech for this awesome trip. Really have fun!

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 5 hari di Jepun aku guna pocket wifi dari RoamingMan!

Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

The post Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima appeared first on Faizal Fredley.

Terbang Ke Danau Toba 3 Hari 2 Malam Dengan Malindo Air

$
0
0

Terbang Ke Danau Toba 3 Hari 2 Malam Dengan Malindo Air. Danau Toba atau Lek Toba  meruapakan salah satu tasik semula jadi terbesar di Indonesia. Pelbagai kisah dan misteri pernah kita dengar tentang tasik ini. Jika korang berpeluang ke sini cubalah tanya-tanya penduduk tempatan tentang danau toba, nescaya korang akan impress dengan fakta serta kisah di sebalik tasik yang begitu indah ini.

Kalau nak tahu kisah mistik tentang Danau Toba boleh baca di sini: 10 Mitos Mistik Tentang Danau Toba Indonesia Mengikut Penduduk Tempatan. Kisah ini aku sendiri yang tulis.

Baru-baru ini aku berpeluang untuk ke Danau Toba. Thanks to Malindo Air kerana membawa aku ke sana. Dan tahniah juga kepada Malindo Air kerana menjadi Airlines pertama untuk Internasional mendarat ke Silangit Siborongborong Airport. Big applause for you. Landing yang cemerlang harus diberikan kepada pilot yang bertugas.

Ok korang gi usha cepat-cepat tiket Malindo Air ke Silangit kalau nak ke Danau Toba. Tak perlu lagi turun kat Medan sebab dari Medan ke Danau Toba agak jauh!

Apa yang ada di Danau Toba?

Aku percaya jika sebelum ini korang banyak dengar tentang sejarah sahaja kan? Terutama kisah masyarkat kaum batak yang hidup di Toba. Yes aku akui memang banyak story pasal kaum batak. Dan sekali lagi aku akui kisah mereka ini agak menarik. Aku yang tak minat sejarah pun boleh leka dengar kisah tentang kaum batak ini.

Lagi satu, kaum batak ini helok-helok dan pandai nyanyi ye. Kalau tak percaya tengok Judika dan Marcell. Aummm!!!!

Kat Danau Toba ni banyak tempat menarik yang korang boleh lawati. Salah satunya aku sarankan korang bermalam di Pulau Samosir. Cuba snediri macam macam orang tempatan hidup di sini. Memang menarik. terutama bila korang stay di pinggir pulau ini. Korang boleh tengok aktiviti mereka sebagai nelayan pulau. Lepas tu view juga cantik. Pemandangan kat sini macam New Zealand pun ada.

Betulkah kaum batak makan orang?

Haip!! Ini hanya mitos rasanya. Ada lah sejarah dia yang korang perlu tahu. Once upon a time… Dulu orang batak ni celebrate kejayaan mereka dengan memakan daging musuh yang telah tewas. Ada juga manusia yang buat dosa di beri makanan kepada kaum mereka sendiri. Itu salahs atu story yang aku dapat kat sana. Actually banyak lagi yang aku dapat cuma malas pulak aku nak cerita sebab panjang. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Kalau nak tahu korang kena datang sendiri di sini ya.

Tapi yang menariknya cara mereka hukum pesalah zaman dahulu. Agak kejam tapi dengan kepercayan mereka ketika itu agak menarik untuk dengar. Kot-kotlah korang jenis minat sejarah. Boleh ke Huta Siallagan. Menarik story di sini!

Mitos

Ikan Mas Gergasi

Ok aku nak cerita tentang mitos Pulau Toba. Terdapat Ikan Emas Gergasi Menurut kepercayaan masyarakat Toba terdapat 3 ekor ikan emas gergasi yang wujud di dasar tasik. Ikan emas tersebut berwarna hitam, merah dan putih yang melambangkan warna khas suku Batak. Ramai orang di Toba pernah melihat ikan-ikan ini berengang di perairan Danau. Dikatakan saiz ikan yang nampak melintasi Danau ialan 5-10 meter. Para nelayan juga risau jika ternampak ikan gergasi ini kerana ia boleh menyebabkan pukat rosak. Mengikut kepercayaan mereka juga tiap kali tertangkap ikan bersaiz besar, mereka memelihara ikan tersebut sebaik mungkin dan diberi makan telor dan jeruk. Untunglah ikan tu..

Kalau korang pernah dengar kisah ferry karam di danau ini, menurut mereka disebabkan penduduk tempatan dan pelancong ada buat benda tak baik. Beberapa hari sebelum ferry tu karam nelayan tempatan ada tertangkap ikn mas besar pasti diorang makan. Jadi penunggu danau ni bengang sebab tu ferry tu karam. lepas tu ada juga cerita pelancong kat dalam ferry tu buat bising dan langgar pantang. Sampaike hari ini banyak lagi mangsa yang belum dijumpai. Orang kata kena makan kat ikan mas besar tu.

Tapi biasalah kita datang tempat orang kena behave sikit.

Tempat-Tempat Menarik di Danau Toba

Batak Museum TB Silalahi
View from Batak Museum TB Silalahi

Batak Museum TB Silalahi

Ok ini part yang korang nanti-nantikan. Aku nak kongsi itinerary sepanjang aku di Danau Toba selama 3 hari 2 malam. Dalam ni aku senaraikan tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi.

Hari 1

  • Flight from Subang Airport (SZB)
  • Arrive at Silangit International Airport (DTB) – 45 minit
  • Heading to Samosir Island – 4 jam drive
  • Overland via Tele and enjoy beautiful sightseeing on the way
  • Samosir Cottage (stay 1 malam)

Hari 2

  • Niagara Parapat (Breakfast)
  • Explore Sigale-gale (Magical doll of the island)
  • Explore Tomb of King Sidabutar
  • Tomok Souvenir Shop
  • Heading to Aek Natonang (Explore)
  • Heading to Parhallow Hill (Explore)
  • Heading to Tomok Harbour
  • Heading to Parapat
  • Hotel Check-in (Niagara Lake Toba Hotel & Resort)

Hari 3

  • Heading to Huta Ginjang (Explore)
  • Heading to Batak Museum TB Silalahi (Explore)
  • Heading to Silangit International Airport

Ok 3 hari cukuplah. Kalau nak lebih rileks mungkin dalam 4-5 hari. Memandangkan masa aku agak limited sebab tuntutan kerja di Malaysia terpaksalah buat semua ni dalam 3 hari sahaja. Ikutkan nak tinggal terus je kat sana sebulan. Hahaa.

