Quantcast
Channel: ASIA Archives - Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Backpacker 4 Day 3 Night at Jakarta Indonesia

$
0
0

Assalamualaikum semua….

Kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku sebagai backpacker ke Jakarta Indonesia, Mudah mudahan boleh dijadikan sedikit panduaan dan juga berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.

Backpacker ke Jakarta kali ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Macam biasa kalau aku merancang untuk backpacker perkara pertama aku perlu buat adalah study mengenai tempat yang ingin aku tuju supaya tidak mendatangkan kesulitan di kemudian hari.

Namun malangnya kali ini aku tak sempat nak study mengenai jakarta disebabkan aku teramat sibuk dengan final exam lagipun percutian aku ke jakarta dirancang sangat last minutes.

Air Asia menjadi pilihan aku disebabkan promosi yang di tawarkan agak memenuhi cita rasa poket aku yang tak berapa nak tebal ni. So kalau korang rajin survey tiket di AirAsia.com sudah pasti tiket yang murah menjadi milik korang.

Untuk Hotel pulak aku survey siap-siap di internet dan reserved terus mana-mana bilik hotel yang aku rasa memenuhi cita rasa aku. Tak mewah tak apa janji selesa dan ada internet.

Hari Pertama

Lebih kurang jam 12 malam aku sampai ke Subang dari Kota Bharu dan jam 9 pagi aku sudah siap untuk bertolak ke Jakarta dari LCCT. Jam 11 pagi waktu Indonesia aku selamat tiba Lapangan Terbang Sokarno Hatta Jakarta.

Dari Air Port aku ambil teksi untuk ke Mangga Besar tempat hotel yang aku sedia booking melalui online di Malaysia. Untuk Teksi aku Highly Recommended untuk ambil spesis teksi Blue Bird. Jangan sesekali ambil teksi lain melainkan korang ni banyak duit.

Perjalan lebih kurang 1 Jam 30 minit disebabkan jalan jem akibat banjir aku sampai di hotel yang di booking. Harga teksi dari air port ke Jakarta Pusat lebih kurang 80000 Rp kalau tak silap aku.

Jam 2 petang aku siap check in di hotel. Bilik quite nice walaupun kecik. Letak barang-barang aku terus turun untuk mengisi perut aku sebab masih belum makan lagi dari pagi.

Makanan jakarta pertama masuk perut aku adalah nasi ayam penyek. Yang tu jer aku jumpa masa tu lagipun kedai tu dekat dengan hotel.

Habis makan aku jalan-jalan pusing kawasan berdekatan dengan hotel. Saja jer nak tengok gaya orang jakarta.

Aku balik jam 8 malam dan sebelum naik hotel aku singgah isi perut dulu, kan malam nanti lapar susah pulak nak cari tempat makan.

Hari Kedua ( Tempat Menarik di Jakarta )

Hari ke-2 aku bangun agak lambat, saja jer nak releks lebih kat hotel, kata bercutikan kenalah santai-santai. Hari kedua aku sebenarnya nak ke Tanah Abang. orang kata kat sana barang murah tapi disebabkan keadaan masa tu banjir teruk di sekitar jakarta aku batalkan niat terus amik cab ke Komplek Mangga 2. Komplek Mangga 2 ni salah satu tempat yang korang patut pergi gak. banyak barang-barang yang menarik kat sana.

Balik dari mangga 2 aku singgah makan nasi padang dulu sebelum balik berahat kat hotel.

Hari Ketiga ( Hotel Terbaik dan Murah Di jakarta )

Hari ketiga ni aku check out dari hotel asal aku iaitu Everyday Smart Hotel sebab bilik agak sempit, kurang selesa…hehe so aku jalan depan sikit nak try Fave Hotel. Sebelum aku check in kat Fave Hotel aku cuba survey harga Hotel Permai, Spark Hotel dan Amaris Hotel. Banding antara 4 hotel ni nampaknya harga lebih kurang cuma Spark Hotel ni mahal sikit rate dalam 600000 Rp for 1 night. Yang lain antara 350000-400000 Rp.

