Quantcast
Channel: ASIA Archives - Faizal Fredley
Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Destinasi Honeymoon Impian

$
0
0

contest my dream bali honeymoon package

Pakej Honeymoon iluvtour.com ke Bali Indonesia memang satu destinasi pilihan yang sangat popular untuk pasangan yang inginkan percutian Honeymoon Package atau pakej bulan madu yang terbaik.

Bagi pasangan yang inginkan satu perjalan yang teratur dari segi penginapan, makanan yang halal dan lawatan ke tempat-tempat yang terbaik saya sarankan anda memcuba khidmat ejen pelancongan. Tetapi bagi yang inginkan percutian honeymoon yang Hardcore atau Adventure boleh rancang sendiri bermula dari tiket flight hingga penginapan dan makanan.

Bagi aku menggunakan khidmat ejen pelancongan lagi senang dan mudah, lagipun khidmat travel guide yang disediakan oleh ejen pelancongan memang memudahkan sepanjang percutian.

Percutian ke Bali Indonesia memang merupakan destinasi yang agak popular terutama di dalam kalangan pasangan yang inginkan suasana dan tempat yang romantik bagi meraikan cinta dan Honeymoon Package amatlah sesuai.

Andai kata sudah tiba masa aku mendirikan rumah tangga satu hari nanti Bali memang akan menjadi destinasi Honeymoon Package pilihan untuk aku dan pasangan satu hari nanti

DSC_0174

Kenapa aku pilih Bali?

Jawapannya cukup simple dan mudah…

Ini kerana Bali memang suatu tempat yang cukup romantis dan lengkap buat pasangan bagi meraikan cinta masing-masing. Aku pernah pergi ke Bali tahun lepas dan ianya memang tidak mengecewakan.

556644_3854770371690_2024777111_n

Salah satu aktiviti yang aku suka adalah pakej Kintamani Tour pada hari pertama, aku dibawa ke Uluwatu dan melawat ‘Temple on Top of Cliff’ yang mengambil masa selama 40 minit memandu dari lapangan terbang. Ulu yang bermaksud Top dan Watu bermaksud Stone atau Cliff bersesuaian dengan tempatnya yang agak tinggi iaitu 80 meter dari aras laut.

Kuil tersebut dibina pada abad ke-11 oleh Dang Hyang Nirartha, seorang lanun dari Jawa yang datang ke Bali. Pemandangan dari kuil tersebut sangat cantik dan mampu memukau setiap pelancong yang datang.

Kintamani terletak di selatan wilayah Bali dan dari sini pelancong boleh melihat Lautan Hindi yang cukup mempesonakan. Namun para pelancong dinasihatkan berhati-hati dengan monyet yang nakal dan pintar, di sini.

DSC_0188

Kopi Luwak

Peralatan seperti kamera, telefon bimbit dan topi antara barangan yang cukup digemari sang monyet. Setelah selesai melawat kuil di sana, kami dibawa menyaksikan tarian yang cukup popular di sini iaitu Tarian Barong dan Tarian Kecak sebelum saya dibawa ke Kuil Garuda Wisnu Kencana yang bermaksud ‘God of Protection’.

Selain dari melawat Temple Uluwatu tempat yang aku rasa paling best adalah melawat tanah lot dan kawaan gunung berapi. Disana kita boleh lihat temple seakan akan berada terapung di tengah laut sementara di sekitar vokano kita boleh rasa suasana yang dingin sambil menikmati makanan tengah hari disamping pemandangan yang cukup menarik.

Satu lagi perkara harus di cubai adalah menikmati Kopi Luwak atau kopi taik musang di Ladang Kopi semasa pulang dari volkano.

DSC_0217

Menikmati Makan malam yg cukup romantik

percutian anda memang tidak lengkap sekiranya anda tidak mecuba pakej dinner seafood di persisiran pantai di bali yang memang menjanjikan suasana yang romantik dengan puputan bayu seakan akan membelai jiwa dan perasaan anda.

Disebabkan kesempurnaan yang ada disini, Honeymoon Package Bali memang destinasi yang paling sesuai untuk aku luangkan bersama bakal isteri saya satu hari nanti…..

Pertandingan ini dianjurkan oleh ILuvTour.com dan di sponsor sepenuhnya oleh Tarreq Al Jannah

Selain Bali ada lagi 7 Tempat Bulan Madu Paling Popular


Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Trending Articles