Tele

Tempat ni kena ke Pulau Simosir dengan kereta. Kalau naik Ferry memang tak nampak lah sebab atas bukit. View kat sini memamg cantik gila. Kalau bergambar kat sini background dia macam lukisan kot. Satu lagi aku nak pesan kat atas ni sejuk sangat. lebih sejuk dari genting. Angin pulak kuat. Cuaca dekat Silangit Airport pun boleh tahan sejuk. Walau cuaca panas tapi angin dia sejuk. Rasa macam dekat Cameroon pun ada.

Tempat lain-lain tu banyak tentang sejarah, paling aku tertarik sejarah macam mana datangnya Islam di Toba ni. Walaupun majority bukan Islam namun di sini banyak juga masjid. Lagi satu kalau nak makan makanan di tepi jalan sila hati-hati. Pilih kedai betul-betul sebab orang kat sini makanan favourite adalah sejenis binatang berwarna pink.

Satu lagi aku nak pesan, makanan kat sini sedap-sedap. Kalau korang yang suka makanan pedas memang aku katanya ini tempat korang. Ada satu kedai kat sebelah airport tu sedap.

Samosir Island

Pulau ni berada di tengah-tengah Danau Toba. Keluasan dia macam Singapura. Kat sini agak tenang biasanya kalau datang ke Toba mereka akan stay di pulau ini. Banyak guesthouse area sini. Nak masuk boleh melalui jalan darat ataupun ferry. Nak cepat naik ferry, nak enjoy the view boleh drive.

Ok lah itu sahaja yang aku boleh kongsikan…. Semoga bermanfaat.

********

Malindo Air

Artikel ini hasil dari kolaborasi bersama Malindo Air dan Indonesia Tourism… Malindo Air kini terbang ke Silangit Siborongborong 4 kali seminggu. Dengan harga jauh lebih rendah dari penerbangan lain Malindo Air adalah satu pilihan bijak untuk travel. Selain Indonesia, Malindo Air juga menawarkan penerbangan ke Australia, Nepal, India dan banyak lagi..

The post Terbang Ke Danau Toba 3 Hari 2 Malam Dengan Malindo Air appeared first on Faizal Fredley.

Travel Ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna Dan Tawau Dalam 5 Hari | Tempat Menarik Di Sabah

$
0
0

Travel Ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna Dan Tawau Dalam 5 Hari | Tempat Menarik Di Sabah. Sabah merupakan antara negeri yang sangat kaya dengan lautan yang cantik, air yang jernih, Hutan tropika tertua di dunia juga terletak di Sabah. Sebab itulah, Sabah merupakan destinasi pelancongan yang cukup popular di Malaysia. Tidak hairanlah tiket nak ke Sabah lebih mahal dari travel ke Indonesia.

Tapi jangan risau pasal tiket flight sebab dengan adanya Air Asia korang boleh dapatkan tiket ke Sabah dengan harga yang sangat murah. Tu kalau korang pandai beli dan ambil peluang. Lagi-lagi bila Air Asia ada buat promo. Selalulah keep update dengan Air Asia ya. Percayalah korang tak kan menyesal. Pi follow twitter, facebook dan instagram Air Asia cepat!

Sabah! Bahagian timur Sandakan – Lahad Datu – Semporna – Tawau

Untuk trip kali ini aku luangkan selama 5 hari di timur sabah. Antara destinasi dalam persinggahan aku adalah Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. 4 destinasi ini cukup-cukup untuk cover dalam masa 5 hari. Memang padat tapi dengan cuti yang limited untuk cover 4 bahagian ni pun dah kira berbaloi.

Sandakan

Ok aku mulakan dengan Sandakan. Ini kali kedua aku ke Sandakan. Jika sebelum ini aku touch down kat Sandakan dan terus ke Kinabatangan untuk Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Review. Serius berada di hutan tropika Sabah memang sangat menenangkan. Di kelilingi oleh pelbagai spesis monyet dan menyelusuri arus sungai Kinabatangan pada waktu malam dan pagi memang satu pengalaman yang cukup berharga. Tetapi bukan itu yang hendak aku cerita untuk trip kali ini.

Kali ini aku fokus di bandar Sandakan. Sebab last time memang tak sempat nak berjalan-jalan di Sandakan jadi ni kira trip revenge lah ni.

Sepilok Rehabilitation Centre

Apa yang aku boleh katakan bandar Sandakan ni sangat bersih dan kalau korang ni jenis suka bangunan lama datanglah kat sini. Banyak bangunan penuh sejarah. Walaupun lama bangunan ini masih dijaga dengan baik. Dan paling best cuaca kat sini sejuk tapi tak sejuk sangat dan tak panas. Ah susahlah nak explain.

Lagi satu apa yang aku paling suka Seafood di Sandakan adalah antara yang paling murah di Sabah. Penggemar seafood korang datanglah Sandakan kalau nak makan makanan laut ni.

St. Michael & All Angel’s Church
Agnes Keith House & English Tea House

10 Tempat Menarik di Sandakan

  • Borneo Sunbear Conservation Centre
  • Sepilok Rehabilitation Centre
  • Rainforest Discovery Centre
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
  • Lunch at Ikan Bakar Pasar Sim-Sim
  • Puh Jih Shih Temple
  • St. Michael & All Angel’s Church
  • Agnes Keith House & English Tea House
  • Dinner at Seafood Sim Sim Kau Kee
  • Four Points by Sheraton Sandakan – #fourpointssandakan

Okay di sebabkan kalau aku nak huraikan 10 tempat menarik di Sandakan ni satu persatu alamatnya memang panjanglah artikel aku kali ini. Jadi untuk jimatkan masa aku dan juga masa korang untuk membaca aku skip dulu. Nanti aku akan update secara detail lagi untuk 10 tempat ini.

