Panorama Petang di Port Dickson | Hari pertama aku di Port Dickson. Agak menarik dan excited sebenarnya. Tak sabar nak tengok resort atas air tu. Aku sampai di Lexis Port Dickson dalam jam 5 petang.
First view mengenai Lexis Port Dickson ni memang boleh membuatkan aku tertarik untuk menginap disini. Memang tak salah aku pilih Lexis Port Dickson sebagai destinasi percutian aku di Port Dickson kali ini.
Biasalah hari pertama ni aku tak der aktiviti sangat. Walau dimana pun aku bercuti hari pertama memang hari untuk santai-santai jer.
Lagipun aku datang port dickson ni untuk releks2 sambil bekerja. Jadi dalam masa yang sama dapat juga aku hilangkan stress.
Untuk entri kali ni aku tak banyak nak cerita. Memandangkan aku pun dah sampai petang kat sini jadi aku just dapat ambil beberapa gambar dan video untuk kerja aku then aku lepak di tepi pantai sambil layan sunset.
Suasana dan panorama di Port Dickson ni agak nice jugak sebenarnya.
Jom layan beberapa gambar yang aku snap di sekitar Lexis Port Dickson
The post Panorama Petang di Port Dickson appeared first on Faizal Fredley.