Backpacker Pra Honeymoon di Maldives | Alhamdulillah segalanya bejalan dengan baik sepanjang percutian secara backpacker pra honeymoon di Maldives. Walaupun hampir-hampir tak dapat fly pada awalnya dan hampir termiss flight semasa nak balik malaysia namun aku bersyukur kerana di beri peluang untuk merasai pengalaman bercuti di kepulauan Maldives.
Aku percaya tak semua orang berpeluang untuk ke sana lebih lebih lagi dengan tajaan. Dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat sedikit review tentang negara Maldives ini.
Selama 5 hari 4 malam aku di maldives memang cukup menenangkan fikiran setelah penat lelah bekerja. Inilah reward baut aku. kadang-kadang kena juga manja kan diri sendiri ni. pekena Thai Massage sepukul barulah betul semua urat yg tersumbat tuh…ehhe
Ok mula2 aku nak sentuh mengenai bajet untuk berbulan madu atau honeymoon di pulau maldives ni.
Bajet Honeymoon di Maldives
-
Flight
Untuk Airlines ni ada beberapa pilihan dari Malaysia yang korang boleh tempah dari awal. Antaranya Malaysia Airlines, Sri Lankan Airline dan juga Singapore Airlines. Selain tu korang boleh amik Air Asia ke Colombo then fly terus dari Colombo melalui Sri Lankan Airline. Tapi kalau transit di Colombo maybe makan masa sikit. Aku hari tu 4 jam 50 minit dari KL ke Colombo melalui Sri Lankan Airlines then 1 jam 50 minit ke Hulhumale Maldives. Balik hari tu aku amik flight direct Malaysia Airlines makan masa 4 jam 30 minit.
-
Hotel dan Resort
Hotel di maldives ada banyak pilihan sebenarnya. Terpulangkan kat korang. Tapi aku sarankan untuk honeymoon atau bulanmadu better amik private island. So korang boleh enjoy menikmati saat manis di pulau tersebut. untuk pilihan boleh cuba pakej di Centara Ras Fushi. Resort ni juga diiktiraf dalam Tripadvisor. Harga kurang lebih USD300++ untuk satu malam termasuk breakfast, lunch dan dinner. Di centara ras fushi juga terdapat 2 jenis chalet water chalet dan juga main land. Harga beza2.
Untuk yang bajet rendah korang boleh stay di hotel sekitar Hulhumale. Majority hotel sini tak mahal sangat. Boleh dapat harga USD45 untuk semalam.
-
Pakej Aktiviti
Aktiviti yang boleh korang buat disini banyak jugak antaranya night fishing (USD99), Dolphine View, Seaplane tour, Market tour dan banyak lagi. Aku pun tak ingat semua. Pakej ni korang boleh amik di hotel yang korang stay.
-
Belanja dan Survernior
Kalau amik hotel biasa-biasa makanan disini x mahal sangat. Boleh lah kalau nak makan sedap tu. Dan kebanyakkan makanan kat sini halal. Jadi tak yah risau nak cari makanan halal. Survenior ni bagi aku tak banyak choice sangat. Hari tu aku stay di hulhumale island kedai survenior kat sini agak limited.
Ps: Keseluruhan aku belanja kat sini kurang lebih 7000 +/-
Ok ni sedikit info yang aku nak kongsi tentang Maldives yang wajib korang tahu jika nak ke maldives.
- Maldives adalah sebuah negara Islam. Terdiri dripada 1190 buah pulau namun hanya 200 pulau yg mempunyai penduduk.
- Mata wang Ruffiya. RM1 = 4.24 Ruffiya
- Barang kat sana bapak mahal. Kpd yg pesan baju2 tu aku ckp awal2 aku X BELI sebab majoriti baju mcm bangla. Nanti korang marah aku pulak beli baju bangla. Padahal kat Malaysia pun berlambak.
- Range harga hotel berbeza giler. Paling murah boleh dapat RM200 dan paling mahal RM10K.
- Penerbangan dari Malaysia akan tiba di Lapangan Terbang Ibrahim Nasir yang terletak di Hulhule (Pulau Airport). Daripada Hulhule, anda akan menggunakan pengangkutan (airport transfer) yang disediakan oleh hotel (wajib gunakan).
- Agama rasmi ialah Islam dan rakyat Maldivian perlu menganut agama Islam. Agama lain tidak boleh disebarkan di negara ini. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Maldives 1997.
- Beza waktu dgn Malaysia 3 jam lebih awal di Maldives.
- Airlines boleh amik Malaysia Airlines, Sri Lankan Airline dan Singapore Airlines. Masa perjalanan 4 jam.
- Wajib bawak losen UV. Cuaca agak panas tapi x terasa sangat sebab angin kuat.
- Plug di guna sama macam malaysia plug 3 pin.
-
Tax dan GST boleh tahan banyak tp aku x pasti brapa %. Maybe 10% kot.
Ok seterusnya aku kongsi sedikit gambar2 sepanjang aku berada di pulau maldives ini.
The post Backpacker Pra Honeymoon di Maldives appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.