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Lahad Datu

Satu malam dekat Sandakan, esok pagi kami teruskan perjalanan ke Lahad Datu. Sebelum mulakan perjalanan kami breakfast siap-siap di San Da Gen Kopitiam. Ok kafe ni sangat popular dekat sini. Rugi kalau korang tak singgah. Banyak makanan sedap dan tradisional kat sini. Dan jangan lupa cuba UFO tart. Sangat famous nih! Sedap.

San Da Gen Kopitiam

Selepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Lahad Datu yang mengambil masa hampir 3 jam perjalanan menggunakan kereta. 3 jam tu baru sampai kat Lahad Datu yer. Destinasi aku yang seterusnya adalah dekat Tabin Wildlife yang akan mengambil masa lagi 1 jam 30 minit.

Orang kata Lahad Datu ni bahaya dikawal oleh tentera lepas tu dengan krisis Sulu membuatkan ramai yang takut nak datang Lahad Datu. Ok sini aku nak betulkan keadaan di Lahad Datu bukanlan seperti korang bayangkan. Bandar LD selamat dan macam bandar-bandar lain juga. Kedai makan buka, korang boleh jalan-jalan dekat town. Tak bahaya aih. Jangan risau kalau nak datang Lahad Datu yer. Meh meh..

Tabin Wildlife ni terletak di pedalaman. Ambil masa 1.5jam driving oleh pemandu dari Tabin Wildlife. Sebab jalan dia sangat kecil dan sepi. Macam korang masuk dalam hutan. Sebelum mulakan perjalanan yang mencabar ni kami singgah lunch dulu dekat bandar Lahad Datu. Isi perut selepas 3 jam perjalanan lepas tu nak sambung lagi 1.5jam. So tambah lagi membuta dalam kereta… Jadi kerja kami hari kedua tidur sahajalah sebab aktiviti akan bermula sebaik kami jejakkan kaki di Tabin Wildlife Resort. Ada aktiviti malam!

Tabin Wildlife Resort
Tabin Wildlife Resort

Perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan yang penuh kehijauan, sepanjang perjalanan kami ada dengar bunyi Gajah. Bukan main excited lagi masa tu dengan harapan akan jumpa Gajah. Tapi menurut pemandu pelancong, Gajah dah bergerak ke tempat lain. Kemungkinan nak jumpa Gajah tu agak tipis. Tapi tahi gajah adalah kami jumpa.

Tabin Wildlife

Feeling bila datang kat tempat ni memang lain macam weh. Lagi-lagi kalau korang jenis tinggal dekat hutan batu. Dapat dengar bunyi alam dan sungai pun dah buat korang rasa tenang. Di keliling dengan pokok-pokok serta aliran sungai dan juga ditemani oleh sang monyet buatkan korang akan hargai kehidupan korang. Tapi aku nak ingatkan kalau boleh jangan dekat dengan monyet kat sini sebab mereka agak nakal sikit. Biasalah hidupan liar kan. Hormat sikit sebab kita datang tempat dia.

Mud Volcano
Air Terjun Lipad

Ok nak cerita sikit pasal monyet ni. Hari terakhir sebelum balik kami punyalah excited nak mandi sungai tepi resort ni. Sekali penuh dengan monyet. Kami punyalah tunggu dekat 30 minit biar mereka habis mandi dulu tapi hampeh. Nampaknya dia tak benarkan kami mandi kat sini. Mereka lepak kat sungai tu sampailah kami putus asa nak tunggu. Last-last mandi kat resort jelah. Elok ja kami dah siap mandi mereka pun blah dari sungai itu..hahaha kohaja betul.

Selepas check in, kami ambil masa untuk freshkan diri, mandi sebelum mulakan aktiviti di hari kedua. Aktiviti dimulakan dengan jalan-jalan di sekitar resort. Sebagai permulaan boleh lah untuk panaskan badan.

Balik dari jalan-jalan, bersihkan diri dan terus dinner. Makanan not bad lah untuk dalam hutan. Sedap! Ada seafood lagi, ada rusa. Perghh! First time juga aku makan daging rusa. Lepas dinner kami teruskan aktiviti waktu malam.

Aktiviti ni untuk tengok hidupan liar yang keluar waktu malam sekitar resort ni. Kami naik jeep bukan jalan kaki. Sepanjang aktiviti banyak juga binatang kami jumpa. Paling excited tengok kucing hutan. Selain tu ada jumpa babi hutan (so cute), musang pandan, musang kat atas pokok (tak pasti ianya spesis musang pandan ke musang lain sebab musang pandan duduk kat bawah), kucing batu dan macam-macam lagi lah.

Paling tak leh bla pesanan jaga-jaga kalau jumpa musang makan ayam tepi jalan. Sampai kesudah aku fikir benda tu biasa. Semasa aku membesar orang tua-tua memang cakap musang makan ayam. Tapi bila dah besar setahu aku musang makan buah. Hahaha. Dah balik baru diorang bagitau maksud musang makan ayam tu apa benda. Harre betoilah. Selepas 28 tahun baru aku faham maksud nenek aku dulu cakap musang makan ayam nak bagi aku tidur awal.

Air Terjun Lipad
Air Terjun Lipad

Satu lagi aku suka tentang kawasan pedalaman ni adalah langit yang sangat biru waktu siang dan malam korang boleh tengok pelbagai bintang. Shooting star dan buruj. Dah lama tak dapat tengok langit clear macam ni. Kalau kat KL jangan haraplah nak jumpa langit macam ni setiap masa kelabu biru jer.

Kesokkan paginya, kami awal lagi jam 5.30 dah siap breakfast dan bergerak untuk sesi Morning Bird Walking. Pejalanan ambil masa 30 minit. Tempat pertama kami singgah adalah Mud Volcano. Jangan tak tahu kat Sabah pernah ada Volcano satu ketika dahulu. Kalau tak silap namanya Gunung Berapi Maria. Kalau salah mapunkan daku ya. Tak dengar betul-betul apa yang guide tu cakap. Kat Mud Vocano ni masing-masing kena calit sikit kat muka elok untuk kulit wajah katanya. Sebab tu kulit aku bersih. Gituh!

