Melancong ke Jepun 2015 | Alhamdulillah rezeki datang tanpa di duga. Memang tak disangka aku dapat peluang untuk melancong ke jepun 2015 nanti. Dalam hati asyik duk makan hati jer bila Air Asia bawak blogger melancong ke china. Dalam hati aku bila lagi?
Tapi tak mengapa mungkin air asia tak pandang blogger cikai macam aku tapi rezeki itu ada dimana-mana. Akhirnya aku berpeluang untuk melancong ke jepun.
Melancong kali ni agak seram jugak sebab aku akan ke sana sorang-sorang. Selama 5 hari aku kena survive kat sana. Semua tempat menarik di jepun aku kena cari sendiri dan transport disana pun kena cari sendiri.
InshaAllah semua akan ok. masa kat taiwan bulan julai lepas pun aku pergi sorang dan alhamdulillah masih hidup sampai ke hari ni.
Excited pun pun ada takut pun ada. Nasib baik aku pernah review tempat menarik di Okinawa jepun tahun lepas. Dapat jugak sedikit tips.
Kalau akwan-kawan yang pernah gi jepun tu silakanlah kongsi tips melancong ke jepun. Niat di hati nak tengok bunga sakura. Katanya awal april baru mekar.
The post Melancong ke Jepun 2015 appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.