Jadi aku putuskan untuk ambil Fave Hotel. Fave Hotel ni terletak  di LTC Glodok Building 8th Floor Jl. Hayam Wuruk No. 127. rate dia 408000 Rp. Ok lah…..tapi memng puas hati. Bilik selesa dan luas. View dari hotel pom cun boleh tengok seluruh bandar jakarta kot.

Selesai Check in aku teruskan jalan-jalan di tempat menarik di jakarta seperti Tugu Monas, Pasar Baru dan Masjid Istiqlal Jakarta. 3 Tempat ni memang menarik di jakarta dan korang yang nak datang wajib singgah disini.

Selesai melawat 3 tempat tu aku balik hotel dan singgah tempat makan menarik di jakarta iaitu di Rumah Makan Garuda Jakarta. Makanan Puas Hati dan berbaloi.  Terletak berhampiran Mangga Besar.

Hari Keempat

Last day kat jakarta aku tak sempat nak buat apa pun sebab semalam penat sangat pusing jakarta so aku bangun terus packing barang then teru ke air port. Dan ingat yer kalau korang naik Air Asia korang kena ke Terminal 3. bagi tau pak supir korang tu suruh hantar ke Terminal 3.

Begituhlah sedikit pengalaman backpacker yang dapat aku kongsikan…..kalau backpacker ni agak penat sikit sebenarnya. Tapi disebabkan di indonesia aku berani kan diri untuk backpacker. kalau negara lain maybe aku amik agen kot. Sama jugak di Medan dan Bangkok aku juga backpacker. Kalau di Bali aku ambil agent.

Tip Melancong ke Jakarta

1.  Sila study dulu tempat-tempat yang korang nak lawati bagi yang backpacker. Dan rajin-rajinkan lah baca blog-blog pelancongan di jakarta.

2. Highly Recommended booking terlebih dahulu Hotel yang hendak korang menginap. Kot-kot nanti full susah korang pulak nanti. Untuk booking online korang boleh booking melalui Agoda.comBooking.comAsiaRoom.com dan lain2 lagi..so pandai2 la yer tengok mane yang menawarkan harga yang murah.

3. Sediakan duit sebanyak 150000 Rp untuk air port tax (per person). 150000 Rp jika korang balik dari jakarta air port dan 75000 Rp jika korang fly kat Medan or Bandung serta Bali.

4. Universal Charger Plug amat penting di indonesia disebabkan kebanyakkan plug point hotel di sana  tak sama dengan malaysia okay.

5. Kalau anda rajin malas nk congak2 kat sana, pastikan anda menyediakan sifir duit die org ngan duit kite bersaiz wallet… senang nt tk payah nk kuarkan kalkulator sepanjang mase..

6. Di sana terlalu ramai penjual jalanan dari yang muda sampailah ke tua…so dinasihatkan..kalau tk nk beli barang yang ditawarkan, anda wat tk tau jer..jgn tanye2 harga pulak..siap minta kurang bagai..last2 tk jadi beli..haaaa merasalah nanti jenuh ko org nk lari dari die org sebab konsep “pakse” akan diguna pakai…hahaha….so hati2 la yer…kalau betul ko org memang nk beli barang dari die org tk per…kadang2 tu blh dpt lebih murah tau dari kedai2 jual barang yang sama.so tepuk dada tanya selera..:)

7. Sekiranya anda mahu menggunakan perkhidmatan teksi, pastikan anda manggunakan teksi Blue Bird  tau untuk mengelakkan daripada di tipu.teksi tu bersepah-sepah kat sana..

8. Pastikan korang memilih tempat makan yang bersih tau. kalau tempat makan di tepi jalan tu aku kurang yakin sikit.

9. Sediakan duit kecik terutama untuk bayar teksi, sebab biasanya diorang ni tak der duit kecik

Sekian sahaja coretan pengalaman aku sepanjang bercuti 4 hari 3 malam di jakarta indonesia. semoga bermamfaat buat korang yang nak bercuti kat sana terutama bagi backpacker.

The post Backpacker 4 Day 3 Night at Jakarta Indonesia appeared first on Faizal Fredley | Smart Travel Greet Lifestyle.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Trending Articles