Dah puas main Mud kami gerak mandi air terjun Lipad. Bolehlah mandi-mandi sekejap bersihkan badan. Bagi aku mandi no 2 yang penting kena bergambar. Air dia sejuk cuma agak keruh mungkin hujan semalam.

Semporna

Hari ketiga kami teruskan perjalanan ke Semporna. Dari Lahad Datu dalam 2 jam jer. Tapi jalan agak mencabar. Harap bersabarlah ye semasa driving. Sampai agak petang. Semporna adalah salah satu destinasi impian aku sejak kecil lagi. Bila lihat dokumentari pasal Semporna aku sentiasa excited. Akhirnya dapat juga aku sampai kat sini. Thanks to Air Asia dan Sabah Tourism Board untuk trip yang awesome ni.

Bohey Dulang
Bajau Laut Village
Bajau Laut
Rumah orang bajau laut

Kami stay di Scuba Tiger Semporna Holiday Resort. Betul-betul tepi laut. Petang-petang boleh lepak kat tepi laut dengan pemandangan yang cantik. Air dia perghh jernih weh. Katanya kat sinilah tempat yang Maya Karim shooting dalam filem Duyung tu kot. Ala yang dalam sangkar tu.

Scuba Tiger juga yang bawa kami pergi Tun Sakaran Marine Park. Antara pulau yang sempat kami singgah adalah Bohey Dulang, Mantabuan Island dan juga Sibuan Island. Dalam perancangan nak daki bukit kat Bohey Dulang tapi sayang tak dibenarkan sebab hari sebelumnya hujan. Jadi trek agak licin dan merbahaya. Dengan berat hati terpaksa batalkan sahaja. Nampaknya kena datang lagi nih! Definitely.

Semporna
Bajau Laut Village
Bajau Laut Village
Bajau Laut Village

Air dia weh.. memang tak leh lupa. taraf-taraf Maldives beb! Ha lagi satu nak rasa fresh seafood pun memang sesuai datang Tawau. Kalau nak ambil pakej Scuba ke apa ke boleh hubungi Scuba Tiger Semporna Holiday Resort.

Tawau

Akhirnya sampai ke destinasi terakhir. Dari Semporna nak ke Tawau tak jauh sangat dalam 1 jam sahaja. Kami sampai di Tawau dah dekat malam. Jadi aktiviti akan bermula pada keesokkan harinya.

Tawau Hills Park – Bombalai Hill
Tawau Tanjung Market
Tawau Tanjung Market
Columnar Basalt at Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos

Pagi hari lepas breakfast kami buat aktiviti hiking dalam misi mencari pokok tropika tertinggi di dunia setinggi 194meter. Laluan just okay tak tuff sangat dalam 20 minit sahaja. Tapi ada pacat! Kalau korang sejenis takut dengan pacat sila bawa siap-siap insect repellent.

Balik dari hiking kami singgah kejap di Teck Guan Cocoa Museum, kat sini kami akan mengenali cara-cara membuat koko dan produk keluaran koko. banyak juga kegunaan koko ni rupanya. Masa kecil-kecil dulu selalu lah aku makan buah koko sebab kat belakang rumah aku ada pokok koko yang aku tanam sendiri yer.

Seperti biasa sebelum balik semenanjung kami singgah kat Tawau Tanjung Market untuk bawak balik sedikit cenderamata. Korang kalau nak cari ikan bilis mata biru atau keropok yang popular di Sabah sila datang kat Tawau Tanjung Market. Aku tak beli apa pun memandangkan lagi beberapa hari dari tarikh trip ni aku pun akan jadi orang Sabah. Lagi seminggu kot akan datang balik ke Kota Kinabalu untuk my first wedding dengan orang Sabah.

Columnar Basalt at Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos
Sedap pulak biskut dari produk koko ni

Otw ke airport kami singgah sekejap di Columnar Basalt di Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos. Apa benda tu? tempat ni adalah air terjun batu bersusun kalau dalam bahasa melayunya. Air terjun ni satu satunya air terjun yang terjadi akibat gunung berapi dan korang boleh berdiri di atas batu yang bersusun tu. Sayang sekali masa tu aku dah pun pakai pakaian nak balik KL dah kalau tak memang mandi gak kat situ. Tempat ni masih ramai lagi yang belum tahu. Antara Hidden Gems di Sabah!

Dengan itu berakhirlah sudah #VacaywithAirAsia kami!

Oklah aku bagi sinopsis secara ringkas tentang trip ini ya. Aku tahu korang jenis malas nak membaca.

Day 1, 29 October 2018, Sandakan

  • Borneon Sunbear Conservation Centre (Tempat Menarik)
  • Sepilok Rehabilitation Centre (Tempat Menarik)
  • Rainforest Discovery Centre (Tempat Menarik)
  • Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary (Tempat Menarik)
  • Lunch at Ikan Bakar Pasar Sim-Sim (Tempat Makan)
  • Puh Jih Shih Temple (Tempat Menarik)
  • St. Michael & All Angel’s Church (Tempat Menarik)
  • Agnes Keith House & English Tea House (Tempat Menarik)
  • Dinner at Seafood Sim Sim Kau Kee (Tempat Makan Seafood)
  • Four Points by Sheraton Sandakan – #fourpointssandakan (Stay)

Day 2, 30 October 2018, Lahad Datu

  • San Da Gen Kopitiam (Breakfast)
  • Tabin Wildlife Resort (Stay)

Day 3, 31 October 2018, Semporna

  • Mud Volcano (Tempat Menarik)
  • Lipad Waterfall (Tempat Menarik)
  • Scuba Tiger Semporna Holiday Resort – #TheScubaTigerExperience (Stay)

Day 4, 1 November 2018, Tun Sakaran Marine Park

  • Bohey Dulang (Tempat Menarik)
  • Mantabuan Island (Tempat Menarik)
  • Sibuan Island (Tempat Menarik)
  • LA Hotel Tawau (Stay)

Day 5, 2 November 2018

  • Tawau Hills Park – Bombalai Hill (Tempat Menarik)
  • Teck Guan Cocoa Museum (Tempat Menarik)
  • Tawau Tanjung Market (Tempat Menarik)
  • Columnar Basalt at Giram Nek Legek, Kg. Balung Cocos (Tempat Menarik)

Artikel ini hasil kerjasama dengan Sabah Tourism Board dan Sponsored by Air Asia. Special Thanks to all who makes this journey very Awesome. Faizal Fredley – Desember 2018 #VacaywithAirAsia #sabahtourism #sabahokbah #AirAsia

The post Travel Ke Sandakan, Lahad Datu, Semporna Dan Tawau Dalam 5 Hari | Tempat Menarik Di Sabah appeared first on Faizal Fredley.

6 Hari 5 Malam di Chiba Jepun Beri Pengalaman Berbeza!

$
0
0

Jepun boleh dikatakan antara negara favourite aku buat masa ini, dalam setahun 5-6 kali jugalah aku ke sana. Banyak destinasi menarik yang ada di Jepun yang korang boleh explore sebenarnya. Dari segi culture, instagram places dan makanan semua best di Jepun. Sebelum ni aku dah jejakkan kaki di Tokyo, Hokkaido, Kobe, Shikoku, Hiroshima, Okayama dan banyak lagilah. Jepun juga antara destinasi terbaik untuk tengok bunga sakura. Baru-baru ni aku berjaya masukkan satu lagi destinasi di Jepun dalam list travel aku iaitu Chiba.

Chiba boleh dikatakan juga antara destinasi yang masih belum ramai yang familiar. Agak baru lagi buat pelancong Malaysia. Menariknya Chiba ini banyak hidden spot yang korang boleh pergi. Last januari aku ke sana selama 4 hari 3 malam (Actually 5 hari 4 malam) sebab my flight is delay kerana Airbus MAS A380 tak dapat mendarat di Narita Airport waktu tu landasan problem kena langgar oleh flight Japan Airlines (JAL). So dia terpaksa mendarat di Kansai Airport. Sehari juga delay. Nasib MAS bagi penginapan dan baucer percuma untuk penumpang. Thanks to MAS dan semua staff MAS di Narita Airport kerana berjaya handle masalah ini dengan cemerlang sekali. First time juga aku mengalami situasi flight delay sehari.

Chiba terletak di area Kanto, di mana Kanto ni area yang popular di Jepun. Dalam Kanto area ni juga ada Tokyo, Kanagawa, Gunma, Tochigi, Ibaraki dan Saitama. Kira lokasi dia sebelah dengan Tokyo lah senang kira. Airport pun adalah Narita. Chiba juga adalah lokasi ke-6 popular di Jepun tau.

Nama Chiba berasal dari 2 perkataan Kanji iaitu, “thousand” dan “leaves”. Kalau nak dicerita tentang sejarah Chiba ni terlalu banyak untuk diceritakan mungkin ambil masa 1 minggu kot kalau aku nak tulis. Jadi aku ringkaskan je lah pasal sejarah Chiba ni kan. Aku tahu korang pun bukan minat sejarah sebab kelas sejarah korang tidur je termasuk aku. Itu dulu lah rasa menyesal juga tidur dalam kelas sejarah sebab sejarah ni menarik sebenarnya.

Ok tak nak cerita panjang aku teruskan dengan aktiviti dan tempat menarik sepajang 3 hari aku dekat sana ya! Hari keempat tak kira sebab aku stay kat hotel jer.

DAY 1

Flight aku malam, aku suka ambil flight malam sebab boleh jimatkan masa dekat sana nanti. Penerbangan MAS A380 depart from KLIA jam 11.30 malam dan sampai Narita Airport jam 7.15 pagi keesokkan harinya. Alhamdulillah sepanjang berada di atas awan tak ada pergolakan angin. Rasa tenang jer. Aku paling takut naik flight bila ada turbulence. Scary siot. Sampai Narita aku sempatlah solat subuh dekat airport. Buat yang tak pernah ke Jepun, dekat airport ada disediakan tempat solat dan kalau korang nak segarkan diri ada juga ruang untuk mandi. Boleh sewa sejam or dua jam. Maklumlah aktiviti aku akan terus bermula sebaik sahaja aku tiba di tanah matahari terbit ni. Jadi kena fresh dan cukup rehat. Baru best nak jalan-jalan.

Naritasan Shinshoji Temple

Naritasan Shinshoji Temple
Naritasan Shinshoji Temple
Naritasan Shinshoji Temple
Omotesando

Jam 8.30 pagi kami dah start bertolak dari terminal 2 untuk ke lokasi pertama iaitu Naritasan Shinshoji Temple. Dari Narita Airport ke Naritasan Shinshoji Temple hanya mengambil masa 30 minit sahaja. Sekejap sangat.

Naritasan Shinshoji Temple ini popular dengan tempat untuk Sightseeing & shopping. Kalau datang Jepun memang tak sah ok tak singgah temple dia. Setiap temple yang ada dekat Jepun sangat berbeza, kadang-kadang nampak sama tapi lain. Masing-masing ada kisah sendiri.

Naritasan Shinshoji Temple adalah temple Budha yang sangat popular di Bandar Narita dan terbesar. Terletak berhampiran dengan Narita Airport. Ianya telah wujud hampir 940 tahun dahulu. Lama gila kan. Bangunan temple ni terletak betul-betul di landasan Naritasan dan mempunyai kawasan yang agak luas di sekitarnya. Terdiri daripada 3 tingkat Pagoda yang dinamakan The Great Pagoda of Peace.

Paling best Naritasan Shinshoji Temple juga ada tempat shopping di Omotesando dimana korang boleh beli souvenir dan cuba makanan tradional Jepun. Tempat ini agak menarik kerana ianya masih lagi mengekalkan structure Jepun di zaman samurai dahulu. Kalau korang nak rasa berada di bandar lama Jepun silalah datang ke sini. Nak lagi best korang boleh lah pakai pakaian Samurai Jepun jalan-jalan di sekitar ini. Serius aku suka suasana dekat Omotesando sebab memang tenang gilalah. pastu ada feel Jepun zaman dahulu.

Yoneya Tourist Centre

Rindu makanan Jepun

Habis jalan-jalan sekitar Naritasan Shinshoji kami terus gerak ke Yoneya Tourist Centre untuk lunch memandangkan perut pun dah mula berkeroncong. Makanan standard makanan Jepun, they give everything dalam satu plate tu. Nampak sikit tapi mengeyangkan. Ah rindu gila dengan makanan Jepun ni. Pada mereka yang risau halal tu dont worry, makanan dekat Yoneya Tourist Centre semestinya Halal.

Sanbu Narutou

Sammu Naruto Strawberry
Ommnono… Sedap, ni rasa Peach

45 minit kami ambil masa untuk habiskan hidangan yang disediakan. Dah siap makan kami teruskan perjalanan di hari pertama ini ke Sanbu Narutou untuk aktiviti strawberry picking.

Strawberry kat sini bukan macam kat Cameroon ya. Pada yang tak tahu strawberry kat sini ada banyak jenis dan macam-macam perisa yang ada. Jika di Okayama aku dah cuba Peach picking tapi dekat Chiba aku cuba Strawberry pulak.

Sammu Naruto Strawberry ni memang sangat popular untuk mereka yang suka makan Strawberry. Terbanyak banyak jenis dan yang paling best Strawberry yang ada rasa macam buah Peach tu. Pergh sedap. Strawberry + Peach. Antara strawberry paling sedap pernah aku makan seumur hidup aku. Makan lah banyak mana pun.

Kalau korang naik kereta dari Narita Airport hanya 40 mini jer. Lokasi pandai-pandai guna waze search Sammu Naruto Strawberry. Kalau korang naik public transport boleh naik train dan turun dekat Wagamachi Goannaidokoro Stn.

  • Access: By Train turun dekat Wagamachi Goannaidokoro Stn.
  • Masa: 10.30am- 3pm (December – May)
  • Harga: 300 – 2,000 Yen
  • Alamat: Wagamachi Goannaidokoro, 305, Tsube, Sammu City, 289-1345

Choshi City sightseeing

Tokawa Station

Seterusnya kami ke Choshi City untuk belanja mata dengan pemandangan yang terbaik di Chiba. Dari Strawberry picking tu ambil masa dalam 2 jam 30 minit dengan kereta.

Choshi City ni adalah bandar nelayan. Kampung dia agak menarik persis macam kawasan rumah Doraemon tu. Macamlah tu lah layout dia. Pastu dia bersebelahan dengan laut. Memang cantiklah kawasan ni. Tenang, tak banyak kenderaaan, nyaman memang best.

Kat sini juga ada stesen kereta api lama iaitu Tokawa. Boleh tengok kereta api. Sangat Instragramable!

Memandangkan hari dah makin gelap kami terus ke Hotel untuk rehatkan diri di hari pertama ini. Jarak ke hotel dalam 5 minit jer.

Inubohsaki Hotel

View cantik, sebab tu aku malas nak keluar lepas check in
Dinner Time

Hotel ni best. View laut dan lighthouse. Kalau korang rajin malam tu jalan-jalanlah sekitar hotel. Aku just rehat jer dalam hotel. Penat bossku. Lagipun kat hotel ni ada Onsen. Kalau datang Jepun tak masuk Onsen memang rugi!

Lagipun musim ni masih lagi winter, so cuaca sejuk lagi. Lagi-lagi waktu malam. Tiada aktiviti lain yang best untuk dilakukan selain lepak dekat Onsen. Ini yang best kalau stay dekat hotel luar kota. Sebab ada Onsen semula jadi.

Dah segar mandi Onsen, masa untuk tidur. Berakhirlah sudah cerita aku di hari pertama.

DAY 2

Nice View, belakang aku punya hotel je pun
Lighthouse, sumpah penat!

Hari kedua kami bertolak seawal jam 8.45 pagi selepas breakfast di Hotel. Destinasi pertama adalah Inubosaki Lighthouse, Inubosaki Terasu Terrace. Tempat ni terletak belakang hotel yang aku stay tu jer. Lighthouse ni antara spot wajib korang pergi jika ke Inubosaki. Dari atas tu boleh tengok seluruh pemandangan sekitar Inubosaki. Bagi yang gayat maybe boleh tengok dari bawah jer. Tu pun dah cantik gila.

Lighthouse ini dibina pada tahun 1874 dah bercirikan reka bentuk British. Lighthouse ini juga tersenarai antara top 100 Lighthouse terbaik di dunia dan top 50 di Jepun.

Inubosaki Lighthouse

  • Access: By Train Choshi Electric Railway Inubo Sta.
  • Masa: 8.30am- 4pm
  • Harga: 200 Yen

Inubosaki station, Senbei experience

Senbei yang dah hancur aku kerjakan

Lepas tu kami singgah kejap di Inubosaki stasion untuk buat Senbei. Senbei ni macam biskus beras kot. So kami berpeluanglah bakar biskut tu dah siap bakar kena cicah sos macam kicap masin tu. Sedap kalau pandai balancekan sos tu. Kalau terlebih sos akan rasa masin. Aku buat 2 kali sebab first tu tak jadi biskut aku hancur aku tekan kuat sangat. haha dasar tangan tak de seni.

Sunrise Kujukuri

Then, kami terus ke Sunrise Kujukuri untuk makan tengah hari… Makanan macam biasa set makanan Jepun…

Mother Farm

Mother Farm
Kalau datang musim bungai lagi cantik
Mustard Flowers with Cheeseeland
Farm Show

Dah kenyang terus gerak ke Mother Farm. Dari Kujukuri nak ke Mother Farm ni jauh sikit. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandandangan sangat indah. Biasalah pemandangan gunung di Jepun ni. Memang cantik. Sebelum sampai dekat Mother Farm, aku singgah kejap untuk bergambar tepi jalan tu. Sebab cantik sangat. Rasa rugi je kalau tak singgah. Tapi tak leh lama, cuaca sejuk gila.

Dalam jam 2.15pm sampai dekat Mother Farm. Dalam fikiran serius aku terfikir kenapa Mother Farm, adakah Farm ni ada mak-mak yang akan datang sambut aku nanti. Pastu dia jemput minum-minum kat rumah dia.

Dah sampai ternyata apa yang aku bayangkan jauh meleset. haha. Rupanya Mother Farm ni macam tempat festival gitu, ada kedai souvenir, pastu ada ladang bunga yang sangat luat. Bunga warna kuning tu. Biasa ko akan nampak dalam drama Korea jer. Macam dekat Jeju Island. Haa kat sini pun macam tu lah tapi kena datang pada musim bunga. Aku datang musim sejuk jadi bunga baru nak tumbuh.

Selain tu ada perlbagai permainan macam karnival tu. Ada Ferris wheel. Lepas tu ada show binatang kat situ. Ada Illama pastu boleh bagi makan kat kambing biri-biri. Hati-hati biri-biri kat sini ada elektrik.

Sejuk-sejuk makan Ais Krim

Kalau nak bawa anak-anak memang sesuai lah. Kalau nak rasa romantik boleh datang musim bunga.

The best time nak datang sini ofkoz musim bunga sekitar Februari – Mei. Farm ni luas nakhabiskan masa kat sini kena satu hari kot. Baru puas. Paling menjadi tumpuan adalah ladang bunga kuning atau Mustard Flowers Ada dekat 3.5 juta bunga kat sini dan ladang Mustard terbesar di Kanto area. Selain Mustard ada juga Poppy Flowers pada bulan Mei hingga September.

Eh kalau nak cerita aktiviti kat sini memang melampau aku rasa sebab banyak sangat. Ada Blueberry picking, Horse Riding, Food Tasting, Camp Site, Waku-waku Land & Amusement Park, Ais Krim yang sedap dan Fresh, Farm Show dan banyak lagilah…

  • Access: By Train dari Chiba boleh turun dekat Kimitsu Station (JR Uchibo Line)
  • Access: By Bus naik bas Aqua-Line Nonstop ke Sanukimachin Station / Kimitsu Station lepas tu naik bas ke Mother Farm
  • Masa: 9.00am- 5pm (Feb – Dec), 9.30am – 4.00pm (Dec – Jan)
  • Harga: 1,500 Yen (Dewasa), 800n Yen (Kanak-kanak)

Umihotaru

Sunset with Mount Fuji Background
Best Sunset View
Senang untuk pelancong muslim
Lepas order

Sebelum balik hotel, kami singgah di Umihotaru untuk dinner. Tempat ni bukan sekadar Dinner jer taw, tapi best spot untuk tengok sunset berlatarbelakng Gunung Fuji. Sambil tu boleh tengok flight yang melintasi Gunung Fuji juga. Istimewanya Umihotaru, dia macam tempat parking kereta bertingkat tapi dalam tu macam ada Mall. Sumpah menarik gila. Food Court kat sini kena order pakai vending machine. Untuk muslim akan ada tanda halal untuk makanan yang korang nak nanti. Canggih.

Dah Dinner kami terus ke Hotel untuk habiskan aktiviti di hari kedua. Penat beb tapi berbaloi. Hari kedua aku stay di Washington Hotel Kisarazu.

DAY 3

Hari ni kita naik train

Hari ketiga aku start keluar jam 9 pagi. Dah satu malah recharged tenaga, hari ketiga lebih bersemangat. Biasalah kalau trip jauh-jauh macam ni biasa waktu malam aku rehat kat hotel jer. Tak de maknanya nak merayau keluar malam-malam. Penat je nanti. Melainkan aku stay satu tempat boleh jer keluar merayau waktu malam. Hari ketiga banyak kena jalan kaki dan travel by train jer. Memang akan guna banyak tenaga.

Kisarazu

Ni lah train yang landasan kat atas tu
My step in Chiba
Tako-Tako
Takoyaki
Sedap. Tak tipu weh

Aktiviti pertama adalah merayau sekitar Kisarazu. Dari Kisarazu station aku ke Yoshikawa Kouen Station. Specialnya train ni, track di kat atas, bila tengok dari luat train ni macam tergantung. Scary pun ada. Satu lagi yang aku perasan design setiap train kat sini berbeza. Ada tema tersendiri based on watak anime.

Masa jalan-jalan tu aku nampak ada kedai Tokoyaki. Perghh sedap gila tokoyaki dia. Makan panas-panas dalam keadaan cuaca sejuk macam tu memang heavenlah. Tako Tokoyaki nama dia, alamak aku macam dah lupa dah alamat kedai tu. Nanti aku cuba update balik bila ingat.

Chiba Islamic Culture Center

Chiba Islamic Culture Center
Tempat solat
Masing-masing excited nak beli makanan halal, padahal tinggil 2 sehari je lagi

Sambung lagi jalan-jalan, aku singgah di Chiba Islamic Center untuk solat Zohor. Boleh turun dekat stesen Nishi Chiba Station. Kat situ terjumpa dengan beberapa student Malaysia yang study dekat Chiba University. Sempat sembang kejap. Lepas tu kat bawah ada satu kedai runcit yang jual makanan halal. Banyak makanan dari Malaysia dan Indonesia kat sini. Kot-kot korang nak beli makanan halal boleh je datang sini. Nak bawa dari Malaysia macam memyusahkan pula. Actually kat Jepun ni banyak je korang boleh dapat makanan halal dari Malaysia.

Suchi Ichi – Experience making sushi

Sushi Making

Dari situ aku naik train lagi ke Makuhari Hongo Station untuk Experience making sushi. Ingat senang je nampak seketul macam tu, tapi kalau tak der skill memang tak jadi Sushi sangat. Dah buat kami terus makan. Penat berjalan tapi perut penuh sebab asyik makan je kerja. Memang aktiviti aku hari tu macam jalan-jalan cari makan pun ada.

Mitsui Outlet Park Makuhari

Tak sempat habiskan Sushi aku terus kena gerak untuk Dinner. hahah Serius rasa macam what??? Kenyang lagi kot. Tapi bab makan abang tak tolak. Haha. So dah habis makan Sushi terus gerak ke Kaihin Makuhari Station untuk Shopping dan Dinner di Mitsui Outlet Park Makuhari. Time to shopping. Tapi sayang shopping bukan aku punya favourite. So ikut je lah member-member yang kaki shopping produk dari Jepun. Abang ada lah beli sikit produk kecantikan jenama apa tah untuk bini abang.

Sampai malam juga ikut diorang shopping. Ha satu lagi kat Mitsui Outlet Park Makuhari food court ada makanan halal. See tak susah pun nak cari makanan halal di Jepun ni.

Dah settel masa untuk balik hotel tidur. Hotel Port Plaze Chiba menjadi destinasi bermalam aku untuk hari ketiga. Penat tah yah cakap lah sebab seharian jalan kaki turun naik train. Boleh kurus kalau hari-hari macam ni.

DAY 4

Last day, tak tahu nak exited atau nak sedih sebab trip dah sampai ke penghujung. Seawal jam 9.00 pagi dah gerak. Kali ni nasib baik naik kereta. Hahah, nampak tak aku jenis travel pemalas kadang-kadang. Tapi biasalah bila dah last day ni kita akan penat. Nak bergambar pun dah tak se excited macam first day.

Sakae Town Doramuno Sato

Sakae Town Doramuno Sato

Dari hotel aku terus ke Sakae Town Doramuno Sato. Sakae Town ni town lama yang korang boleh nampak dalam cerita Jepun samurai semua tu. Kat sini juga korang boleh sewa baju tradional Jepun untuk jalan-jalan sekitar Town. Kalau korang bertuah boleh terserempak dengan pelakon Jepun yang buat shooting kat area ni. Aku sewa pakaian Samurai sebab macam Macho je nampak. Memandangkan aku pergi musim sejuk, agak beku juga dengan pakaian samurai jalan sekitar town ni. Namun demi beberapa keping gambar untuk diupload dekat Instagram daku gagahkan jua diri ini tahan sejuk. Actually baju aku pakai tu baju Ninja bukan Samurai.

Sakae Town Doramuno Sato juga antara favourite destinasi aku juga sepanjang dekat Chiba ni. Dia punya feel tu lain macam beb. Kalau datang Chiba memang rugi kalau tak singgah sini.

Kat sini juga ada rumah Samurai dan rumah-rumah petani zaman dahulu, masa zaman Edo sampailah era Meiji. Pelancong yang datang kat sini juga boleh ambil bahagian dalam pembuatan kraftangan. Aku macam biasa asalkan dapat bergambar cukuplah.

Dekat Boso-no-Mura Museum juga korang boleh sewa Kimono. Nampak kiut pula tengok gegadis pakai Kimono. Bila lagi kan datang Jepun nak pakai Kimono pastu jalan-jalan sekitar kawasan Sakae Town. Selain Kimono dan Samurai ada juga Hakama dan Ninja.

Singgah makan
With tour guide

Selain budaya dan budi bahasa yang tinggi, orang Jepun dalam menghasilkan sesuatu macam replika memang kelas A. They give everything untuk korang rasa berada di era Jepun dahulu. Macam makanan diorang juga. They give everything. Salutt…

Kalau korang datang dengan keluarga ada anak kecil memang mereka akan seronok sangat boleh pakai baju tradisional Jepun ni. Riang ria diorang bermain nanti.

Tips: Aku nak pesan sila sediakan cash untuk sewa baju dekat sini sebab dia tak terima kad.

Sawara city

The Old City Edo Period of Sawara
Sawara City

Actually hari last ni semua tempat yang aku pergi memang best gila. Lepas Sakae Town aku gerak ke Sawara city. Sawara City sangat populat dengan pengankutan air, zaman dahulu diorang menggunakan perahu untuk transportation dari Sawara City ke bandar-bandar lain di Jepun. Sawara juga salah satu bandar yang menghasilkan beras dan ubi terbesar di Jepun, Diorang hantar semua dengan perahu. Sehingga sekarang perahu tu masih beroperasi. Korang pun bolehnaik perahu tu keliling Sawara City tapi perahu dah canggih guna elektrik dah sekarang.

Dekat Sawara City ni memang korang kena naik perahu tu, dalam canal tu ada Swan yang akan berenang bermain-main depan korang. Pastu ada sunset pulak memang cantik.

Kalau korang familiar dengan sejarah Jepun, Pada Era Edo dahulu, Sawara City ni memang antara bandar penting masa tu. Korang boleh rasai dia punya atmosphera bila korang lalu sekitar sini dengan perahu di One River tu. Street views pun masih lagi dikekalkan seperti zaman Edo.

Boleh kata kalau korang nak tengok Era Edo datang je kat Sawara City ni. Sepanjang tahun 2018 memang tak ramai orang Malaysia yang datang kat sini. Ada dalam 6 orang je. Termasuk aku adalah dalam 8 orang. Aku sempat makan ubi panas tu. Sedap! rasa manis-manis sikit.

Dah penat jalan-jalan kami ke Aeon Mall Narita untuk Dinner dan shopping sikit. Besar beb Aeon Mall dia. Diorang ni memang pantang dengar Shopping laju jer nak pergi. Aku ni lebih kepada views jer. Dari hotel ada disediakan bas untuk ke Aeon Mall ni. Boleh lah kalau korang kaki shopping

One River, Sawara City

Dah habis ikut member-meber shopping kami balik hotel jam 11 malam. Paling best masa on the way balik Salji turun dengan lebatnya. Masing-masing excited, ada yang first time dapat rasa salji. Aku pun bukan selalu dapat rasa Salji lebat ni.

Dengan itu berakhirlah sudah kisah aku di Jepun.

Eh belum habis. Masih ada hari kelima.

DAY 5.

Pagi-pagi dah gerak ke Airport. Flight dijadualkan pada jam 9.45pagi. Sampai airport flight delay, tunggu punya tunggu flight delay lagi, 3 kali delay status flight dari delay ke cancelled. hahaha…

So balik hotel dan sambung shopping lagi satu hari. Hari ke-6 baru balik Malaysia.

The post 6 Hari 5 Malam di Chiba Jepun Beri Pengalaman Berbeza! appeared first on Faizal Fredley.

Viewing all 125 articles
Browse latest View live